SJ-03-0072 Masalah anjing

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0072 Masalah anjing

Assalamualaikum

saya ada beberapa kemusykilan

1) ada seorang ustaz menyatakan bahawa hanya bekas minuman atau makanan yang perlu disertu apabila terkena jilatan anjing. Kerana kebiasaan org arab meletakkan bejana diluar rumah semasa musim2 tertentu.

kalau salah mungkin salah saya silap dengar

masalahnya kalau badan kita atau pakaian dijilat anjing adakah pelu disertu?.......... adakah ia hanya apply utk bekas makanan atau minuman

2) trend masa kini stoking dibuat short cut yg mana tidak menutupi buku lali. ada seorang ustaz kata, kita oleh buat khuf diatas stoking dan syaratnya menutupi buku lali

masalahnya stoking itu ke atau menutup buku lali syarat utk khuf
so adakah boleh kita buat khuf jika stoking kita tidak menutup buku lali?

maaf jika susah nak paham

SJ-03-0072 Masalah anjing

:wassalam

al-Jawab:

1. Masalah anjing menjilat bejana.

Orang arab zaman dulu hidup simpel, ada kaum Baduwi yg hidup di khemah atau di kota yang mana rumah-rumah mereka yg simpel, tidak secanggih rumah-rumah kita hari ini. Mereka banyak mengembara, merentasi padang pasir yg luas, dan bila berkhemah, maka kemungkinan ada anjing liar yang masuk khemah mereka dan menjilat bejana dan periuk yang berada di dalam atau luar khemah mereka. Kita di Malaysia, peluang utk anjing menjilat periuk belanga kita amatlah tipis kecuali bila ada kenduri kendara kat kampung-kampung.

Nas hanya menyebut secara khusus (spesifik) tentang bejana (peralatan makan) yang dijilat anjing dan tidak selain itu hatta binatang buruan yang digigit anjing pun tidak diperintahkan disertu. Maka jalan selamat ialah ta'abudi spt kata Imam Malik, kita hanya mensertu bejana sahaja dan bukan selainnya hatta haiwan buruan yg digigit oeh anjing sekalipun tidak perlu disertu. (al-Qardhawi, Fiqh Tahaharah)

2. Menyapu stoking itu syaratnya stoking itu menyamai fungsi khuf yakni ia menutupi kesemua bahagian kaki yg wajib di basih, yakni angkle (mata kaki/buku lali). Maka stoking yg anda nyatakan itu tidak memenuhi syarat yg menyamai hukum sapuan ke atas khuf di zaman silam. Kena pakai stoking yg melepasi angkle. al-Qardhawi, Fatawa Mu'asirat, 293) WA