Untuk masalah hukum berkenaan fidyah ini bolehlah kiranya saudara merujuk link url dibawah :
http://www.al-ahkam.net/forum09/viewtop ... e6cb63d542 Berkenaan dengan masalah kadar fidyah yang perlu dibayar pula ialah sebagaimana tafsiran para ulama berkenaan dengan ayat 184 surah al-baqarah :
وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍUlama berselisih pendapat berkenaan dengan kadar Fidyah yang perlu dibayar seperti berikut :
1. Sebahagian daripada sahabat yang terdiri daripada Umar al-khattab dan anaknya Abdullah , Ibn Abbas dan Abu Hurairah menyebutkan kadarnya adalah secupak gandum bagi setiap hari yang ditinggalkan daripada Ramadhan.
2. Sebahagian sahabat lainnya dan Tabi’in menyebutkan kadarnya ialah 2 cupak dan sebahagian yang lain mengatakan 1 gantang atau 4 cupak.
Adapun yang rajih disisi para ulama (Jumhur) ialah kadar fidyah yang perlu dibayar ialah pendapat pertama atau menyamai kadar kaffarah al-Yamin iaitu 1 cupak untuk 1 orang miskin mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
Makanan yang digunakan untuk membayar fidyah ialah gandum sebagaimana yang disebut oleh ulama , tetapi menurut Fatwa yang dikeluarkan oleh Lajnah al-Daaimah , boleh sahaja ditukarkan kepada bentuk makanan lain yang boleh mengenyangkan dan dianggap sebagai makanan ruji sesebuah masyarakat tersebut seperti beras , tepung , kurma , jagung dan sebagainya.
[al-Lajnah al-Daa'imah 10/161] WA