Berikut ini adalah terjemahan dari kitab Taisir Mustolah Hadis:

Hadis Palsu

Apabila sebab kecaman terhadap perawi adalah kerana berdusta atas Rasulullah s.a.w., maka hadisnya dinamakan: Al-Maudhu’ (Palsu)

1. Takrifnya:

  • Dari segi bahasa: Ia adalah isim maf’ul daripada (merendahkan sesuatu). Ia dinamakan demikian kerana rendah kedudukannya.
  • Dari segi istilah: Pembohongan yang direka yang dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w.

2. Kedudukannya:

  • Ia merupakan hadis dha’if yang paling buruk dan paling keji.
  • Dan sebahagian ulama menganggapnya sebagai satu bahagian yang asing, bukan termasuk hadis-hadis dha’if

By Zainudin Bin Yusro

Tenaga pengajar Pondok Penanti, Bukit Mertajam Pulau Pinang. Belajar agama di pondok Dato Kiyai Shamsuddin bin Haji Redzuan di Gersik, Muar Johor. Kemudian di Pondok Penanti, Bukit Mertajam yang diasaskan Sheikh Osman Jalaluddin,