Oleh Zainudin Yusro

Di dalam Fathul Muin menyenaraikan kubur yang wajib digali semula:

  1. Mayat yang dikebumikan tanpa dimandikan atau ditayamum. Namun, jika mayat itu telah berubah sekalipun perubahan itu baunya busuk, maka haram membongkarnya.
  2. Kerana ada harta orang lain yang tertanam sekali dengan mayat. Contohnya, ada harta yang terjatuh ke dalam kubur, sekalipun pemiliknya tidak menuntutnya.

Seterusnya Fathul Muin menyebutkan sebab yang tidak dibenarkan untuk membongkar kubur, iaitu:

  1. Kerana mahu mengkafankannya jika mayat dikebumikan tanpa dikafankan.
  2. Kerana mahu menyembahyangkannya setelah tanah dikambus.

Di dalam I’anah al-Tholibin menyatakan mengapa tidak boleh dibongkar untuk menyembahyangkannya? Kerana tuntutan menyembahyangkannya gugur dengan solat di atas kubur.

Kembali kepada masalah: Apakah Boleh Menggali Kubur Kerana Mayat Tidak DisolatkanJawabnya: Tidak boleh membongkar atau menggali kubur kerana mahu menyembahyangkannya.


Petikan Fathul Muin:

ونبش وجوبا قبر من دفن بلا طهارة لغسل أو تيمم نعم إن تغير ولو بنتن حرم ولأجل مال غير كأن دفن في ثوب مغصوب أو أرض مغصوبة إن طلب المالك ووجد ما يكفن أو يدفن فيه وإلا لم يجز النبش أو سقط فيه متمول وإن لم يطلبه مالكه.
لا للتكفين إن دفن بلا كفن ولا للصلاة بعد إهالة التراب عليه

By Zainudin Bin Yusro

Tenaga pengajar Pondok Penanti, Bukit Mertajam Pulau Pinang. Belajar agama di pondok Dato Kiyai Shamsuddin bin Haji Redzuan di Gersik, Muar Johor. Kemudian di Pondok Penanti, Bukit Mertajam yang diasaskan Sheikh Osman Jalaluddin,