PAS Itu Syiah? PAS Diresapi Syiah? Apa Penjelasan Ketua Pemuda PAS

Petikan dari FB Ustaz Nasrudin Hassan Ketua Pemuda PAS Pusat menjawab asakan sebahagian orang yang menuduh PAS sebagai sarang Syiah. PAS sebagai telah diresapi oleh Syiah. PAS juga dipaksakan untuk mengaku dengan semua yang dituduh itu. Mari kita baca apa penjelasan dari beliau. Kita pertimbangkanlah dengan akal yang waras:


FB Ustaz Nasrudin Hassan: Adusss.... parok - parok puak demo hentam PAS weih, saya nak jawab pun tak tahu nak jawab hok mana. Ginilah sahabat semua....

Saya kata tidakkkk, PAS bukan Syiah!!!!Mudah sahaja perbahasan kita ni. Saya kata PAS bukan Syiah ! tapi kalian kata tidakkk, PAS telah diserapi Syiah ! saya selaku pimpinan PAS, selaku tuan rumahlah bagi PAS, saya kata tidakkkk, PAS bukan Syiah! kalian masih juga kata , Tidakkk ! PAS menerima Syiah ! Letih laaa lagu nih :)

Sahabat ! saya tahu kalian semua sayangkan PAS sebagaimana saya juga sayangkan PAS. Kita semua tidak mahu PAS jadi syiah. Saya ucapkan syabas dulu buat kalian semua. Pakat - pakat kita jaga agar PAS tidak diresapi oleh Syiah apatah lagi jadi syiah.

Jgn salah sangka dan salah faham terhadap PAS. Sayakan salah seorang pimpinan PAS dan saya telah tegaskan bahawa PAS tidak terima Syiah. Mrk yg terbukti amalkan syiah atau menganut syiah, PAS telah ambil tindakan.

Kaedah untuk menuduh si polan si polan itu syiah, saya dan pimpinan PAS perlukan bukti jelas. Saya memahami aqidah syiah salah. PAS dasarnya Islam dan mazhab Ahlis Sunnah wal Jamaah.

Saya sebut orang syiah boleh masuk PAS dengan syarat terima dasar PAS iaitu Islam dan bermazhab Ahlis Sunnah wal Jamaah, maksudnya: mereka kena tinggal kan syiah dulu, terima ahli sunnah wal jamaah sbb itu dasar PAS, terima dasar PAS baru boleh masuk PAS.

Samalah kalau saya kata, non muslim boleh jadi ahli PAS tapi syarat mestilah mereka terima dasar PAS iaitu Islam. Kalau mereka terima atau menganut Islam, buang syirik dan bersyahadah, maknanya layaklah mrk jadi ahli PAS.

adapun isu Taqiyyah samalah juga dengan berpura - pura atau menipu, apa boleh kita buat. Sebab kita tidak tahu. Kita hukum yang zahirnya. Selebihnya kita serahkan kepada Allah swt. Sbg contoh, mungkin dalam ramai - ramai yang menyerang saya ini, adalah orang syiah sendiri yg berpura - pura mengaku salafi atau mengaku anti syiah walhal mereka adalah syiah, mrk hanya bertaqiyyah ... boleh tak gitu .... mana saya tahu ? so... yang tidak kita tahu, jgnlah kita hukum.

Maksudnya tidak adillah kita nak hukum atas kes taqiyyah atau menipu ni. Malah orang melayu yang mengaku Islam dan bermazhab Syafiee sekalipun, sewaktu mereka menyokong PAS, mana kita tahu dia sokong sungguh atau dia menipu [bertaqiyyah jugak :)]

Soal menipu dan berpura - pura ni kita serah kepada Allah swt. Kita berhukum berasaskan syariat dan zahir perlakuannya. Kalau pengakuannya, ibadahnya, penampilannya, cara fikirnya dan lain - lain jelas dan zahir mengikut manhaj Ahli sunnah wal Jamaah, maka kita terimalah dia.

Sebagai contoh datang seorang individu, tidak kira siapalah dia dan mungkin ada back ground syiah, datang bertaubat depan kita dan berjanji nak amalkan Islam yang benar, dia buktikan melalui amalannya, maka kita terimalah dia.

Soal dia menipu, apa boleh kita buat... kita tidak boleh tolak orang semata - mata kita anggap dia menipu sebagaimana saya tidak boleh kata.... tak payah layan semua kritikan ini, ni semua puak - puak syiah ni yang berpura - pura jadi salafi laa, jadi golongan anti syiah laa untuk memecah belahkan PAS .... saya tidak boleh kata begitu. salah ! sebab itu saya perlukan bukti, tanpa bukti, tidak boleh nak bertindak atau menghukum.

Saya mempunyai latar belakang pengajian dari kedua - dua manhaj salaf dan khalaf. Sebab itu saya cenderung untuk tidak mengheret perbalahan antara salaf dan khalaf. Jadi tidak berbangkita
ah isu salafi atau tidak.

Di Majlis Taqrib Antarabangsa (Gambar dari eperjuangan.com)

Adapun hadir saya bersama Tuan Guru Presiden PAS ke majlis Taqrib Mazahib bersama ramai lagi ulama' besar sunni yang lain termasuk Dr Yusuf al Qaradhawi, Dr Mahmud Siyam, Dr. Burhanudin Rabbani dan ramai lagi termasuk ulama' sunni dari kalangan salafi saudi dan lainnya. Mereka semua tidak syiah. Mrk hadhir juga bukan krn iktiraf kebenaran syiah. Malah Tok Guru Presiden dalam ucapan beliau di dalam majlis taqrib mazahib seringkali mengingatkan agar jangan disebarkan fahaman syiah ke negera - negara sunni. Hadir kami utk menasihati dunia agar jgn tajam dan kesat permusuhan mereka terhadap sunni sebagaimana kita ahli sunnah juga tidak menyerang negara syiah.

Apabila kita bergerak ke arah membentuk sebuah kerajaan, kita mesti bersedia dengan dasar - dasar luar sebegini dan bagaimana mahu menghadapi situasi seperti di peringkat antarabangsa. Ininsoal dalaman PAS lah untuk mempersiapkan parti mengemudi masa depan. Apa yang penting sahabat semua, PAS tidak syiah. usah bimbang.

Tapi kalau nak serang jugak PAS, nak kata jugak PAS syiah sedang dinafikan oleh pimpinan PAS sendiri, terpulang... insyaallah PAS tetap ahli sunnah wal jamaah dan tidak akan menjadi syiah walau sejuta manusia kata PAS syiah. Aqidah kita tidak bertukar dengan sebab orang kata, fitnah dan tohmah. Asal saja tetap di atas landasan Ahli Sunnah wal Jamaah. Insyaallah.

Ya Allah selamatkan kami dan jamaah kami dari terjerumus atau terseleweng dari landasan Islam yang benar dan perjuangannya.

Salam persahabatan dari saya buat semua.