Ke Mana Arah Global Ikhwan (al-Arqam) Selepas Abuya Tiada?

Oleh zain-ys

Kita semua tahu, pimpinan tertinggi Global Ikhwan (dulunya al-Arqam dan selepas itu Rufaqa') iaitu ustaz Ashaari (Abuya) telahpun meninggal dunia baru-baru ini. Kita ucap takziah kepada seluruh keluarga besarnya. 38 orang anak dan 200 orang cucu. Dan kita tahu bahawa Global Ikhwan menggerakkan perniagaan mereka bukan semata-mata perniagaan atau atas dasar mencari keuntungan atau atas dasar cari makan sahaja. Tetapi mereka membawa pegangan mereka. Itulah yang utama. Dan objektif mereka ialah mahu menjayakan misi pegangan mereka. Itulah hala tuju dan arah mereka.

Kita juga tahu bahawa pegangan mereka berkait rapat dengan pengasasnya Allahyarham Abuya. Sebagai contoh, ramalan dan pegangan bahawa Abuya akan menjadi PM Malaysia. Lagi, Abuya sebagai Pemuda Bani Tamim yang akan bersama dengan al-Imam al-Mahdi mereka iaitu Syeikh Suhaimi yang akan muncul semula untuk memimpin perjuangan Islam akhir zaman.

Lalu.. Bagaimana sekarang ini? Abuya sudah meninggalkan mereka. Apakah pegangan mereka akan berkubur dengan terkuburnya Abuya? Atau bagaimana? Atau teori yang mereka guna pakai ke atas kematian Syeikh Suhaimi akan mereka gunakan sekali lagi ke atas kematian Abuya? Mereka percaya Syeikh Suhaimi yang telah disahkan mati sebenarnya tidak mati. Beliau akan muncul kembali sebagai al-Mahdi yang akan memimpin perjuangan Islam terakhir.

Sekarang ini anak tertua Abuya yang akan memimpin Global Ikhwan. Apa yang kita mampu serukan kepada beliau ialah: Kembalilah kepada al-Quran dan al-Sunnah dengan penafsiran yang sebenar. Penafsiran Salafus Soleh.



---Petikan Berita ---

Anak Sulung Ashaari Ambil Alih Global Ikhwan

Fakhrur Razi RAWANG, 14 Mei (Bernama) -- Operasi rangkaian perniagaan Global Ikhwan Sdn Bhd akan diterajui oleh anak sulung pengasasnya Ashaari Muhamad, bekas pemimpin kumpulan Al Arqam yang meninggal dunia semalam.

Menurut isteri kedua Ashaari, Hatijah Aam,56, anak sulung mereka Fakhrur Razi, 48, akan memangku jawatan pengerusi syarikat itu yang menjual pelbagai produk dan perkhidmatan serta mempunyai 20 rangkaian di negara ini serta cawangan di luar negara termasuk Indonesia, Timur Tengah dan Australia.

Hatijah berkata demikian pada sidang akhbar di kediamannya di sini yang turut dihadiri isteri pertama Ashaari, Tengku Noriah Tengku Abdullah, 53, dan isteri ketiganya Noraziah Ibrahim, juga 53.

Allahyarham Ashaari meningggalkan 38 orang anak serta 200 orang cucu.

Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pilin di Rembau, Negeri Sembilan, pada 10 malam tadi.

-- BERNAMA
Sumber: http://bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=498243



Abuya 'Pencipta Tsunami' Meninggal Dunia

BANDUNG - Pemimpin Klub Poligami Global Ikhwan Abuya Asaari Muhammad Tamimi meninggal dunia, Kamis (13/5/2010) sekitar pukul 14.06 waktu Malaysia.

Pria yang sempat membikin heboh atas klaimnya mendatangkan tsunami Aceh ini, meninggal di RS KPJ Ipoh Malaysia.

"Jenazah telah dimakamkan di Kampung Pilin pukul 22.00 waktu Malaysia," tulis Ketua Klub Poligami Global Ikhwan Jawa 2 Muhammad Umar dalam pesan singkatnya kepada wartawan, Jumat (14/5/2010).

Abuya merupakan pemimpin sekaligus pendiri klub poligami Global Ikhwan. Beberapa waktu lalu, ia sempat membuat geger karena mengklaim telah mendatangkan tsunami di Aceh pada 26 Desember 2004 silam.

Pengakuan itu dituangkan Abuya dalam sebuah buku berjudul “Tsunami membuktikan Abuya Putra Bani Tamim (Satria Piningit)” yang ditulis oleh istrinya sendiri, Ibu Hatijah Aam.

Dalam buku setebal 83 halaman itu, Abuya disebutkan telah membongkar kembali khasanahnya untuk mengatakan bahwa tsunami adalah ciptaannya, atas seizin Allah. Tsunami dan kesannya kini, adalah hasil doa dan perkataan Abuya Asaari kepada Aceh. (teb)

Sumber: http://news.okezone.com/read/2010/05/14/340/332568/abuya-pencipta-tsunam...