SJ-01-0154 : musykil tentang ramalan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0154 : musykil tentang ramalan

assalamualaikum...
ana musykil tentang sikap sebahagian penduduk kampung yang percaya dengan ramalan tertentu...contohnya seorang hamba Allah ini dapat meramal tentang sikap seseorang atau kehidupannya di masa lampau...hamba Allah ini juga dapat membantu untuk memulihkan rumahtangga yang bagai telur di hujung tanduk..hamba Allah ini hanya menggunakan gula@garam@air

hukumnya mempercayai benda seumpama ini?adakah hamba Allah ini dikurniakan kelebihan oleh Allah s.w.t?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: musykil tentang ramalan

:salam

Ringkasnya :

Kita disuruh oleh Islam untuk berusaha / berikhtiar mencari ubat atau penawar terhadap setiap penyakit mahupun permasalahan yang berlaku di antara kita.

Walaubagaimana pun ianya mestilah tidak melampaui batasan-batasan agama.Sekiranya seseorang mendakwa boleh meramal akan nasib seseorang samada di masa lampau atau pun di masa akan datang , maka ianya merupakan satu perbuatan yang dilarang dalam Islam.Malah ianya termasuk perkara-perkara syirik yang boleh merosaklan akidah.

nasihat kami ialah , hendaklah jauhkan diri dari terjebak kepada perkara-perkara seumpama itu.Kesimpulannya , setiap usaha yang dilakukan mestilah bersandarkan kepada Allah swt.Bukannya mempercayai kehebatan si dukun atau pawang yang sememangnya tidak mampu untuk mendatangkan manfaat atau mudharat kepada manusia.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com