View Categories

Terjemahan Matan Safinah al-Najaa (Akidah & Taharah)

9 min read

1. Mukadimah & Akidah #

للشيخ العالم الفاضل سالم بن سَمِيْر اَلْحَضْرَمِيّ

على مذهب الامام الشافعي نفعنا الله بعلومه آمين

Nama Kitab: Matan Safinah al-Najaa

Penulis: Syeikh al-Alim al-Fadhil Salim bin Sumair al-Hadhrami

Berdasarkan mazhab al-Imam al-Syafi’i

Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). (Al-Maidah: 48)

Mukadimah #

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ عَلَىْ أُمُوْرِ الدُّنْيَا وَالدِّيْنِ وَصَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ خَاتِمِ النَّبِيِّيْنَ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Dan dengan Allah kami memohon pertolongan di atas perkara dunia dan agama. Allah berselawat dan mengucap salam ke atas penghulu kami Muhammad penutup para nabi, keluarganya dan para sahabatnya sekelian. Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Akidah #

1. Rukun Islam #

(فَصْلٌ) أَرْكَانُ الإسْلَامِ خَمْسَةٌ شَهَادَةُ أَنْ لَاإِلَهَ إِلَّااللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَإِقَامُ الصَّلَاةِ وَإِيْتَاءِ الزَّكَاةِ وَصَوْمُ رَمَضَانَ وَحَجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيْلًا

(Fasal) Rukun Islam ada lima:

  1. Bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu adalah utusan Allah.
  2. Mendirikan sembahyang.
  3. Menunaikan zakat.
  4. Berpuasa pada bulan Ramadhan.
  5. Mengerjakan haji ke Baitullah bagi yang berkemampuan untuk (biaya) perjalanan kepadanya.

2. Rukun Iman #

(فَصْلٌ) أَرْكَانُ الْإِيْمَانِ سِتَّةٌ أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَبِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ مِنَ اللهِ تَعَالَى

(Fasal) Rukun iman ada enam perkara:

  1. Beriman kepada Allah.
  2. Beriman kepada para malaikatNya.
  3. Beriman kepada kitab-kitabNya.
  4. Beriman kepada para rasulNya.
  5. Beriman kepada hari kiamat.
  6. Beriman kepada takdir baik dan buruk adalah daripada Allah Taala.

3. Makna La Ilaaha Illallah #

(فَصْلٌ) وَمَعْنَى لَاإلَهَ إلَّا اللهُ لَامَعْبُوْدَ بِحَقٍّ فِيْ الْوُجُوْدِ إِلَّا اللهُ

(Fasal) Makna (لَاإلَهَ إلَّا اللهُ) adalah tiada jenis zat yang berhak disembah di dalam kewujudan melainkan Allah.

2. Taharah #

1. Tanda-tanda Baligh #

(فَصْلٌ) عَلَامَاتُ الْبُلُوْغِ ثَلَاثٌ تَمَامُ خَمْسَ عَشْرَةَ سَنَةً فِيْ الذَّكَرِ وَالْأُنْثَى وَالْاِحْتِلَامُ فِيْ الذَّكَرِ وَالْأُنْثَى لِتِسْعِ سِنِيْنَ وَالْحَيْضُ فِيْ الْأُنْثَى لِتِسْعِ سِنِيْنَ

(Fasal) Tanda-tanda baligh ada tiga:

  1. Cukup lima belas tahun untuk lelaki dan perempuan.
  2. Bermimpi keluar mani untuk lelaki dan perempuan.
  3. Haid untuk perempuan yang berusia sembilan tahun.

