JH-MANHAJ-006- RUJUKAN MUDAH UNTUK MEMAHAMI MANHAJ AL-MUTAQADDIMUN

Oleh alitantawi

PERINGATAN:Kategori ‘Manhaj’ adalah kategori yang diwujudkan khas untuk membincangkan beberapa persoalan berkaitan kajian hadith secara lebih terperinci.

Buat para peminat kajian hadith (terutama yang mempunyai asas Bahasa Arab), mungkin ada yang telah pun tahu tentang isu Manhaj al-Mutaqaddimun dan al-Mutaakhirun yang dibangkitkan dalam AAN. Namun seringkali kami di Jabatan Hadith AAN bertembung dengan persoalan berkaitan dari mana datangnya isu perbezaan manhaj ini? atau kadang-kadang dengan ayat lain mana anta dapat semua ni?.

Untuk mereka dan sesiapa sahaja yang ingin mengetahui perkara-perkara utama berkaitan isu ini, Jabatan Hadith AAN mencadangkan agar tulisan berikut dijadikan bahan bacaan permulaan. Walaupun terdapat banyak lagi bahan untuk dibaca, namun JH AAN merasakan ini adalah penulisan yang ringkas, padat dan sesuai untuk mendapat gambaran keseluruhan.

Buku Cadangan:

TABAYUN MANHAJ AL-MUTAQADDIMIN WA AL-MUTAAKHIRIN FI AL-TASHIH WA AL-TALIL

boleh dapatkan melalui tautan (versi word):

http://www.4shared.com/file/72544757/d34d02/______.html

Ia adalah hasil kajian ringkas tapi padat oleh Dr. Mahir Yasin tentang isu Perbezaan manhaj al-Mutaqaddimun dan al-Mutaakhirun dalam kajian hadith. Untuk makluman semua, isu ini telah sekian lama dibincangkan dalam kalangan ulama, pengkaji dan penuntut ilmu hadith di negara-negara Arab. Dr. Mahir Yasin dalam tulisannya ini ingin memberikan gambaran jelas tentang kedudukan perkara ini agar tidak timbul salah faham.

Ia amat baik kerana memberikan banyak sumber rujukan dan takhrij serta maklumat tentang hadith dipersembahkan dengan teliti.

Semoga lebih ramai pelajar dan pengkaji hadith di negara kita yang akan memahami isu ini dengan baik serta menyebarkannya untuk dikongsi manfaatnya bersama.

Biodata penulis:

Dr. Mahir Yasin Fahl, Ketua Jabatan Hadith, Universiti al-Anbar, Iraq.

Di antara karya beliau:

1- Al-Risalah - Imam al-Syafie - edisi tahqiq oleh beliau.

2- Marifat Anwa Ilm al-Hadith - Ibn al-Solah - edisi tahqiq.

3- Syamaail al-Nabi - Imam al-Tirmidzi - edisi tahqiq.

4- Asbab Nuzul al-Quran - al-Wahidi - edisi tahqiq.

5- Musnad Imam al-Syafie - edisi tahqiq.

6- Ikhtisor Ulum al-Hadith - Ibnu Kathir - edisi tahqiq.

7- Riyadhussolihin - al-Nawawi - edisi tahqiq.

8- Athar Ilal al-Hadith Fi Ikhtilaf al-Fuqaha - tesis

9- Tulisan-tulisan berkaitan kajian hadith yang diedarkan di Multaqa Ahl al-Hadith (Beliau menggunakan nickname : ãÇåÑ , dan buku-bukunya boleh dilihat menerusi link berikut:

http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?p=876805&posted=1

JH AAN