Oleh: Zainudin bin Yusro (zain y.s)
Sunat Ab’ad ialah perkara-perkara sunat yang dilakukan semasa solat yang mana jika tertinggal, disunatkan melakukan sujud sahwi sebagai ganti.
Perkara-perkara Sunat Ab’ad adalah seperti berikut:
- Tahiyyat Awal
- Bacaan selawat semasa tahiyyat awal
- Duduk tahiyyat
- Doa Qunut
- Bacaan selawat semasa membaca doa Qunut
- Bacaan selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad (S.A.W) semasa bacaan tahiyyat akhir: (وعَلَى آل مُحَمَّدٍ)
Sunat Haiah pula ialah perkara-perkara sunat semasa solat yang mana jika tertinggal, tidak perlu dilakukan sujud sahwi. Perkara-perkara Sunat Haiah ialah:
- Mengangkat tangan ketika takbir
- Membaca doa Iftitah
- Membaca Surah Al-Fatihah dan surah dengan suara yang kuat semasa solat Maghrib, Isyak Jumaat dan solat-solat sunat yang disunatkan menguatkan bacaannya.
- Membaca Amin selepas surah Al-fatihah
- Membaca mana-mana surah selepas baca al-Fatihah
- Membaca takbir ketika ruku’ dan bacaan semasa iktidal.
- Membaca tasbih semasa ruku’ dan sujud
- Duduk Iftirasy semasa duduk antara dua sujud dan tahiyyat awal.
- Duduk Tawarruk ( iaitu duduk semasa tahiyyat akhir )
- Memberi salam yang kedua.