2. Beristinjak Dengan Batu #

(فَصْلٌ) شُرُوْطُ إِجْزَاءِ الْحَجَرِ ثَمَانِيَةٌ أَنْ يَكُوْنَ بِثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ وَأَنْ يُنْقِيَ الْمَحَلَّ وَأَنْ لَا يَجِفَّ النَّجَسُ وَلَا يَنْتَقِلَ وَلَا يَطْرَأَ عَلَيْهِ آخَرُ وَلَا يُجَاوِزَ صَفْحَتَهُ وَحَشَفَتَهُ وَلَا يُصِيْبَهُ مَاءٌ وَأَنْ تَكُوْنَ الْأَحْجَارُ طَاهِرَةً

(Fasal) Syarat batu yang memadai (untuk beristinja’) ada lapan perkara:

  1. Hendaklah (beristinja’) dengan tiga batu.
  2. Hendaklah dapat membersihkan tempat istinja’.
  3. Najis berkenaan belum kering.
  4. Najis berkenaan belum berpindah (dari tempat keluarnya)
  5. Najis berkenaan bercampur atau terkena dengan najis lain.
  6. Najis berkenaan tidak melampaui batas *safhahnya dan hasyafahnya.
  7. Najis berkenaan tidak terkena air.
  8. Batu berkenaan hendaklah suci.

3. Rukun Wuduk #

(فَصْلٌ) فُرُوْضُ الْوُضُوْءِ سِتَّةٌ اَلْأَوَّلُ النِّيَّةُ الثَّانِيْ غَسْلُ الْوَجْهِ الثَّالِثُ غَسْلُ الْيَدَيْنِ مَعَ الْمِرْفَقَيْنِ الرَّابِعُ مَسْحُ شَيْءٍ مِنَ الرَّأْسِ الْخَامِسُ غَسْلُ الرِّجْلَيْنِ مَعَ الْكَعْبَيْنِ السَّادِسُ التَّرْتِيْبُ

(Fasal) Rukun wuduk ada enam:

  1. Niat.
  2. Membasuh muka.
  3. Membasuh dua tangan hingga dua siku.
  4. Menyapu sebahagian dari kepala.
  5. Membasuh dua kaki hingga dua buku lali.
  6. Tertib.

4. Apa Itu Niat? #

(فَصْلٌ) اَلنِّيَّةُ قَصْدُ الشَّيْءِ مُقْتَرِنًا بِفِعْلِهِ وَمَحَلُّهَا الْقَلْبُ وَالتَّلَفُّظُ بِهَا سُنَّةٌ وَوَقْتُهَا عِنْدَ غُسْلِ أَوَّلِ جُزْءٍ مِنَ الْوَجْهِ وَالتَّرْتِيْبُ أَنْ لَا يُقَدَّمَ عُضْوٌ عَلَى عُضْوٍ

(Fasal) Niat ialah sengaja terhadap sesuatu dengan disertai perbuatannya.

Tempat niat adalah hati. Dan melafazkan niat adalah sunnah.

Waktu niat: Ketika membasuh kali pertama sebahagian dari muka.

Tertib ialah: Tidak mendahulu satu anggota atas satu anggota yang lain.

5. Air Sedikit dan Air Banyak #

(فَصْلٌ) اَلْمَاءُ قَلِيْلٌ وَكَثِيْرٌ اَلْقَلِيْلُ مَادُوْنَ الْقُلَّتَيْنِ وَالْكَثِيْرُ قُلَّتَانِ فَأَكْثَرَ اَلْقَلِيْلُ يَتَنَجَّسُ بِوُقُوْعِ النَّجَاسَةِ فِيْهِ وَإِنْ لَمْ يَتَغَيَّرْ وَالْمَاءُ الْكَثِيْرُ لَا يَتَنَجَّسُ إِلَّا إِذَا تَغَيَّرَ طَعْمُهُ أَوْ لَوْنُهُ أَوْ رِيْحُهُ

(Fasal) Pembahagian air:

  1. Air yang sedikit: Air yang kurang dua kolah.
  2. Air yang banyak: Air yang sampai dua kolah atau lebih.

Air yang sedikit akan jadi najis disebabkan jatuh najis ke dalamnya, sekalipun air berkenaan tidak mengalami perubahan.

Air yang banyak tidak menjadi najis melainkan apabila berubah rasa, warna dan baunya.

