SJ-04-0049 : musykil ttg bersuci dan khuf

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0049 : musykil ttg bersuci dan khuf

:salam

1 ) benarkah tayammum sbb sakit x boleh kena air boleh bertayammum sblm masuk waktu solat ? bagaimana pula tayammum bg yg ketiadaan air ?

2) berwuduk / tayammum bg org yg berikut :
a) salah satu annggota wuduk bersimen
b) org yg lumpuh

3) adakah pemakaian khuf mmg yg diperbuat dr kulit shj ? bagaimana dgn stokin biasa ? cth : setokin tenunan skrg yg biase pakai ke tempat kerja ? yg sy fhm khuf klu tertanggal akn terbtl sapuannya . jadi secara logik klu la kite mandi sure air masuk / terkumpul dlm khuf . jadi , macamna ye ::lol:

syukran...

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-04-0049 : musykil ttg bersuci dan khuf

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan yukitada dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

1. Orang sakit, keadaan terlalu sejuk, ketiadaan Air, air terlalu jauh merupakan sebab-sebab dibenarkan bertayammum. Namun demikian bagi Mazhab Syafie, masuk waktu merupakan salah satu syarat sah tayammum. [al-Fiqh al-Manhaji, 1/ 94]. Dr Wahbah Zuhaily mengatakan ini merupakan pandangan jumhur, kecuali ulama' Hanafi, tidak menjadikan sebagai syarat.

2. (a) Bagi orang yang salah satu anggota wudhu'nya bersimen (jabirah) , hendaklah sapukan pada tempat yang berbalu tersebut ketika berwudhu't. Tidak perlu diikuti oleh tayammum,.

(b) Bagi orang yang lumpuh terdapat 2 kondisi

(i) Jika sewaktu hendak bersolat, terdapat orang yang boleh membawa air kepadanya, maka hendaklah dia berwudhu'.
(ii) Jika semasa hendak bersolat, tiada orang yang membantunya, maka bolehlah dia bertayammum sekitar debu yang ada dikelilingnya. Sabda Nabi :saw :-

ÅöÐóÇ ÃóãóÑúÊõßõãú ÈöÃóãúÑò ÝóÃúÊõæÇ ãöäúåõ ãóÇ ÇÓúÊóØóÚúÊõãú
dir="ltr">"Jika aku mengarahkan kamu melakukan sesuatu perkara, lakukan sebanyak mana yang kamu mampu" [Hadith Riwayat al-Bukhari #7277, Muslim #1337.

3. Dibenarkan menyapu khuf dan juga stokin (jawrabain), seperti mana yang kita pakai ke tempat kerja. Syarat mendapat kelebihan ini ialah, sebelum memakai khuf atau stokin, seseorang itu hendaklah mengambil wudhu' secara sempurna dahulu.

Apabila seseorang itu menanggalkan khuf, ada dikalangan ulama' yang mengatakan bahawa wudhu'nya akan terbatal. Walaubagaimanapun, menurut Qatadah, Hasan al-Basri, Ibn Abi Layla, Ibn Hazm, Ibn Taimiyah, al-Nawawi dsb mengatakan pandangan tersebut lemah, kerana wudhu' akan hanya terbatal dengan perkara2 yang membatalkan wudhu sahaja; i.e. hadath (buang air, kentut, dsb). [al-Majmu’, 1/557, al-Muhalla 1/105, Majmu' Fataawa Ibn Utsaimin, 11/193].

Sekian, wassalam

خيرالأمين