SJ – 2230 : HUKUM MEMAKAI CINCIN ZHULIAN , EMAS, PERAK &

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2230 : HUKUM MEMAKAI CINCIN ZHULIAN , EMAS, PERAK &

:salam wbt diucapkan kpd al-Fadhil Ust. THTL dan juga ahli-ahli panel al-Ahkam yg lain.

Saya benar-benar berharap agar Ust. THTL dpt menjawab persoalan yg saya kemukakan :

Barang-barang kemas yg dibuat dan diedarkan oleh sebuah syarikat barang kemas di Malaysia, iaitu Zhulian kebanyakkannya adalah barang kemas yg disadur...samada disadur emas utk perempuan...ataupun disadur perak utk kegunaan lelaki.

Utk pengetahuan ahli-ahli panel,....logam yg digunakan utk membuat barang-barang kemas tersebut ialah ferum (besi).

Tidak seperti barang-barang kemas tulen yg lain yg menggunakan 100% emas....ataupun 100% perak......cincin atau barang kemas Zhulian hanyalah saduran emas atau perak yg mana di dalamnya adalah logam besi.

Jadi,....boleh atau tidak lelaki Islam memakai cincin saduran perak Zhulian sedangkan Rasulullah SAW pernah menegah seorang sahabat memakai cincin besi.

Wallahua'lam

:wassalam :confused:

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2230: Cincin sadur perak Zhulian

:wassalam
Jawab:
1. Thtl memohon kema'afan kerana kelewatan respond pada bukan sahaja sabilillah 4ever, malah bank soalan fiqh Ahkam sudah piling up. Ini kerana saya bercuti panjang dan sekembali dari cuti, sampai sekarang server pula buat hal. Terpaksa guna dial-up.
2. Mengenai cincin besi Zhulian yg bersadur perak. Kita berpendapat ia harus. Ini kerana perak adalah logam yg halal buat lelaki dan besi juga logam yg tiada tegahan. Dalil: HR Bukhari,( kitab an Nikah, 14), " berilah maskawin, walaupun sebentuk cincin besi". Cuma makruh di sisi madzhab Imam Ahmad spt yg dilapurkan oleh alHafeedz Ibn Rajab alHanbali, di mana Imam Ahmad menyebut cincin besi adalah pakaian ahli neraka.WA

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ – 2230 : HUKUM MEMAKAI CINCIN ZHULIAN , EMAS, PERAK &


TAMBAHAN BAGI JAWAPAN AL-FADHIL USTAZ THTL ( HA ) :

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2230 : HUKUM MEMAKAI CINCIN ZHULIAN , EMAS, PERAK & BESI

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Sabilillah4ever yang mengajukan soalan-soalan mengenai cincin Zhulian secara bertalu-talu . Sebelum kami menjawab soalan-soalan saudara itu , kami akan mengumpulkan semua kiriman- kiriman soalan saudara .

SOALAN PERTAMA :

Saya ingin bertanyakan berkenaan cincin bagi seorang muslim (lelaki). Apakah dibenarkan syara' jika lelaki Islam memakai cincin Zhulian.

Secara umumnya, cincin yang dikeluarkan oleh pengeluar barangan kemas Zhulian adalah cincin yang disadur di luarnya. Manakala di dalamnya adalah sebentuk cincin besi.

Adakah dibenarkan oleh syara' sekiranya lelaki Islam memakai cincin bersadurkan perak Zhulian?

Wallahua'lam.

SOALAN KEDUA :

Sama dengan soalan pertama .

SOALAN KETIGA :

Soalan di atas sekali ( sila rujuk soalan Saudara Sabilillah4ever tersebut ) .

JAWAPAN KAMI :

Perkara pertama yang perlu kita fahami terlebih dahulu ialah mengenai perkataan “ saduran “ . Saduran bermakna celupan . Jadi apabila dikatakan : “ Cincin saduran emas “ , maka ini bermakna sebentuk cincin yang dicelup dengan warna emas .