6. Perkara-perkara yang Mewajibkan Mandi #

(فَصْلٌ) مُوْجِبَاتُ الْغُسْلِ سِتَّةٌ إِيْلَاجُ الْحَشَفَةِ فِيْ الْفَرْجِ وَخُرُوْجُ الْمَنِىِّ وَالْحَيْضُ وَالنِّفَاسُ وَالْوِلَادَةُ وَالْمَوْتُ

(Fasal) Perkara-perkara yang mewajibkan mandi ada enam, iaitu:

  1. Masuk hasyafah ke dalam faraj.
  2. Keluar mani.
  3. Haid.
  4. Nifas.
  5. Melahirkan anak.
  6. Mati.

7. Rukun-rukun Mandi #

(فَصْلٌ) فُرُوْضُ الْغُسْلِ اِثْنَانِ النِّيَّةُ وَتَعْمِيْمُ الْبَدَنِ بِالْمَاءِ

(Fasal) Rukun mandi ada dua perkara:

  1. Niat.
  2. Merata air ke seluruh tubuh badan.

8. Syarat Wuduk #

(فَصْلٌ) شُرُوْطُ الْوُضُوْءِ عَشَرَةٌ اَلْإِسْلَامُ وَالتَّمْيِيْزُ وَالنَّقَاءُ عَنِ الْحَيْضِ وَالنِّفَاسِ وَعَمَّا يَمْنَعُ وُصُوْلَ الْمَاءِ إِلَى الْبَشَرَةِ وَأَنْ لَا يَكُوْنَ عَلَى الْعُضْوِ مَا يُغَيِّرُ الْمَاءَ وَالْعِلْمُ بِفَرْضِيَّتِهِ وَأَنْ لَا يَعْتَقِدَ فَرْضًا مِنْ فُرُوْضِهِ سُنَّةً وَالْمَاءُ الطَّهُوْرُ وَدُخُوْلُ الْوَقْتِ وَالْمُوَالَاةُ لِدَائِمِ الْحَدَثِ

(Fasal) Syarat wuduk ada sepuluh:

  1. Islam.
  2. Mumaiyiz.
  3. Suci dari haid dan nifas.
  4. Tiada sesuatu yang menghalang sampai air ke kulit.
  5. Pada anggota wuduk tidak terdapat sesuatu yang dapat mengubah sifat air.
  6. Mengetahui rukun-rukun atau fardu-fardu wuduk.
  7. Tidak meyakini bahawa perkara yang fardu sebagai sunnah.
  8. Menggunakan air yang suci lagi menyucikan (thahur).
  9. Masuk waktu untuk mereka yang sentiasa berhadas.
  10. Mualat (berturut-turut) juga untuk mereka yang sentiasa berhadas.

9. Perkara-perkara Yang Membatalkan Wuduk #

(فَصْلٌ) نَوَاقِضُ الْوُضُوْءِ أَرْبَعَةُ أَشْيَاءَ اَلْأَوَّلُ الْخَارِجُ مِنْ أَحَدِ السَّبِيْلَيْنِ مِنْ قُبُلٍ أَوْ دُبُرٍ رِيْحٌ أَوْ غَيْرُهُ إِلَّا الْمَنِىَّ الثَّانِيْ زَوَالُ الْعَقْلِ بِنَوْمٍ أَوْ غَيْرِهِ إِلَّا نَوْمَ قَاعِدٍ مُمَكِّنٍ مَقْعَدَهُ مِنَ الْأَرْضِ اَلثَّالِثُ إِلْتِقَاءُ بَشَرَتَيْ رَجُلٍ وَامْرَأَةٍ كَبِيْرَيْنِ أَجْنَبِيَّيْنِ مِنْ غَيْرِ حَائِلٍ اَلرَّابِعُ مَسُّ قُبُلِ الْآدَمِيِّ أَوْ حَلْقَةِ دُبُرِهِ بِبَطْنِ الرَّاحَةِ أَوْ بُطُوْنِ الْأَصَابِعِ

(Fasal) Perkara-perkara yang membatalkan wuduk ada empat perkara:

Pertama: Keluar angin atau selain itu melainkan mani dari salah satu dari dua jalan, iaitu samada qubul atau dubur.

Kedua: Hilang akal disebabkan tidur atau selainnya, melainkan tidur yang tetap papan punggungnya di atas lantai.

