Assalamu'alaikum Warah MatulLah
Menghadirkan roh jin adalah suatu yang tidak mustahil dan boleh berlaku, kerana tiada nash yang mengatakan ia tidak boleh berlaku. (Boleh berlaku, bukannya halal dilakukan - hukumnya haram) .
Jazakallah.
Sumber Rujukan Islam Anda..
Assalamu'alaikum Warah MatulLah
Menghadirkan roh jin adalah suatu yang tidak mustahil dan boleh berlaku, kerana tiada nash yang mengatakan ia tidak boleh berlaku. (Boleh berlaku, bukannya halal dilakukan - hukumnya haram) .
Jazakallah.
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
SJ – 2499 : MENGHADIRKAN ROH JIN
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara MicroScript di atas soalan yang dikemukakan .
Topik mengenai JIN dan ALAM GHAIB sudah banyak kali kami kupas di dlm al-Ahkam Online ini contohnya sbg mana di url berikut :
SJ – 2441 : JIN BOTOL & RAWATAN ROHANI
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=11811
SJ-1752: Susulan Jin
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7694
SJ - 1745 : BERUBAT DENGAN JIN MUSLIM
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7676
SJ-2395: Hempapan/Tindihan Hantu Ketika Tidur
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=11549
SJ-2339: Iblis dan syaitan
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=11188
Siapa nak kenal Jin?
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=11210
SJ – 2333 : HUKUM BELAJAR HAL-EHWAL GHAIB , JIN & MAKHLUK HALUS
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=11138
SJ – 2179 : ADAKAH SCAN & ULTRASOUND TERMASUK DI DALAM ILMU GHAIB DAN RAMALAN YANG DILARANG ?
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9859
SJ – 2203 : PERSOALAN ROH & HANTU-SETAN DARI KUBUR
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10107
SJ – 2320 : PERSOALAN HANTU-SETAN LAGI
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10984
SJ-875: Dakwa tahu alam ghaib
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=4890
SJ - 1916 : SANTAU , SIHIR & RASUKAN SYAITAN
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8293
SJ-2284: "Menangkap Jin ke dalam botol" bukan dari tradisi Islam?
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10744
SJ-1905: JAMPI & AZIMAT : DI ANTARA HARUS DAN HARAMNYA
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8277
SJ-1638: Pandang Tembus Bayi
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7148
SJ-1479: jin, syaitan & iblis
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=6110
Iblis dan Syaitan
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=4213
SJ-1074: Memagar Rumah Dari Makhluk Halus
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=5291
SJ-1135: Ujudkan Bunian?
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=5412
Akan tetapi soalan ini nampaknya belum pernah disoal iaitu :
Menghadirkan roh jin adalah suatu yang tidak mustahil dan boleh berlaku, kerana tiada nash yang mengatakan ia tidak boleh berlaku. (Boleh berlaku, bukannya halal dilakukan - hukumnya haram) .
Jadi fokus kita ialah kepada masalah : MENGHADIRKAN ROH JIN & APAKAH HUKUMNYA MENURUT SYARIAT ISLAM YANG SUCI MURNI INI .
Untuk memudahkan perbincangan , kami akan memberikan gelaran kepada amalan menyeru , memanggil , mendatangkan dan menghadirkan Jin ini sebagai : “ TAHDIR ROH al-JIN “ yang diambil drp istilah : “ TAHDIR al-ARWAH “ ( Menghadirkan Roh-Roh ) .
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
Satu perkara asasi yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun ialah SEMUA MANUSIA , JIN DAN MALAIKAT DIJADIKAN DENGAN TUJUAN UNTUK BERABDI ( BERIBADAH ) KEPADA ALLAH TA’ALA , sebagai mana firman Allah Ta’ala yang menceritakan perihal ketiga-tiga makhluk ini :
æóãóÇ ÎóáóÞúÊõ ÇáúÌöäøó æóÇáúÅöäÓó ÅöáøóÇ áöíóÚúÈõÏõæäö
Ertinya : “ Aku tidak menciptakan jin dan manusia untuk suatu manfaat yang kembali kepada- Ku, tetapi mereka Aku ciptakan untuk beribadah kepada-Ku. Dan ibadah itu sangat bermanfaat untuk mereka sendiri. “ ~ Surah adz-Dzariyat : ayat 56 .
íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ ÞõæÇ ÃóäÝõÓóßõãú æóÃóåúáöíßõãú äóÇÑðÇ æóÞõæÏõåóÇ ÇáäøóÇÓõ æóÇáúÍöÌóÇÑóÉõ ÚóáóíúåóÇ ãóáóÇÆößóÉñ ÛöáóÇÙñ ÔöÏóÇÏñ áóÇ íóÚúÕõæäó Çááøóåó ãóÇ ÃóãóÑóåõãú æóíóÝúÚóáõæäó ãóÇ íõÄúãóÑõæäó
Ertinya : “ Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri atas manusia dan bebatuan. Yang menangani neraka itu dan yang menyiksa penghuninya adalah para malaikat yang kuat dan keras dalam menghadapi mereka. Para malaikat itu selalu menerima perintah Allah dan melaksankannya tanpa lalai sedikit pun. “ ~ Surah at-Tahrim : ayat 6 .
Dan satu lagi perkara yang tidak boleh diengkari oleh sesiapa jua ialah : SETIAP MAKHLUK YANG BERNYAWA ( HIDUP ) INI MEMPUNYAI ROH . Termasuklah haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan .
Walaupun Barat sudah semakin menuju kepada fahaman kebendaan ( materialistik ) yang menafikan perkara-perkara yang ghaib ( seperti fahaman Komunis , Atheis , Darwinisme , Fruedisme , Sekularisme dan sbgnya ) akan tetapi hati kecil mereka tetap menyatakan bahawa : SEBAGAI MANA YANG HIDUP ITU ADA JASADNYA , MAKA TENTULAH ADA ROHNYA .
Kenyataan ini tidak boleh dinafikan oleh Barat , apatah lagi apabila lahirnya beberapa cara perubatan ( yang mereka gelar sebagai Ilmu Perubatan ) dengan cara menidurkan seseorang pesakit , menyeru namanya dan rohnya , Magnetisme ( sbg mana yang pernah dipraktikkan sendiri oleh Sigmund Frued ) , mengkaji dan menganalisis mimpi seseorang pesakit dan sebagainya . Ini semua adalah bukti-bukti bahawa Barat sendiri terpaksa mengalah kdp realiti yg menyatakan bahawa : KITA SEMUA MEMPUNYAI ROH DAN KERANA ITULAH KITA MASIH TETAP HIDUP .
Walaupun begitu hebat ilmu manusia yang memperkatakan mengenai roh ini , hatta lahirnya Ilmu Memanggil Roh ( TAHDIR al-ARWAH ) akan tetapi semuanya itu di sisi Allah Ta’ala hanyalah secebis drp Ilmu-Ilmu-Nya Yang Terlalu Luas Lagi Yang Tidak Bertepi . Firman Allah Ta’ala :
æóíóÓúÃóáõæäóßó Úóäö ÇáÑøõæÍö Þõáö ÇáÑøõæÍõ ãöäú ÃóãúÑö ÑóÈøöí æóãóÇ ÃõæÊöíÊõã ãøöä ÇáúÚöáúãö ÅöáÇøó ÞóáöíáÇð
Ertinya : “Mereka ( Yahudi ) bertanya kepadamu wahai Muhammad mengenai roh . Katakanlah : “ Ia adalah urusan Tuhanku , dan tidaklah kamu diberikan pengetahuan mengenai roh itu melainkan sedikit sahaja “ ~ Surah al-Israk : ayat 86
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
MEMANGGIL ROH :
1 – Memanggil Roh Para Malaikat rh :
Ini adalah satu perkara yang MUSTAHIL BERLAKU melainkan dengan izin Allah Ta’ala . Dalilnya ialah apabila Baginda Rasulullah s.a.w di dalam keadaan “ Fatrah al-Wahy “ ( Terputusnya Wahyu ) , Baginda Rasulullah s.a.w sangat merindui datangnya Malaikat Jibril a.s kepadanya s.a.w . Dan apabila Malaikat Jibril a.s menziarahinya s.a.w , Baginda s.a.w pun bertanya : “ Wahai saudaraku ! , apakah yang menghalangmu untuk selalu menziarahiku sebagai mana hari ini ? “ .
