:salam
Alhamdulillah... Jazaka Allahu Khairan. kat para panel feqh.. kerana telah menjawab soalan2 saya yg lalu pasal anjing,babi,was2.
kali ini,masalah ini nampak remeh temeh tapi bermasalah juga kepada saya. di rumah saya,urusan wuduk,buang air kecil/besar dan lain2 kat tandas. bapa saya non-muslim,jadi dia buang air kecil secara berdiri kan. macam juga saya dulu sebelum Islam.
di sini,masalahnya,apabila bapa saya kencing secara berdiri,maka percikan air kencing itu akan terkena kat lantai tandas kan. maka lantai tandas itu ada najis kan. malah mungkin blh berjangkit najis itu ke tmpt lain. dlm mengatasi sedikit sebyk masalah ini,saya pakai selipar jepun khas utk kat tandas.
tapi saya masih diselubungi terkena najis tersebut dlm rumah. blh dikatakan saya ni terlalu was2/berhati2. smpi terkena itu ini,saya terus cucinya kerana bimbangkan najis seperti kencing/daging babi dan lain2.
sebelum ini,thtl ada jwb,pasal daging babi itu najis yg kena cuci jika tersentuh,tapi saya mmg dilema dan setiap kali tersentuh apa2 yg was2,lepas itu pergi cuci,sebab kan keluarga saya sentuh babi,jadi blh tersebar/berjangkit najis itu kat dlm rumah kami seperti remote control,tingkap dan lain2. macamana ni nak berdepan? mohon penerangan...
saya pernah tegur bapa saya mengenai percikan kencing itu kena jaga,jgn smpi ada yg terkena lantai tandas. bapa saya kadang2 ada jaga,kadang tak juga. tapi baru2 ini,saya dpt tau,bapa saya duduk buang air kecil. pasal ini,saya tak pernah minta bapa saya buat macam itu. bagi saya,bapa saya blh kencing berdiri,asalkan air kencing itu kena dijaga. mungkin bapa saya ternampak tingkah laku saya yg asyik mencuci itu ini.
jadi,merujuk hal di atas,saya berasa serba salah pula. dlm 1 hal,saya kena jaga diri saya daripada terkena najis. dlm 1 hal lagi,saya kena jaga perasaan bapa saya. utk pengetahuan,bapa saya(non-muslim) dah 60 tahun lebih,jadi saya tak mau menyusahkan dia dan tak mau melukai hati dia.
apakah saya ni mementingkan diri sendiri? apakah saya ni terlalu syadid? apakah saya telah menjadi 'fitnah' kepada Islam? apakah saya telah memaksa bapa saya utk bertoleransi dlm hal itu? macamana ya? ::( ::cry:
akhir kata,saya mohon jwpan yg detail dlm kes saya ni. minta maaf byk2,jika soalan saya ni kurang difahami atau pelik atau lain2. tapi saya betul2 harap dpt selesaikan masalah ini secepat mungkin mengikut cara Islam yg betul. Jazaka Allahu Khairan...
:wassalam
al-Jawab:
Langkah terbaik ialah jika anda sudah berkerjaya, anda hendaklah menyewa apartment dan tinggal berasingan dari keluarga anda, mungkin tidak berapa jauh dari rumah ibubapa anda (supaya anda selalu dapat menziarahi dan berdakwah kepada mereka tentang Islam).
Jika anda menetap bersama mereka, maka semasa dalam tandas sudah memadai jika anda memakai selipar jepun atau terompah dalam tandas. Tidak perlu dirisaukan lagi jika mereka kencing berdiri sekalipun.
Dari segi periuk belanga dan pinggan mangkuk, pastikan anda membasuh dengan baik menggunakan pencuci pinggan spt Sunlight atau Axion sebelum menggunakannya, Jika keluarga anda memakan makanan yg tidak halal spt khindzir dan haiwan yg tidak disembelih secara syara'iy, maka ia memang mendatangkan masalah kepada anda.
Rumusan:
1. anda tidak perlu memaksa keluarga anda menggunakan tandas ikut cara Islam. Apa yang anda perlu lakukan ialah memakai selipar setiap kali menggunakan tandas. Dari masa ke semasa, anda hendaklah mop lantai menggunakan detergen lantai.
2. pastikan anda tidak memakan masakan yang mengandungi haiwan yang dilarang memakannya (khinzir, katak, ular dsbnya) dan haiwan yang tidak disembelih mengikut cara Islam. Jika anda ingin menggunakan periuk, pinggan, mangkuk, sudu dan copstick, pastikan ia dibasuh sebelum di gunakan. (al-Qardhawi, Fiqh Taharah) WA