Ketiga: Bersentuhan kulit lelaki dan perempuan dewasa yang ajnab itanpa lapik.

Keempat: Menyentuh kemaluan manusia atau lingkaran duburnya dengan batin telapak tangan dan batin jari jemari.

10. Haram Atas Orang Tidak Berwuduk, Berjunub, Berhaid Melakukannya #

(فَصْلٌ) مَنِ انْتَقَضَ وُضُوْؤُهُ حَرُمَ عَلَيْهِ أَرْبَعَةُ أَشْيَاءَ الصَّلَاةُ وَالطَّوَافُ وَمَسُّ الْمُصْحَفِ وَحَمْلُهُ وَيَحْرُمُ عَلَى الْجُنُبِ سِتَّةُ أَشْيَاءَ اَلصَّلَاةُ وَالطَّوَافُ وَمَسُّ الْمُصْحَفِ وَحْمْلُهُ وَاللُّبْثُ فِيْ الْمَسْجِدِ وَقِرَاءَةُ الْقُرْآنِ وَيَحْرُمُ بِالْحَيْضِ عَشَرَةُ أَشْيَاءَ اَلصَّلَاةُ وَالطَّوَافُ وَمَسُّ الْمُصْحَفِ وَحَمْلُهُ وَاللُّبْثُ فِيْ الْمَسْجِدِ وَقِرَاءَةُ الْقُرْآنِ وَالصَّوْمُ وَالطَّلَاقُ وَالْمُرُوْرُ فِيْ الْمَسْجِدِ إِنْ خَافَتْ تَلْوِيْثَهُ وَالْاِسْتِمْتَاعُ بِمَا بَيْنَ السُّرَّةِ وَالرُّكْبَةِ

(Fasal) Sesiapa yang terbatal wuduknya, maka dia diharamkan melakukan empat perkara berikut:

  1. Solat.
  2. Tawaf.
  3. Menyentuh mushaf.
  4. Membawa mushaf.

11. Haram Atas Orang Yang Berjunub Melakukannya #

Diharamkan ke atas orang yang sedang berjunub enam perkara:

  1. Solat.
  2. Bertawaf.
  3. Menyentuh mushaf.
  4. Membawa mushaf.
  5. Berada atau diam di dalam masjid.
  6. Membaca al-Quran

12. Haram Atas Perempuan Berhaid Melakukannya #

Diharamkan ke atas perempuan yang sedang berhaid sepuluh perkara:

  1. Solat.
  2. Bertawaf.
  3. Menyentuh mushaf.
  4. Membawa mushaf.
  5. Berada atau diam di dalam masjid.
  6. Membaca al-Quran
  7. Berpuasa.
  8. Talaq.
  9. Lalu di dalam masjid jika dikhuatiri akan mencemarkannya.
  10. Beristimta’ di antara pusat dan lutut

13. Sebab-sebab Tayamum #

(فَصْلٌ) أَسْبَابُ التَّيَمُّمِ ثَلَاثَةٌ فَقْدُ الْمَاءِ وَالْمَرَضُ وَالْاِحْتِيَاجُ إِلَيْهِ لِعَطَشِ حَيَوَانٍ مُحْتَرَمٍ غَيْرُ الْمُحْتَرَمِ سِتَّةٌ تَارِكُ الصَّلَاةِ وَالزَّانِيْ الْمُحْصَنُ وَالْمُرْتَدُّ وَالْكَافِرُ الْحَرْبِيُّ وَالْكَلْبُ الْعَقُوْرُ وَالْخِنْزِيْرُ

(Fasal) Sebab tayamum ada tiga perkara:

  1. Ketiadaan air.
  2. Sakit
  3. Air untuk keperluan dahaga haiwan yang dihormati.

Haiwan yang tidak dihormati ada enam jenis:

  1. Orang yang meninggalkan solat.
  2. Penzina yang telah berkahwin.
  3. Orang murtad.
  4. Kafir harbi.
  5. Anjing gila.
  6. Babi.