Dan apabila disebut “ disadur dengan emas “, ini bermakna ia “ dicelup dengan warna emas “.

Warna emas pulalah bukanlah bermakna ianya dibuat daripada emas tulin ( yakni ia bukanlah sebahagian drp emas asli ) . Contohnya : Tulisan berwarna emas yang menghiasi kulit mushaf Al-Quranul Karim . Adakah ini bermakna tulisan itu betul-betul dibuat drp emas tulin ? . Ataupun ianya ditulis dengan dakwat yang berwarna emas ? .

Jika saya menghadiahkan seseorang sehelain kain hitam ( kiswah ) yang disalut ( disulam / ditekat ) dengan benang-benang berwarna emas , adakah ini bermakna tulisan-tulisan yang dihasilkan oleh benang itu dibuat daripada emas ? , ataupun ianya hanyalah berwarna emas ? .

Maka, jika ada lelaki yang memakai cincin yang disadur dengan emas ( warna emas ) maka tidaklah menjadi apa-apa halangan ( tidak berdosa ) kerana yang dipakai itu bukanlah cincin emas ( yang tulin ) melainkan “ emas celup “ .

Kecualilah , jika si lelaki itu memang berniat untuk meniru-niru gaya perempuan dengan memakai cincin wanita , walaupun ianya bukan dibuat daripad emas tulin ( tapi dgn “ emas Petaling Street “ sahaja ) ianya menjadi HARAM . Haram bukanlah disebabkan si lelaki itu memakain cincin emas celup / tiruan tapi disebabkan si lelaki itu berniat meniru-niru gaya seorang perempuan .

Kedua , jika seseorang lelaki itu memakai cincin ( dan barang perhiasan ) yang dibuat daripada EMAS TULIN 100 % , maka hukumnya adalah HARAM ( sebagai mana menurut pandangan majoriti ulama’ ) .

Begitulah juga , apabila sebentuk cincin itu dibuat daripada emas bercampur dengan perak , ataupun tembaga , ataupun besi ataupun dengan logam . Katakanlah : “ Sebentuk cincin itu dicampur dengan 60 % daripada emas tulin dan 40 % lagi dibuat daripada besi . Maka apakah hukumnya ? “ . Maka jawapannya adalah : HARAM , kerana yang diambil kira sebagai hukum itu adalah menurut kebiasaannya ataupun menurut jumlah yang banyak ( ÇáÍßã ááÃÛáÈ ) .

TAPI , jika emas yang digunakan untuk membuat cincin itu lebih sedikit ( contohnya : 40 % ) dan manakala bakinya pula ( 60 % ) dibuat daripada tembaga . Maka tidaklah mengapa ( HARUS ) cincin itu dipakai oleh seseorang lelaki .

SOALAN :

Mengapakah pula jika sebentuk cincin yang dibuat daripada 40 % emas + 60 % tembaga itu tidak haram walhal bukankah kaedah Fiqh ada menyebut :


ÅÐÇ ÅÎÊáØ ÇáÍáÇá ÈÇáÍÑÇã ÍÑãøå

Ertinya : “ Apabila bercampur di antara yang halal dengan yang haram , maka hukum ( yang diambil ) adalah haram “

Jadi , melalui kaedah ini cincin yang dibuat daripada 40 % emas + 60 % tembaga tetaplah haram .

JAWAPAN KAMI :

Kaedah tersebut memang ada . Tapi yang perlu kita fahami ialah di dalam setiap kaedah Fiqh ada pengecualian-pengecualiannya ( yakni kaedah itu tidalah boleh dipakai di dalam semua masalah dan hal ) . Hal dan keadaan yang dikecualikan itulah yang dipanggil sebagai “ AL- MUSTASTNAYAT ( ÇáãÓÊËäíÇÊ ) “ .

