SJ-02-0029 : Menghantar jin utk berperang

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-02-0029 : Menghantar jin utk berperang

Adakah cara ini dibenar kan dalam Islam Menghantar Tentera Islam Ke Palestin
Selepas mengimami solat Isyak saya mendoakan kemenangan Hamas di Palestin mengalahkan Israel yahudi laknatuLLAH... saya amat sayu sehingga tidak dapat menahan air mata dari membasahi pipi... mudah2an ALLAH memperkenankan doa kami. Amin!

Balik dari surau saya terus merawat kes emergency seorang wanita yang diganggu oleh jin tok sami dan jin saka.

Jin tok sami tidak ganas sesuai dengan gaya hidup tok sami yang sederhana. Kumpulan pertama makan babi, kumpulan kedua makan kerbau, ketiga makan sayuran dan yang keempat makan semua.

Semasa berdepan jin tok sami makan babi saya memanggil semua tentera Islam di Serambi Madinah kerana saya ada pesanan penting. Saya katakan saya mahu mereka pergi ke Tebing Gaza untuk berjuang bersama Hamas. Saya mahu mereka membuat keputusan sesiapa yang mahu berjuang di sana dan siapa yang perlu tinggal. Saya katakan, kumpulan yang nak pergi berkumpul di sebelah kanan dan yang mahu tinggal di sebelah kiri.

Melalui jin tok sami saya tanya nama ketua-ketua batalion dan bilangan askar setiap kumpulan. Jin tok sami menyebutkan nama ketua2 berkenaan dan setiap kumpulan disertai 20,000 tentera Islam. Bila sampai 6 ketua, jin tok sami tak dapat mendengar nama ketua seterusnya kerana kedudukannya yang terlalu jauh.

Saya hantar 6 batalion ini terlebih dahulu. Kemudian 5 batalion lagi muncul dengan kekuatan yang sama. Saya pesan supaya mereka melemahkan tentera Israel dan membantu Hamas. Kumpulan ini juga saya hantar dengan izin ALLAH.

Nama ketua2 batalion saya catatkan kerana saya berjanji, jika diizinkan ALLAH saya akan bawa mereka pulang ke Serambi Madinah selepas tugasan selesai. Walau bagaimanapun saya minta mereka memilih syahid.

Cerita saya ini mungkin mengundang fitnah, tetapi itulah ikhtiar yang saya ada demi membantu saudara seagama...mudah2an usaha ini suatu kenyataan bukan khayalan dan saya serahkan kepada ALLAH menentukan segalanya.

SJ-02-0029 : Menghantar jin utk berperang

:salam

Bismillahi wal hamdulillah

Ringkas , cerita saudara ini tidak dapat untuk kami berikan sebarang komen apatah lagi untuk memastikan ianya suatu cerita yang benar dan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Apa yang pasti , perbuatan sebegini tidak terdapat sandarannya dalam Islam.Tidak pula kami ketahui dan temui bahawa manusia itu berupaya membawa jin-jin yang dikatakan sebagai "tentera Islam" dari Serambi Madinah di samping mengarahkan mereka semua untuk berperang melawan Israel yahudi dengan memberikan kemenangan kepada penduduk Palestin melainkan Nabi Allah Sulaiman alaihis Salam sahaja yang dianugerahkan Allah swt keupayaan tersebut.

Apa yang jelas dalam Islam ialah , kita sebagai hamba-Nya wajib memohon pertolongan kepada Allah swt dalam apa jua keadaan atau bencana yang menimpa , dan Allah swt lah yang akan menghanttar bantuan dan pertolongan kepada kita semua samaada dalam apa jua bentuk pertolongan termasuk dengan menghantar bala tentera-Nya yang terdiri daripada para Malaikat , bukan kita sendiri yang menghantarnya , sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Anfal ayat : 9 :

ÅöÐú ÊóÓúÊóÛöíËõæäó ÑóÈøóßõãú ÝóÇÓúÊóÌóÇÈó áóßõãú Ãóäøöí ãõãöÏøõßõãú ÈöÃóáúÝò ãöäó ÇáúãóáóÇÆößóÉö ãõÑúÏöÝöíäó

(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: "Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut."

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com