14. Syarat-syarat Tayamum #

(فَصْلٌ) شُرُوْطُ التَّيَمُّمِ عَشَرَةٌ أَنْ يَكُوْنَ بِتُرَابٍ وَاَنْ يَكُوْنَ التُّرَابُ طَاهِرًا وَأَنْ لَا يَكُوْنَ مُسْتَعْمَلًا وَأَنْ لَا يُخَالِطَهُ دَقِيْقٌ وَنَحْوُهُ وَأَنْ يَقْصِدَهُ وَأَنْ يَمْسَحَ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ بِضَرْبَتَيْنِ وَأَنْ يُزِيْلَ النَّجَاسَةَ أَوَّلًا وَأَنْ يَجْتَهِدَ فِيْ الْقِبْلَةِ قَبْلَهُ وَأَنْ يَكُوْنَ التَّيَمُّمُ بَعْدَ دُخُوْلِ الْوَقْتِ وَأَنْ يَتَيَمَّمَ لِكُلِّ فَرْضٍ

(Fasal) Syarat tayamum ada sepuluh perkara:

  1. Hendaklah menggunakan debu tanah.
  2. Debu tanah berkenaan hendaklah suci.
  3. Debu tanah berkenaan bukan yang telah digunakan (musta’mal).
  4. Debu tanah berkenaan tidak bercampur dengan tepung gandum dan seumpamanya.
  5. Sengaja memindahkan debu.
  6. Hendaklah menyapu muka dan dua tangan dengan dua kali tepukan atau pukulan.
  7. Hendaklah dia menghilangkan najis terlebih dahulu.
  8. Hendaklah berijtihad menentukan arah kiblat sebelum bertayamum.
  9. Hendaklah bertayamum selepas masuk waktu solat.
  10. Hendaklah bertayamum untuk setiap satu fardu.

15. Rukun Tayamum #

(فَصْلٌ) فُرُوْضُ التَّيَمُّمِ خَمْسَةٌ اَلْأَوَّلُ نَقْلُ التُّرَابِ اَلثَّانِيْ اَلنِّيَّةُ اَلثَّالِثُ مَسْحُ الْوَجْهِ اَلرَّابِعُ مَسْحُ الْيَدَيْنِ إِلَىْ الْمِرْفَقَيْنِ اَلْخَامِسُ اَلتَّرْتِيْبُ بَيْنَ الْمَسْحَتَيْنِ

(Fasal) Rukun tayamum ada lima:

  • Pertama: Memindahkan debu tanah.
  • Kedua: Niat.
  • Ketiga: Menyapu muka.
  • Keempat: Menyapu dua tangan hingga kepada dua siku.
  • Kelima: Tertib antara dua sapuan.

16. Perkara-perkara Yang Membatalkan Tayamum #

(فَصْلٌ) مُبْطِلَاتُ التَّيَمُّمِ ثَلَاثَةٌ مَا أَبْطَلَ الْوُضُوْءَ وَالرِّدَّةُ وَتَوَهُّمُ الْمَاءِ إِنْ تَيَمَّمَ لِفَقْدِهِ

(Fasal) Perkara-perkara yang membatalkan tayamum ada tiga perkara:

  1. Apa-apa yang membatalkan wuduk.
  2. Murtad.
  3. Waham kewujudan air jika bertayamum kerana ketiadaan air.

17. Najis Yang Dapat Bertukar Menjadi Suci #

(فَصْلٌ) اَلَّذِيْ يَطْهُرُ مِنَ النَّجَاسَةِ ثَلَاثَةٌ اَلْخَمْرُ إِذَا تَخَلَّلَتْ بِنَفْسِهَا وَجِلْدُ الْمَيْتَةِ إِذَا دُبِغَ وَمَا صَارَ حَيَوَانًا

(Fasal) Najis menjadi suci ada tiga:

  1. Khamar apabila bertukar menjadi cuka dengan sendirinya.
  2. Kulit bangkai setelah disamak.
  3. Najis yang bertukar menjadi haiwan.

18. Najis Berat, Ringan dan Sederhana #

(فَصْلٌ) اَلنَّجَاسَاتُ ثَلَاثَةٌ مُغَلَّظَةٌ وَمُخَفَّفَةٌ وَمُتَوَسِّطَةٌ اَلْمُغَلَّظَةُ نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْعِ أَحَدِهِمَا وَالْمُخَفَّفَةُ بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِيْ لَمْ يَطْعَمْ غَيْرَ اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغِ الْحَوْلَيْنِ وَالْمُتَوَسِّطَةُ سَائِرُ النَّجَاسَاتِ

(Fasal) Najis ada tiga jenis:

  1. Mughallazah (najis berat).
  2. Mukhaffafah (najis ringan).
  3. Mutawasitah (najis sederhana)

19. Cara Membersihkan Najis #

(فَصْلٌ) اَلْمُغَلَّظَةُ تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلَاتٍ بَعْدَ إِزَالَةِ عَيْنِهَاإِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ وَالْمُخَفَّفَةُ تَطْهُرُ بِرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَةِ عَيْنِهَا وَالْمُتَوَسِّطَةُ تَنْقَسِمُ عَلَى قِسْمَيْنِ عَيْنِيَّةٍ وَحُكْمِيَّةٍ اَلْعَيْنِيَّةُ اَلَّتِيْ لَهَا لَوْنٌ وَرِيْحٌ وَطَعْمٌ فَلَا بُدَّ مِنْ إِزَالَةِ لَوْنِهَا وَرِيْحِهَا وَطَعْمِهَا وَالْحُكْمِيَّةُ اَلَّتِيْ لَا لَوْنَ وَلَا رِيْحَ وَلَا طَعْمَ يَكْفِيْكَ جَرْيُ الْمَاءِ عَلَيْهَا

(Fasal) Najis mugahallazah dapat disucikan dengan tujuh basuhan selepas menghilangkan zatnya dengan salah satu dari tujuh berkenaan hendaklah dengan tanah.

Najis mukhafafah dapat disucikan dengan merenjiskan air ke atasnya serta merata dan menghilangkan zat najisnya.

Najis mutawasitah terbahagi kepada dua bahagian:

  1. Ainiyah: Najis yang ada warna, bau dan rasa. Membersihkannya mestilah dengan menghilangkan warna, bau dan rasanya.
  2. Hukmiyah: Najis yang tidak ada warna, bau dan rasa. Membersihkannya memadai dengan melalukan air ke atasnya.

20. Masa Haid dan Nifas #

(فَصْلٌ) أَقَلُّ الْحَيْضِ يَوْمٌ وَلَيْلةٌ وَغَالِبُهُ سِتُّ أَوْسَبْعٌ وَأَكْثَرُهُ خَمْسَةَ عَشَرَ يَوْمًا بِلَيَالِيْهَا أَقَلُّ الطُّهْرِ بَيْنَ الْحَيْضَتَيْنِ خَمْسَةَ عَشَرَ يَوْمًا وَغاَلِبُهُ أَرْبَعَةٌ وَعِشْرُوْنَ يَوْمًا أَوْ ثَلَاثَةٌ وَعِشْرُوْنَ يَوْمًا وَلَاحَدَّ لِأَكْثَرِهِ أَقَلُّ النِّفَاسِ مَجَّةٌ وَغَالِبُهُ أَرْبَعُوْنَ يَوْمًا وَأَكْثُرُهُ سِتُّوْنَ يَوْمًا

(Fasal) Sekurang-kurang haid adalah sehari semalam.

  • Kebiasaannya: Enam atau tujuh hari.
  • Paling maksima: Lima belas hari dengan malam-malamnya.
  • Batas antara dua haid:
  • Paling minima: Lima belas hari.
  • Kebiasaannya: Dua puluh empat atau dua puluh tiga hari.
  • Paling maksima: Tidak batasannya.

Nifas

  • Masa paling minima masa nifas: Sedetik.
  • Kebiasaannya: Empat puluh hari.
  • Paling maksima: Enam puluh hari.

(Video) Ringkasan: Mukadimah & Taharah #

Powered by BetterDocs