Dan emas ini pula mempunyai berbagai hukum yang tersendiri mengikut kepada keadaan dan halnya yang berbeza .Seperti emas boleh digunakan untuk menggantikan hidung yang telah hilang ataupun reput ataupun hancur .

Emas juga boleh digunakan untuk menampal ( menampung ) gelas , bijana dan cebok ( gayung ) yang dibuat daripada besi ataupun bahan-bahan galian lain .

Emas juga boleh digunakan untuk membuat bahagian dan bingkai cermin mata ( mengikut pandangan para muhaqqiqin – para pengkaji semula di zaman moden ) .

Hatta , jika kita lihat sebentuk cincin yang dibuat daripada 40 % emas + 60 % tembaga ( ataupun apa sahaja bahan yang diharuskan ) maka sudah tentulah ianya akan menyebabkan :

1 – Kita yakin bahawa cincin itu sudah tentu tidak sama harganya dengan cincin emas tulin , kerana cincin itu sudah dicampur dengan emas dan bahan selainnya ( bukan emas tulin 100 % ) .

2 – Kita yakin bahawa yang kita lihat itu bukanlah cincin emas tulin kerana rupa-bentuknya sendiri tidak menunjukkan ianya adalah emas yang tulin lagi asli.

3 – Kita tahu bahawa cincin yang dibuat daripada 40 % emas + 60 % tembaga itu sudah hilang sifatnya sebagai sebentuk cincin emas yang asli ( sifat emas asli dan tulin 100 % itu sudah tiada lagi pada cincin itu ) .

Maka atas dasar itulah kami mengatakan bahawa : “ JIKA PERATUS BAHAN EMAS YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT CINCIN ITU LEBIH SEDIKIT DRP PERATUS BAHAN LAIN ( YANG DIHARUSKAN OLEH ISLAM ) MAKA TIDAKLAH MENJADI APA-APA MASALAH ( TIDAK BERDOSA ) BAGI SESEORANG LELAKI UNTUK MEMAKAINYA “ .

SOALAN SAUDARA :

Jadi,....boleh atau tidak lelaki Islam memakai cincin saduran perak Zhulian sedangkan Rasulullah SAW pernah menegah seorang sahabat memakai cincin besi.

JAWAPAN KAMI :

Kami rasa saudara TERSALAH menulis agaknya . Mungkin yang saudara maksudkan ialah ‘ CINCIN PERAK “ . Sebab setahu kami – dengan ilmu kami yang amat sedikit ini – tidak pernah ada sebarang hadist-hadist yang sahih ( mahupun yang sebaliknya ) yang mengatakan bahawa cincin besi @ logam itu HARAM untuk kaum lelaki . Yang ada , hanyalah hadist yang digunakan oleh sebahagian para ulama’ ( rh ) yang menunjukkan bahawa cincin besi itu MAKRUH dipakai oleh kaum lelaki . Akan tetapi ternyata hadist ini tidak dapat dijadikan alasan untuk menunjukkan bahawa memakainya bagi kaum lelaki itu makruh , disebabkan hadist itu sendiri adalah DHO’IEF ( Lemah ) . Dan Hadist Lemah tidak boleh digunakan sebagai hujah di dalam membuat ketentuan hukum-hakam . ( ‘Aunul Ma’abud , Jilid ke-11 , hadist ke-4219 hingga ke hadist ke-4221).

Maka hukum memakai cincin besi/ logam adalah sebagai kaedah asal bagi setiap perkara urusan keduniaan iaiatu HARUS .

Oleh itu , kalau ada mana-mana orang lelaki yang mahu memakai cincin logam / besi maka SILAKANLAH , asalkan tidak diukir dengan ukiran-ukiran yang ditegah oleh Islam ( lambang sallib , lambang Hipies “ salib terbalik yang dipatahkan “ , bentuk patung lucah dan seumpamanya ) .

SOALAN SAUDARA LAGI :

Adakah dibenarkan oleh syara' sekiranya lelaki Islam memakai cincin bersadurkan perak Zhulian?

JAWAPAN KAMI :

Ya , memang benar adanya hadist yang membawa maksud bahawa Baginda Rasulullah s.a.w pernah melempar cincin perak ( sebagai mana Baginda s.a.w juga pernah melempar cincin emas ) .

Akan tetapi riwayat hadist yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w pernah melempar cincin perak itu sebenarnya adalah sangkaan yang TERsilap dan TERsalah daripada Al-Imam Ibnu asy-Syihab Az-Zuhri ( sepatutnya Az-Zahri disebabkan beliau rh drp kabilah Az-Zahrah ) . KeTERsalahan dan keTERsilapan beliau rh itu telah dikesan dan ditegur oleh Al-Imam an-Nawawi ( rh ) dan oleh Al-Qadhi ‘Iyadh ( rh ) . Inilah yang dinyatakan dan dibahaskan oleh Al-Imam Syamsul Haq Abadi ( rh ) tatkala beliau menghuraikan hadist-hadist yang berkaitan di dalam kitabnya yang terkenal : “ ‘AUNUL MA’ABUD SYARH SUNAN AL-IMAM ABI DAUD ( RH ) “ .

Yang menegaskan lagi bahawa cincin perak itu tidak haram dipakai oleh umat Islam dari kaum Adam a.s ialah hadist-hadist yang terkandung di dalam kitab tersebut di dalam Bab : MA JAA FI TARK al-KHATAM .

Ringkasnya : Hadist-hadist itu menyatakan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w pernah memakai sebuah cincin perak yang digunakan juga sebagai CAP MOHOR Kerajaan Islam yang dipimpin oleh Baginda Rasulullah s.a.w . Cincin Perak itu mempunyai batu yang dibuat daripada ‘aqiq . Cincin perak ini masih disimpan selepas kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq ( r.a ) , kemudiannya oleh Saidina ‘Umar Al-Khattab ( r.a ) dan seterusnya oleh Saidina ‘Utsman Bin Al-‘Affan ( r.a ) sehinggalah cincin perak itu terjatuh ke dalam telaga yang dinamakan sebagai “ Telaga Aris “ ( ÈÆÑ ÃÑíÓ ) di zaman pemerintahan Saidina ‘Utsman ( r.a ) . SILA RUJUK HADIST KE-4211 di dalam kitab Sunan Al-Imam Abu Daud ( rh ) .

Yang jelasnya , cincin emaslah yang diharamkan oleh kaum lelaki untuk memakainya walhal cincin perak tidaklah diharamkan. Dan ini merupakan hujah pembetulan bagi mereka yang TERsalah faham mengenai adakah cincin perak juga diharamkan kepada lelaki sebagai mana cincin emas ( sebagai mana yang difahami oleh Almarhum Ustaz Abdul Qadir Hasan di dalam KATA BERJAWAB 1-5 : ms 786 – 787 , terbitan : Yayasan Al-Muslimun , Bangil , Indonesia ) .

Allah Ta’ala sahajalah Yang Maha Mengetahui di dalam urusan yang diperselisihi oleh kita .

****************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 – ‘AUNUL MA’ABUD SYARH SUNAN AL-IMAM ABU DAUD ( RH )
Oleh : Al-Imam Al-Muhaddist Abu Taiyyib Muhd Syamsul Haq al-‘Azim Abadi ( rh )
Jilid ke-11 , ms 212 – 213 .
Terbitan : Darul Fikr, Beirut

2 – KATA BERJAWAB 1- 5
Oleh : Almarhum Ustadz Abdul Qadir Hasan
Ms 786 – 787
Terbitan : Yayasan Al-Muslimun , Bangil , Indonesia .

3 – PENERANGAN SYEIKH SOLEH HAMDI AS-SISI ( HA )

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
5 / Dzulhijjah / 1423 H
6/ Febuari / 2003 M

KHAMIS – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum