Susunan Zainudin bin Yusro (zain y.s), Pondok Penanti, BM.
Dipetik dari (الموسوعة الفقهية الكويتية):
Hukum mengkebumikan mayat pada malam hari dan pada waktu-waktu yang dimakruhkan, iaitu yang dilarang melakukan solat, adalah sebagai berikut:
- Al-Hanafiah, al-Malikiyah dan al-Syafi’iyah dan mazhab Hanbali berpendapat bahawa tidak dimakruhkan mengkebumikan mayat pada waktu malam. Kerana Abu Bakar r.a. dikebumikankan pada waktu malam. Ali r.a. mengkebumikan Fatimah r.a. pada waktu malam. Dan antara mereka yang dikebumikan pada waktu malam ialah Utsman bin Affan r.a., A’isyah r.a., Ibnu Mas’ud r.a.
- Uqbah bin Amir, Sa’id bin al-Musaiyyab, Atha’, al-Tsauri dan Ishaq merukhsahkannya (memberi keringanan), namun jika boleh, hendaklah dikebumikan pada waktu siang, kerana ia adalah mustahab (digemari/disunnahkan). Ia lebih mudah untuk orang mengiringi jenazah, lebih banyak yang menyembahyangkannya dan lebih dapat mengikuti Sunnah mengkebumikkan mayat.
- Ahmad di dalam satu riwayatnya dan al-Hasan memakruhkannya. Kerana terdapat hadis: Bahawa Nabi s.a.w. pernah berkhutbah pada suatu hari. Baginda menyebutkan tentang seorang lelaki dari kalangan sahabatnya yang meninggal dunia. Lalu dia dikafankan dengan kain kafan yang tidak mencukupi dan dikebumikan pada waktu malam. Kemudian Nabi s.a.w. mencela mengkebumikan orang pada waktu malam melainkan jika terpaksa melakukannya.
- Adapun pengkebumian para waktu yang dimakruhkan solat, al-Malikiyah dan Hanabilah (mazhab Hanbali) menjelaskan dimakruhkan pengkembumian ketika terbit matahari, ketika terbenamnya dan ketika qiyamnya (matahari istiwa’/tepat ditengah-tengah langit). Kerana perkataan Uqbah bin Amir al-Juhani: “Ada tiga waktu Rasulullah s.a.w. telah melarang kami mengerjakan solat padanya, atau mengkebumikan orang mati di kalangan kami. Iaitu ketika terbit matahari sehingga tinggi, ketika qiyam matahari (waktu istiwa’), dan ketika matahari terbenam sehingga ia terbenam.”
- Mazhab al-Hanafiah dan al-Syafi’iah berpendapat bahawa tidak makruh mengkebumikan mayat pada waktu-waktu yang ditegah melakukan sembahyang, sekalipun pengkembumian pada waktu selain itu adalah lebih utama atau afdhal.
Kesimpulan:
- Kebumikan mayat pada waktu malam:
- Boleh (Al-Hanafiah, al-Malikiyah dan al-Syafi’iyah dan mazhab Hanbali)
- Diberi keringanan (rukhsah), pada waktu siang mustahab (Uqbah bin Amir, Sa’id bin al-Musaiyyab, Atha’, al-Tsauri dan Ishaq)
- Makruh (Ahmad di dalam satu riwayatnya dan al-Hasan)
- Kebumikan mayat pada waktu dimakruhkan solat:
- Makruh (al-Malikiyah dan Hanabilah)
- Tidak makruh (al-Hanafiah dan al-Syafi’iah)
Berikut ini teks asal (الموسوعة الفقهية الكويتية):
من الموسوعة الفقهية الكويتية
الدّفن ليلاً وفي الأوقات المكروهة
12 – ذهب الحنفيّة والمالكيّة والشّافعيّة وهو المذهب لدى الحنابلة إلى أنّه لا يكره الدّفن ليلاً، لأنّ أبا بكرٍ رضي الله تعالى عنه دفن ليلاً، وعليّ دفن فاطمة رضي الله تعالى عنها ليلاً، وممّن دفن ليلاً عثمان بن عفّان، وعائشة، وابن مسعودٍ رضي الله تعالى عنهم. ورخّص فيه عقبة بن عامرٍ، وسعيد بن المسيّب، وعطاء، والثّوريّ، وإسحاق، ولكنّه يستحبّ أن يكون نهاراً إن أمكن، لأنّه أسهل على متّبعي الجنازة، وأكثر للمصلّين عليها، وأمكن لاتّباع السّنّة في دفنه.
وكرهه أحمد في روايةٍ، والحسن، لما ورد «أنّ النّبيّ صلى الله عليه وسلم خطب يوماً، فذكر رجلاً من أصحابه قبض فكفّن في كفنٍ غير طائلٍ، وقبر ليلاً، فزجر النّبيّ صلى الله عليه وسلم فيه أن يقبر الرّجل باللّيل إلاّ أن يضطرّ إنسان إلى ذلك».
أمّا الدّفن في الأوقات المكروهة فصرّح المالكيّة والحنابلة بأنّه يكره الدّفن عند طلوع الشّمس، وعند غروبها، وعند قيامها، لقول عقبة بن عامرٍ الجهنيّ: «ثلاث ساعاتٍ كان رسول اللّه صلى الله عليه وسلم ينهانا أن نصلّي فيهنّ، أو أن نقبر فيهنّ موتانا: حين تطلع الشّمس بازغةً حتّى ترتفع، وحين يقوم قائم الظّهيرة، وحين تضيّف الشّمس للغروب حتّى تغرب». ويرى الحنفيّة والشّافعيّة أنّه لا يكره الدّفن في الأوقات الّتي نهي عن الصّلاة فيها، وإن كان الدّفن في غيرها أفضل.