Fawa’id ini diambil dari kitab Fathul Qorib berkaitan dengan mahram yang disebabkan persemendaan. Dan menurut sesawang DBP, semenda bermaksud “pertalian kekeluargaan menerusi perkahwinan” (Rujuk: DBP)
Dalam kitab Fathul Qorib:
(و) المحرمات بالنص (أربع بالمصاهرة) وهن (أم الزوجة) وإن علت أمها سواء من نسب أو رضاع سواء وقع دخول الزوج بالزوجة أم لا (والربيبة) أي بنت الزوجة (إذا دخل بالأم وزوجة الأب) وإن علا (وزوجة الابن) وإن سفل والمحرمات السابقة حرمتها على التأبيد
Terjemahan:
Dan perempuan yang diharamkan berdasarkan nas ada empat dengan sebab persemendaan:
- Pertama: Ibu mertua ke atas, samada berdasarkan nasab atau penyusuan. Samada suami menyetubuhi isterinya ataupun tidak.
- Kedua: Anak tiri perempuan, iaitu anak perempuan isteri. Syaratnya si ibu telah disetubuhi.
- Ketiga: Isteri ayah (ibu tiri) ke atas..
- Keempat: Isteri anak (menantu) ke bawah..
Segala mahram di atas adalah berbentuk kekal selamanya…