SJ – 2526 : MURTAD SECARA TIDAK SENGAJA

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2526 : MURTAD SECARA TIDAK SENGAJA

asalamualaikum

saya mempunyai satu kemusykilan..
saya dengan tidak sengaja telah menyebut yang saya ini murtad dengan niat ingin mengatakan yang saya kurang arif dengan sesuatu(dan saya menyebut saya murtad) tetapi tidak langsung terniat untuk murtad atau keluar dari agama islam.. baru-baru ini baru saya teringat yang saya pernah melafazkan perkara sedemikian dan ini benar-benar merisaukan saya.
diharap dapatlah membantu saya dalam hal ini.
Terima Kasih

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ – 2526 : MURTAD SECARA TIDAK SENGAJA


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2526 : MURTAD SECARA TIDAK SENGAJA

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Awis yang telah mengemukakan soalan di atas . Kami sengaja memilih untuk menjawab soalan saudara dengan segera memandangkan ia terlalu penting untuk diselesaikan segera agar hati saudara tenang dan tenteram di dalam melaksanakan ibadah .

Murtad ertinya secara ringkas : KELUAR DARIPADA ISLAM . Ianya boleh berlaku secara 3 cara :

1 – Dengan lisan ( perkataan ) .
2 – Dengan hati ( kepercayaan ) .
3 – Dengan perbuatan dan amalan .

Murtad = Keluar Daripada Islam = Terbatal Islam .

Bolehkah seseorang itu terbatal Islamnya ? . Ya ! , sudah tentu boleh . Wudhuk , Solat , Tawaf , Puasa pun boleh batal , maka apatah lagi dengan perkara asas yang terpenting ini , sudah tentu ia boleh batal juga .

Pihak al-Ahkam Online sudah kerap-kali membahaskan masalah MURTAD ini dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya . Sila gunakan SEARCH dengan kata kunci “ Murtad “ ataupun ARCHIVE pada soalan-soalan lepas di dalam Arkib Soal-Jawab Fiqh ( SJ ) .

Selain itu , saya sendiri ( pendekar ) telah pun menghuraikan permasalah MURTAD ini melalui kuliah secara audio , yang disampaikan 5 tahun dahulu ( harap maaf di atas segala kelemahan dan kekurangan saya di dalam menyampaikan kuliah itu ) .

Cuba dengar dengan baik perbahasan mengenainya di :

Siri Pengajian : APAKAH ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM ? ( Sila Fokuskan pada Siri 01 )
http://alahkam2.hamku.com.my/audio2003/index.php?q=f&f=%2Fpendekar%2FAPAKAH_ERTINYA

Ceramah : ISLAM DI AKHIR ZAMAN
http://alahkam2.hamku.com.my/audio2003/index.php?q=f&f=%2Fpendekar%2FCERAMAH

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

Kembali kepada soalan saudara ,
Disebabkan saudara sendiri sudah menyatakan bahawa perkataan itu diucapkan secara tidak sengaja , maka menurut ilmu pengetahuan kami yang sedikit ini , TIDAKLAH IA MENYEBABKAN SAUDARA MURTAD .

Apatah lagi sebenarnya saudara bukanlah hendak mengucapkannya , akan tetapi ia diucapkan secara tidak sengaja @ tersasul ( dalam istilah Ilmu Nahu perkara seperti ini dikenali sebagai “ Badal Gholat “ ) .

Firman Allah Ta’ala mengenai golongan yang murtad secara dipaksa ataupun tidak sengaja :


ãóä ßóÝóÑó ÈöÇááøåö ãöä ÈóÚúÏö ÅíãóÇäöåö ÅöáÇøó ãóäú ÃõßúÑöåó æóÞóáúÈõåõ ãõØúãóÆöäøñ ÈöÇáÅöíãóÇäö æóáóÜßöä ãøóä ÔóÑóÍó ÈöÇáúßõÝúÑö ÕóÏúÑðÇ ÝóÚóáóíúåöãú ÛóÖóÈñ ãøöäó Çááøåö æóáóåõãú ÚóÐóÇÈñ ÚóÙöíãñ

Ertinya : “ Sesungguhnya orang-orang yang mengikrarkan kekufuran setelah mereka beriman, akan mendapatkan murka Allah. Kecuali orang yang diperintah secara paksa untuk mengucapkan ikrar itu sementara hati mereka penuh dengan keimanan . Orang seperti itu akan selamat dari murka Allah. Akan tetapi orang-orang yang merasa lega hatinya dengan kekufuran itu, dan ikrar lisannya sesuai dengan apa yang ada dalam hati, maka mereka itu akan mendapat murka besar dari Allah. Dan di akhirat kelak, Dia akan menurunkan pada mereka siksa yang besar” . ~ Ayat 106 , Surah an-Nahl ( Lebah ) .

Al-Imam al-Hafiz Ibnu Katsri rh memberikan komentarnya mengenai ayat di atas dengan katanya :


æÃãÇ Þæáå ( ÅáÇ ãä ÃßÑå æÞáÈå ãØãÆä ÈÇáÅíãÇä ) Ýåæ ÇÓÊËäÇÁ ããä ßÝÑ ÈáÓÇäå ææÇÝÞ ÇáãÔÑßíä ÈáÝÙå ãßÑåÇ áãÇ äÇáå ãä ÖÑÈ æÃÐì æÞáÈå íÃÈì ãÇ íÞæá æåæ ãØãÆä ÈÇáÅíãÇä ÈÇááå æÑÓæáå æÞÏ Ñæì ÇáÚæÝí Úä ÇÈä ÚÈÇÓ Ãä åÐå ÇáÂíÉ äÒáÊ Ýí ÚãÇÑ Èä íÇÓÑ Ííä ÚÐÈå ÇáãÔÑßæä ÍÊì íßÝÑ ÈãÍãÏ Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÝæÇÝÞåã Úáì Ðáß ãßÑåÇ æÌÇÁ ãÚÊÐÑÇ Åáì ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÝÃäÒá Çááå åÐå ÇáÂíÉ .

Adapun Firman Allah Ta’ala : (( “ Sesungguhnya orang-orang yang mengikrarkan kekufuran setelah mereka beriman, akan mendapatkan murka Allah. Kecuali orang yang diperintah secara paksa untuk mengucapkan ikrar itu sementara hati mereka penuh dengan keimanan )) ~ Maka ayat ini sebenarnya merupakan PENGECUALIAN bagi sesiapa yang mengucapkan perkataan kufur secara TERPAKSA, demi menyenangkan hati kaum msuyrikin dengan perkataannya itu , disebabkan tidak tahan menanggung penyiksaan dan kesakitan sedangkan hatinya tetap teguh beriman dengan Allah dan Rasul-nya dengan sebenar .

Al-Imam al-‘Aufi meriwayatkan daripada Saidina Ibnu ‘Abbas r.a bahawa ayat ini memang diturunkan disebabkan kejadian yang menimpa Saidina ‘Ammar Bin Yasir r.a apabila beliau teruk sangat diazab oleh kaum musyrikin sehingga dia mengucapkan perkataan yang mengengkari status Baginda Nabi Muhammad s.a.w demi menyenangkan hati kaum itu .

Selepas itu , beliau pun menemui Baginda Rasulullah s.a.w dengan memohon kemaafan yang tidak terhingga , lalu turunlah ayat di atas .

## Inilah kisah yang pernah berlaku sendiri kepada salah seorang sahabat besar Baginda Rasulullah s.a.w yang bernama Saidina ‘Ammar Bin Yasir r.a . Di dalam hadist lain ada juga dinyatakan dialog di antara Baginda Rasulullah s.a.w dengan beliau r.a yang memutuskan bahawa seseorang Islam yang mengucapkan perkataan yang boleh membawa murtad ( dalam keadaan dharurat ~ seperti dipaksa ) TIDAKLAH DIANGGAP MURTAD jika hatinya masih tetap beriman teguh dengan Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w . Perkataan seperti ini dikenali sebagai “ TAQIYYAH “ menurut ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jamaah , kecuali puak Syiah Rafidhah dan sekutu-sekutunya yang membolehkan taqiyyah dilakukan secara berleluasa , walaupun terhadap sesama umat Islam . ( QobbahalLahu Wujuhahum Wa Yal’anu Hum ) .

