Pintu-pintu Kebajikan Dan Lorong-lorong Petunjuk
الحديث التاسع والعشرون: أَبْوَابُ الْخَيْرِ وَمَسَالِكُ الْهُدَى
عَنْ مُعَاذٍ بن جبل رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ وَيُبَاعِدُنِي مِنَ النَّارِ، قَالَ: لَقَدْ سَأَلْتَ عَنْ عَظِيمٍ وَإِنَّهُ لَيَسِيرٌ عَلَى مَنْ يَسَّرَهُ اللَّهُ تعالى عَلَيْهِ: تَعْبُدُ اللَّهَ لَا تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ، وَتَصُومُ رَمَضَانَ، وَتَحُجُّ الْبَيْتَ. ثُمَّ قَالَ: أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ؟ الصَّوْمُ جُنَّةٌ، وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ، وَصَلَاةُ الرَّجُلِ من جَوْفِ اللَّيْلِ، ثُمَّ تَلَا: تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ. (السجدة: 16) حَتَّى بَلَغَ: يَعْلَمُونَ (السَّجْدَةِ: 16 – 17)، ثُمَّ قَالَ: أَلَا أُخْبِرُكَ بِرَأْسِ الْأَمْرِ وَعَمُودِهِ وَذُرْوَةِ سَنَامِهِ؟ قُلْتُ: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ، قَالَ: رَأْسُ الْأَمْرِ الْإِسْلَامُ، وَعَمُودُهُ الصَّلَاةُ، وَذُرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ، ثُمَّ قَالَ: أَلَا أُخْبِرُكَ بِمِلَاكِ ذَلِكَ كُلِّهِ؟ قُلْتُ: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَأَخَذَ بِلِسَانِهِ، قَالَ: كُفَّ عَلَيْكَ هَذَا قُلْتُ: يَا نَبِيَّ اللَّهِ، وَإِنَّا لَمُؤَاخَذُونَ بِمَا نَتَكَلَّمُ بِهِ؟ فَقَالَ: ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ، وَهَلْ يَكُبُّ النَّاسَ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوهِهِمْ، أَوْ عَلَى مَنَاخِرِهِمْ إِلَّا حَصَائِدُ أَلْسِنَتِهِمْ. (رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ وقال: حَدِيث حسن صَحِيحٌ)
Ertinya: Dari Mu’az bin Jabal r.a. dia berkata:
Aku berkata: “Wahai Rasulullah, beritahukan kepadaku tentang perbuatan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga dan menjauhkan saya dari neraka,
Baginda s.a.w. bersabda, “Engkau telah bertanya tentang sesuatu yang besar, dan perkara tersebut mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah Ta’ala: Engkau sembahlah Allah dan jangan menyekutukanNya sedikitpun, dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadhan dan pergilah haji ke baitullah.”
Kemudian Baginda s.a.w. bersabda: “Mahukah engkau aku beritahu tentang pintu-pintu kebajikan? Puasa adalah perisai, Sedekah adalah amalan yang akan memadamkan kesalahan sebagaimana air yang akan memadamkan api, dan solatnya seseorang di tengah malam (qiyamullail),
kemudian Baginda s.a.w. membacakan ayat (surah al-Sajdah: 16 – 17): “Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya….”.
Kemudian Baginda s.a.w. bersabda, “Mahukah kalian aku bertahu tentang pokok dari segala perkara, tiangnya dan puncaknya?”
Aku menjawab: Sudah tentu mahu wahai Nabi Allah.”
Baginda s.a.w. bersabda: Pokok dari segala perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah Jihad.”
Kemudian Baginda s.a.w. bersabda: “Maukah kalian aku beritahu tentang sesuatu (yang jika kalian laksanakan) kalian dapat memiliki semua itu?”
Aku menjawab: “Sudah tentu mahu wahai Rasulullah.”
Lalu Baginda s.a.w. memegang lidahnya kemudian bersabda: “Jagalah ini (dari perkataan kotor/buruk).”
Aku berkata: “Wahai Nabi Allah, apakah kita akan dihukum juga di atas apa yang kita bicarakan?”
Baginda s.a.w. bersabda: “Celakalah engkau, bukankah tidak ada yang menyebabkan seseorang terjerumus ke dalam api neraka melainkan hasil tuaian lisan-lisan mereka. (Riwayat Turmuzi dan dia berkata, Hadisnya hasan sahih)