Malaikat Jibril a.s pun menjawab dengan membaca ayat 64 drp Surah Maryam :
æóãóÇ äóÊóäóÒøóáõ ÅöáøóÇ ÈöÃóãúÑö ÑóÈøößó
Ertinya : “ Dan tidaklah kami turun melainkan dengan arahan drp Tuhanmu “ . ~ Tafsir al-Imam al-Qurtubi rh ( kisah ini berdasarkan hadis sahih riwayat al-Imam al-Bukhari rh yang bersambung sanadnya dengan Saidina Ibnu ‘Abbas r.a ) .
Oleh itu seseorang manusia TIDAK MAMPU dan TIDAK BOLEH mendatangkan salah-seorang drp Para Malaikat a.s ataupun roh mereka .
2 – Memanggil Roh Manusia :
Di antara perkara KARUT dan KHURAFAT yang masih dipercayai oleh sebahagian besar masyarakat kita ialah : Orang-orang yang telah mati boleh bangkit semula daripada kuburnya sebagai hantu / setan ! .
Ini ternyata satu kepercayaan yang menyesatkan !!! .
Bangkit semula daripada kubur itu sendiri dipanggil sebagai ; QIYAMAT ( Kebangkitan ) yang diambil daripada perkataan QOMA – YAQUMU –QIYAMAN – QIYAMATAN – MAQAMAN ….
Kalau benar seseorang yang telah mati itu boleh bangkit kembali drp kuburnya , ini bermakna HARI KIAMAT telah pun berlaku . Tapi siapa yang mahu percaya yang kiamat ( kiamat sebenar ) sudah berlaku !? .
Begitu juga , TIDAK BOLEH mana-mana manusia MENGUASAI ( Control ) mana-mana jasad orang-orang yang telah mati untuk dijadikan hantu / setan , untuk menceritakan hal itu dan ini MELAINKAN yang sebenarnya itu adalah syaitan ( drp bangsa Jin ) yang menyerupai wajah si mati . Adapun roh sebenar si mati itu hanyalah di tempat yang hanya diketahui oleh Allah Ta’ala jua .
Apakah orang-orang yang hidup ini sudah tentu bercakap benar !? . Oh tidak sama sekali !!! .
Kalau manusia sendiri yang masih hidup ini berani menipu , apatah lagi dengan syaitan ( jin ) yang menyamar sebagai si mati itu !? , mengapa pula dipercayai kata-katanya !? .
Kalau benar seseorang yang mati itu boleh bangkit kembali drp lubang kuburnya , bukankan lebih baik dia tidak bangkit sebagai HANTU ! , Bukankah lebih baik dia bangkit untuk berbuat amal kebajikan semula , berbuat banyak sedekah jariah dan sebagainya sebab dia sendiri sudah merasai azab kubur !?? .
Dan ini bermakna : Tiada seorang pun dapat menguasai roh manusia !!! .
Adapun MIMPI bertemu dengan roh seseorang yang telah mati itu , maka perkara ini tidaklah mustahil . Akan tetapi ini tidaklah bermakna kita mempunyai kuasa untuk berbuat apa sahaja ( mengawal ) roh tersebut , apatah lagi mimpi itu sendiri bukanlah salah-satu drp usaha ikhtiar manusia ! .
3 – Memanggil Roh Jin :
Memang benar kata saudara , tiada nas di dalam al-Quranul Karim dan as-Sunnah yang menyatakan mustahil roh jin itu boleh dipanggil ( Tahdir Roh al-Jin ) .
Walaupun begitu , kita juga harus ingat bahawa tiada dalil drp al-Quranul Karim dan juga as-Sunnah yang menyatakan bahawa memanggil roh Jin itu mempunyai faedah dan manfaatnya untuk kebaikan di dunia dan di akhirat .
Kalau ada faedahnya , silalah nyatakan , moga-moga semua kita kelak ( apabila melihat faedahnya ) akan belajar menjadi bomoh , dukun dan pawang ataupun sang paranormal ! .
Apakah faedahnya memanggil Jin ataupun Roh Si Jin itu !? .