## Walaupun ianya dibenarkan disebabkan penyiksaan yang sangat tidak terperi oleh musuh-musuh Islam , namun para ulama; menyatakan bahawa BERSABAR ( tetap tidak menyebut perkataan kufur dan tetap tabah menerima siksaan ) itu adalah LEBIH BAIK ( Aula & Afdhol ) dan mati di dalam keadaan itu dianggap mati syahid di jalan Allah Ta’ala . Dan inilah sikap yang dicerminkan oleh tokoh agung umat Islam , al-Imam al-‘Allamah Sirajul Ummah : Imam Ahmad Bin Hanbal r.a yang mati diseksa oleh puak Muktazilah yang mahu beliau r.h mengakui bahawa al-Quranul Karim itu adalah makhluk . ( Baju beliau r.h yang penuh dengan kesan darah itu kemudiannya diambil dan disimpan oleh gurunya , Imam al-Ummah : Imam asy-Syafi’e rh ) .

Adapun mengenai orang yang terlupa ataupun tidak sengaja menyebutnya ataupun melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan dia murtad , maka Baginda Rasulullah s.a.w ada bersabda mengenai hal ini melalui sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Saidina ‘Umar al-Khattab r.a dan Saidina ‘Ali r.a :


Ãóäøó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ÑõÝöÚó ÇáúÞóáóãõ Úóäú ËóáóÇËóÉò Úóäö ÇáúãóÌúäõæäö ÇáúãóÛúáõæÈö Úóáóì ÚóÞúáöåö ÍóÊøóì íóÝöíÞó æóÚóäö ÇáäøóÇÆöãö ÍóÊøóì íóÓúÊóíúÞöÙó æóÚóäö ÇáÕøóÈöíøö ÍóÊøóì íóÍúÊóáöãó

Ertinya : Baginda Rasulullah s.a.w ada bersabda : (( “ Diangkat qalam ~ tidaklah dianggap berdosa~ daripada 3 kategori umat Islam . ( 1 ) ~ Seseorang yang ditimpa penyakit gila sehinggalah dia sedar , ( 2 ) ~ Seseorang yang tidur sehinggalah dia terbangun daripada tidurnya , dan ( 3 ) ~ Daripada budak kecil sehinggalah dia bermimpi ~ ‘aqil baligh “ )) ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud rh ( 4 / 560 , Hadis : 4403 ) , al-Imam at-Tirmidzie rh ( 4 / 24 , Hadis : 1423 ) dan al-Imam as-Suyuthi rh di dalam “ al-Jamie’ as-Soghir “ ( Bahagian kedua , halaman ke- 16 ) .

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w lagi menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Tsauban r.a :


ÑõÝöÚó Úóäú ÃõãøóÊöí ÇáúÎóØóÃó æóÇáäøöÓúíóÇäó æóãóÇ ÇÓúÊõßúÑöåõæÇ Úóáóíúåöó

Ertinya : (( “ Diangkat daripada umatku ~ tidak dianggap berdosa ~ ketersalahan , kelupaan dan disebabkan dipaksa “ )) ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh al-Imam Ibnu Majah rh ( 1 / 659 , Hadis : 2045 ) dan al-Imam as-Suyuthi rh di dalam “ al-Jamie’ as-Soghir “ ( Bahagian kedua , halaman ke- 16 ) .

KESIMPULANNYA : Saudara masih tetap sebagai seorang Islam , dan di waktu saudara menyebut perkataan itupun , saudara masih tetap sebagai seorang Islam . Namun berhati-hatilah selalu , mudah-mudahan tidak lagi berlaku perkara yang sama walaupun secara tidak sengaja . :non

Mudah-mudahan iman kita sentiasa dipeliharai Allah Ta’ala hendaknya . Amin Ya Rabbal ‘Alamin . :doa

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 – FIQH al-KITAB WAS SUNNAH
Oleh : al-‘Allamah Prof. Dr . Amir ‘Abdul Aziz
( Profesor Jabatan Perbandingan Fiqh di Universiti an-Najah al-Watoniah , Palestin )
Jilid Pertama , Halaman 298 – 306 .

2 – ENKSIKLOPEDIA al-QURANUL KARIM
( Tafsir Para Imam : at-Tobari , al-Qurtubi , al-Jalalin dan Ibnu Katsir RahmatulLah ‘alaihim Ajmai’en )
Terbitan :ESC Software , Egypt

3 ~ ENSIKLOPEDIA al-HADIST asy-SYARIF
Terbitan : Sakhr Software , Egypt .

4 – TAFSIR al-MUNTAKHAB
( Tafsiran al-Quranul Karim Dengan 6 Bahasa Utama Dunia )
Terbitan : Majlis Tertinggi Hal-Ehwal Islam , Kementerian Waqaf Mesir .


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
22 / Rabi’ul Awwal / 1424 H
23 / Mei / 2003 M

JUMAAT – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum