JH-ASAS-005- Maksud Hadith dan Sunnah

Primary tabs

Maksud HADITH :

Bahasa : baharu, perkhabaran dan masih baru bukan lama.

Istilah : ialah apa sahaja yang di sandarkan  kepada Rasulullah samada perkataan, perbuatan dan taqrir (pengakuan) Baginda. Perkataan yang sinonim kepada hadith ialah athar dan khabar. Walaubagaimana, ulama mempunyai pelbagai pendapat samada athar dan khabar sinonim dengan pengertian hadith.

Contohnya : hadith nabi berkaitan mengenai solat ialah solat

Hadith juga adalah sinonim dengan lafaz athar dan khabar. Walaubagaimanapun, terdapat ulama yang juga mempunyai pandangan berbeza di antara athar, khabar dan hadith.

Manakala, SUNNAH :

Bahasa : jalan samada terpuji atau tidak

Contoh 1 :

áóÊóÊøóÈöÚõäøó Óóäóäó ãóäú ÞóÈúáóßõãú ÔöÈúÑðÇ ÈöÔöÈúÑò æóÐöÑóÇÚðÇ ÈöÐöÑóÇÚò ÍóÊøóì áóæú ÓóáóßõæÇ ÌõÍúÑó ÖóÈøò áóÓóáóßúÊõãõæåõ ÞõáúäóÇ íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö ÇáúíóåõæÏó æóÇáäøóÕóÇÑóì ÞóÇáó Ýóãóäú

“Sungguh kamu akan mengikuti sunnah-sunnah (perjalanan) orang yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga sekiranya mereka memasuki lubang dab sekalipun nescaya kamu memasukinya juga”

[Sahih Bukhari no 3197]

Contoh 2 :

ãóäú Óóäøó Ýöí ÇáúÅöÓúáóÇãö ÓõäøóÉð ÍóÓóäóÉð Ýóáóåõ ÃóÌúÑõåóÇ æóÃóÌúÑõ ãóäú Úóãöáó ÈöåóÇ ÈóÚúÏóåõ ãöäú ÛóíúÑö Ãóäú íóäúÞõÕó ãöäú ÃõÌõæÑöåöãú ÔóíúÁñ æóãóäú Óóäøó Ýöí ÇáúÅöÓúáóÇãö ÓõäøóÉð ÓóíøöÆóÉð ßóÇäó Úóáóíúåö æöÒúÑõåóÇ æóæöÒúÑõ ãóäú Úóãöáó ÈöåóÇ ãöäú ÈóÚúÏöåö ãöäú ÛóíúÑö Ãóäú íóäúÞõÕó ãöäú ÃóæúÒóÇÑöåöãú ÔóíúÁñ

“Barangsiapa menjalani suatu sunnah yang baik, maka baginya pahala sunnah itu dan pahala mengerjakan tanpa berkurang sedikitpun pahala tersebut dan barangsiapa mengadakakan suatu sunnah yang jahat, maka atasnya dosa dan dosa orang yang mengerjakan dengannya tanpa berkurang sedikitpun dosa tersebut”

[Sahih Muslim no 1691]

Istilah ahli hadith : Segala perkara yang merangkumi suruhan dan tegahan oleh Baginda di dalam semua perkara daripada sekecil-kecil perkara seperti adab memasuki tandas sehingga sebesar-besar mewujudkan sebuah kerajaan Islam.

Contohnya : Sunnah nabi di dalam perlakuan solat baginda meringkaskan solat apabila melihat jemaahnya terdiri daripada orang tua yang uzur.

Secara umumnya HADITH dan SUNNAH itu satu perkara yang sama kerana menyandarkan kepada perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah. Walaubagaimana, terdapat ulama yang memberikan takrifan yang berbeza di antara keduanya.

Wallahualam

Ibnuhazam