Untuk berubat !? , Apakah tidak ada lagi doktor @ tabib drp kalangan manusia dan drp berbagai aliran perubatan yang mampu merawat penyakit itu !? . Dan ini sendiri akan menjadi bahan ketawa oleh masyarakat bukan Islam terhadap umat Islam yang masih lagi menggunakan Jin untuk merawat pernyakit walhal dunia sudah semakin maju dan bertamadun ! .
Untuk menjadi hamba suruhan kita !? , Ini TIDAK MUNGKIN kerana ia adalah SATU KEISTIMEWAAN KHAS YANG HANYA DIBERIKAN KEPADA BAGINDA NABI SULAIMAN A.S . Dalilnya ialah apabila Baginda a.s berdoa kepada Allah Ta’ala , baginda a.s menyebut :
ÞóÇáó ÑóÈøö ÇÛúÝöÑú áöí æóåóÈú áöí ãõáúßðÇ áøóÇ íóäÈóÛöí áöÃóÍóÏò ãøöäú ÈóÚúÏöí Åöäøóßó ÃóäÊó ÇáúæóåøóÇÈõ
Ertinya : “ Sulaimân berdoa kepada Tuhannya sambil bertobat, "Ya Tuhanku, ampunilah segala apa yang telah aku lakukan dan berikanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang pun sesudahku . Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi lagi banyak karunia-Nya." ~ Surah Sod , ayat 35 .
Selain itu di dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh dan al-Imam Muslim ada mengisahkan bahawa pernah seekor Jin Ifrit cuba untuk mengganggu Baginda Rasulullah s.a.w bersembahyang , lalu Baginda Rasulullah s.a.w pun menambatnya di salah-sebuah tiang masjidnya agar boleh dijadikan bahan mainan kanak-kanak penduduk Madinah . Namun , sebaik sahaja Baginda Rasulullah s.a.w teringat doa ( ayat di atas ) yang pernah dibaca dan dimohon oleh Baginda Rasulullah s.a.w , maka Baginda s.a.w pun melepaskan Jin Ifrit itu .
Menguasai Alam Jin dan menjadikan mereka sebagai hamba abdi dan kuli itu HANYALAH keistimewaan khusus untuk Baginda Nabi Sulaiman a.s .
Realiti yang berlaku sekarang , bukanlah pawang-pawang , dukun-dukun dan seumpama mereka itu yang menjadikan Jin sebagai hamba-abdi mereka , bahkan sebenarnya mereka itulah menjadi HAMBA DAN KULI BATAK kepada Golongan Jin itu . Buktinya sahaja ialah pawang-dukun-bomoh itu MESTI IKUT SYARAT yang dikenakan oleh Jin itu kepada mereka .
Apa faedahnya memangil Jin !? . Adakah untuk mengetahui hal-ehwal Alam Ghaib !? .
Jin sekali-kali TIDAK MENGETAHUI HAL-EHWAL ALAM GHAIB . Dalilnya firman Allah Ta’ala sendiri sebagai Tuhan yang telah mencipta Jin itu :
ÝóáóãøóÇ ÞóÖóíúäóÇ Úóáóíúåö ÇáúãóæúÊó ãóÇ Ïóáøóåõãú Úóáóì ãóæúÊöåö ÅöáøóÇ ÏóÇÈøóÉõ ÇáúÃóÑúÖö ÊóÃúßõáõ ãöäÓóÃóÊóåõ ÝóáóãøóÇ ÎóÑøó ÊóÈóíøóäóÊö ÇáúÌöäøõ Ãóä áøóæú ßóÇäõæÇ íóÚúáóãõæäó ÇáúÛóíúÈó ãóÇ áóÈöËõæÇ Ýöí ÇáúÚóÐóÇÈö Çáúãõåöíäö
Ertinya : “ Ketika Kami mematikan Sulaimân, tidak ada yang memberitahukan hal itu kepada bangsa jin selain seekor binatang melata yang menggerogoti tongkat sandaran Sulaimân. Saat jatuh tersungkur, barulah bangsa jin menyadari bahwa seandainya mereka dapat mengetahui persoalan gaib, mereka pasti tidak akan membiarkan diri mereka berada dalam siksa yang menyusahkan dan menghinakan “ . ~ Surah Saba’ , ayat 14 .
