SJ-04-0026 : pemakaian khuf

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0026 : pemakaian khuf

assalamualaikum..sy minta maaf kalau ini adalah soalan berulang...

1) boleh pihak tuan menjelaskan tentang pemakaian khuf?

2) adakah boleh kita cuma menyapu air sembahyang diatas kasut kulit sedangkan kita tidak memakai khuf? dan jika memakai khuf pula adakah kita perlu meyapu air wudhuk itu diatas khuf atau diatas kasut kita saja?

harap minta penjelasan kerana ini melibatkan masalah yg besar dan jika tidak sah wudhuk maka tidak sah sholat seseorg itu...wslm

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-04-0026 : pemakaian khuf

:wassalam

alJawab:

1. Khuf adalah sejenis kasut orang Arab zaman dulu. Orang Nusantara tidak pernah pakai atau melihatnya kecuali pada kaki mubaligh2 Jama'ah Tabligh dari India-Pakistan ketika mereka jaulah ke Malaysia. Selalunya ia diperbuat dari kulit himar (keldai) atau kijang dan ia nipis dan selalu dipakai dalam mesjid. Mungkin sekarang masih dipakai oleh orang Afghan, India, Pakistan, ini kerana (di tempat2 lain) kasut moden telah mengambil alih fungsi khuf ini. Apabila hadith2 banyak menyebut khuf, tidak bermakna kasut dan stokin tidak dibahaskan.

2. Dalil membolehkan menyapu selain khuff ialah hadith alMughirah yg menyatakan, bahawa Nabi saw berwudhu' dan biasa menyapu stokin dan kasutnya" [dikeluarkan oleh alTermidzi dalam Sunannya (#92), disahihkan oleh al-Albani, sahih sunan atTermidzi #86]

Stokin mula dibahaskan kerana ia banyak dipakai oleh orang Syam (Syria sekarang) kerana mereka ada musim sejuk bersalji, maka mereka yg mula-mula menimbulkan isu apakah boleh menyapu stokin. Lalu Ibn Taymiyah yg menetap di Syam berfatwa," dibolehkan menyapu apa saja yg lazim berada di kaki, baik ianya khuf, kasut atau stokin [lihat Majmoo' Fatawa lil Syaikhul Islam : 21/174; Ibn Hazm dlm alMuhalla : 1/321' Samahah Syaikh Ibn Uthaimiin, I'lam alMusaafiriin /ms 14]

Maka usah khuatir, sunnah menyapu khuf ini sebenarnya kekal hidup tanpa dihadkan kpd khuf. Kata Ibn Umar alKhattab ra (sahabi yg amat tegar menjaga sunnah), " Adapun sapu stokin itu menyamai sapu atas khuf"
(alMusannaf lil Ibn Abi Syaibah, 1/173)
sekian