Apa perbezaan antara al-Istighatsah dan Doa? Ini adalah persoalan yang sering ditanyakan. Ramai yang keliru dan tidak memahaminya dengan baik.

Berikut ini penjelasan ringkas mengenainya, petikan dari kitab Fathil Majid Syarah Kitabut Tauhid:

الفرق بين الاستغاثة والدعاء
يقول العلماء: الاستغاثة هي دعاء، ولكن بينهما عموم وخصوص، فالدعاء أعم والاستغاثة أخص، فالاستغاثة تكون من مكروب، مثل إنسان واقع في كرب فيستغيث ويستجير ويطلب إزالة هذا الكرب ورفع هذه الشدة عنه، والدعاء أعم من الاستغاثة؛ لأنه يكون من الإنسان في وقت البلاء وفي وقت الرخاء، والاستغاثة من أنواع الدعاء.

Terjemahan:

  • Perbezaan antara al-Istighatsah dan Doa
  • Ulama berkata: Istighatsah adalah doa, namun antara kedua-duanya terdapat hubungan umum dan. Maka doa lebih umum, manakala istighatsah pula lebih khusus.
  • Istighatsah datang dari orang yang sedang dalam kesusahan, seperti seorang insan yang sedang dalam kesusahan lalu dia beristighatsah (memohon pertolongan) dan perlindungan, agar kesulitan dihilangkan dan kesempitan diangkat.
  • Doa pula sifatnya lebih umum dari istighatsah, kerana itulah doa boleh dilakukan pada waktu musibah ataupun pada waktu senang. Dan istighatsah merupakan sebahagian dari doa.

وقد جاء في حديث النبي صلى الله عليه وسلم: (من سره أن يستجاب له في وقت البلاء فليكثر من الدعاء في الرخاء)، فإذا اعتاد الإنسان أن يدعو الله في الرخاء، كان جديراً أن يستجاب له في وقت نزول البلاء والشدة.

ومن الشرك أن يستغيث بغير الله، أو يدعو غير الله سبحانه. (فتح المجيد شرح كتاب التوحيد – حطيبة)

Terjemahan:

Terdapat di dalam sebuah hadis Nabi s.a.w.:

Barangsiapa yang suka bahawa Allah mengabulkan doanya ketika dia ditimpa musibah, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa ketika waktu senang.

Apabila seseorang itu sudah terbiasa berdoa kepada Allah ketika dia senang, maka dia layak untuk dikabulkan doanya ketika dia ditimpa musibah dan kesukaran.

Sebahagian dari perkara syirik ialah beristighatsah dengan selain Allah atau berdoa kepada selainnya.

By Zainudin Bin Yusro

Tenaga pengajar Pondok Penanti, Bukit Mertajam Pulau Pinang. Belajar agama di pondok Dato Kiyai Shamsuddin bin Haji Redzuan di Gersik, Muar Johor. Kemudian di Pondok Penanti, Bukit Mertajam yang diasaskan Sheikh Osman Jalaluddin,