Kefahaman drp ayat di atas ialah : Jika ada orang mengatakan bahawa jin itu tahu hal-ehwal ghaib maka ini bermakna dia mengatakan bahawa firman Allah Ta’ala ( yg menyatakan sebaliknya ) itu adalah Dusta ( Maha Suci Allah Ta’ala drp sifat dusta ! ) .
Dan kalau dia menerima firman Allah Ta’ala , ini bermakna dia wajib juga percaya bahawa memang Jin tidak ada ilmu berkenaan hal-ehwal ghaib ! .
Sebagai sebuah contoh : Jika ada seekor Jin mengatakan bahawa di rumah si fulan itu ada cawan , gelas dan TV , adakah ini bermakna itu adalah perkara ghaib !? .
Jawapannya : TIDAK….itu bukanlah perkara ghaib sebab cawan , gelas dan TV itu sendiri tidaklah ghaib drp pandangan kita kalau kita sendiri masuk ke rumah si fulan itu ! .
Jadi , bagaimanakah boleh dipercayai kata-kata seekor Jin itu !? .
Apakah lagi faedah memanggil Jin ataupun rohnya ? , adakah untuk mengetahui hal-ehwal Alam Barzakh !? . Kalau begitu , bukankah lebih baik kita sama-sama menggali ilmu-pengetahuan mengenainya berdasarkan al-Quranul Karim dan Sunnah yang sahih !? .
Kedua-dua sumber itu TIDAK SEKALI-KALI KENYATAAN YANG DUSTA , walhal Jin sama juga dengan manusia , sama-sama suka berdusta melainkan sedikit sahaja drp kalangan mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah Ta’ala ! .
Oleh itu : Perbuatan dan amalan memanggil Jin TIDAK ADA FAEDAHNYA SAMA-SEKALI bahkan tidak sedikit drp amalan itu yang menyebabkan manusia menjadi sesat dan binasa drp hidayah Allah Ta’ala .
Begitulah juga dengan memanggil roh ( Tahdir al-Arwah ) . Dan kalau benar boleh menyeru roh untuk dipergunakannya ( lebih-lebih lagi di dalam berubat dan bersilat “ gerak ilham “ ) maka mengapakah tidak dipanggil sahaja roh-roh Para Anbiya a.s !? . Mengapakah tidak sahaja dipanggil roh Baginda Rasulullah s.a.w yang semasa hidupnya gagah-perkasa dan tidak pernah gentar dengan mana-mana musuhnya !? .
Semoga tidak ada manusia lagi yang sesat selepas ini kerana beramal dengan amalan ini dan semoga , Amalan Ibadah , Alam Perubatan Tradisional dan Ilmu Persilatan yang dipusakai oleh bangsa kita juga tidak lagi dinodai oleh amalan-amalan khurafat dan syirik seperti itu ! . Wallahul Musta’an . :doa
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
1 - Sila lihat SOAL-JAWAB ( SJ ) yang diberikan tajuk dan alamatnya di atas untuk mengetahui apakah bahan bacaan dan sumber rujukan yang sesuai untuk permasalahan seperti ini
.
2 – AHSANUL KALAM FIL FATAWA WAL AHKAM
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ha ( Bekas Pengerusi Lujnah Fatwa al-Azhar )
Bahagian ke-3 , Jilid Pertama , Halaman : 358 - 365
3 – TAFSIR al-MUNTAKHAB ( 6 BAHASA )
Terbitan : Majlis Tertinggi Hal-Ehwal Agama Islam , Kem. Waqaf , Rep. Arab Mesir
4 – ENSIKLOPEDIA al-QURANUL KARIM
( Tafsir al-Quranul Karim ~ at-Tobari , al-Qurtubi , al-Jalalain & Ibnu Katsir )
Terbitan : ESC Software , Egypt
Harga : RM 8.00
5 – LAIN-LAIN ( SUMBER PEMBACAAN & DIALOG DGN BEBERAPA PARA PENGAMAL AMALAN SEPERTI INI )
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
11 / Rabi’ul Awwal / 1424 H
12 / Mei / 2003 M
ISNIN – Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum