SJ-05-0010 : Ingin Tahu ..

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0010 : Ingin Tahu ..

Assalamualaikum,

Di sini saya ingin bertanya sedikit. Boleh tak setiap kali kita mengerjakan sembahyang fadhu dan sembahyang sunat dan sebagainya, kita bayangkan yang kita sembahyang di mekah di hadapan Kaabah atau masjid di sana?? Sah ke sembahyang saya itu??

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0010 : Ingin Tahu ..

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr nuraisyah dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Adakah sah solat jika membayangkan dia bersolat di Mekah atau di hadapan Ka'bah? Solat tetap sah, kerana ia tidak meninggalkan mana-mana rukun solat atau sebab-sebab yang membatalkan solat i.e. berkata2, pergerakan yang banyak, terdapat najis di pakaian, terbuka aurat, menukar niat, beralih kiblat, ketawa dsb. Cuma ia mencacatkan pahala solah kerana meninggalkan amalan sunnah, iaitu khusyuk. Syiekh Dr Mustafa Khin didalam kitabya Al-Fiqh Al-Manhaji meletakkan khusyuk sebagai sunat ha'iah.

Kenapa perlu membayang-bayangkan Mekah, Ka'bah, Masjid dsb. Bayangan ini akan mengubah penumpuan kita dari menghadirkan hati didalam solat, lalu akan mencacatkan kekhusyukkan solat kita. Makna khusyuk menurut Syeikh Dr Mustafa Khin :

ÇáÎÔæÚ íÞÙÉ ÇáÞáÈ Åáì ãÇíÑÏÏå ÇááÓÇä ãä ÇáÞÑÇÁÊ æÇáÃÐßÇÑ æÇáÃÏÚíɺ ÈÃä íÊÏÈÑ ßá Ðáß æíÊÝÇÚá ãÚ ãÚÇäíÉ¡ æíÔÚÑ Ãäå íÊÇÌí ÑÈå ÓÈÍÇäå æÊÚÇáì
"Khusyuk ialah hati yang sedar akan apa yang lidah bacam zikir dan do'a. Kerana menganggap semua perbuatan terpancar darinya, dan merasakan bisikan Tuhan Yg Maha Suci dan maha Tinggi" - [Al-Fiqh Al-Manhaji /157]

Yang dimaksudkan khusyuk ialah kita merasai setiap ayat yang di baca dan bukan membayang objek-objek yang lain. Hati (qalb) dikehendaki hadir bersama semasa membaca ayat-ayat a-Quran, zikir-zikir dan do'a-do'a. Syeikh Ibn Taimiyah membahagikan usaha khusyuk ini kepada dua :

(1)

ÇÌÊåÇÏ ÇáÚÈÏ Ýí Ãä íÚÞá ãÇ íÞæáå æíÝÚáå ¡ æÊÏÇÌÊåÇÏ ÇáÚÈÏ Ýí Ãä íÚÞá ãÇ íÞæáå æíÝÚáå ¡ æÊÏÈÑ ÇáÞÑÇÁÉ æÇáÐßÑ æÇáÏÚÇÁ ¡ æÇÓÊÍÖÇÑ Ãäå ãäÇÌò ááå ÊÚÇáì ßÃäå íÑÇå
"Berusaha memikir apa kita baca/sebut dan apa yang kita lakukan, memikirkan makna al-Quran, zikir do'a yang kita baca; merasakan didalam minda kita bahawa kita sedang berdialog dengan Allah swt dan seolah-olah kita melihatnya."

(2)

ÇáÇÌÊåÇÏ Ýí ÏÝÚ ãÇ íõÔÛá ÇáÞáÈ ãä ÊÝßÑ ÇáÅäÓÇä ÝíãÇ áÇ íÚäíå ¡ æÊÏÈÑ ÇáÌæÇÐÈ ÇáÊí ÊÌÐÈ ÇáÞáÈ Úä ãÞÕæÏ ÇáÕáÇÉ ¡ æåÐÇ Ýí ßá ÚÈÏò ÈÍÓÈå
"Berusaha kearah membuang apa sahaja perkara yang boleh mengganggu (distract) anda semasa solat, memikirkan mengenai sesuatu perkara yang tidak ada kena-mengena atau gangguan. " - (Majmu' fatawa, 22/605)."

----------
Beberapa Soal-Jawab dibawah ini boleh dijadikan rujukan kepada persoalan khusyuk yang telah kita bincangankan :-

1. SJ-05-0008 : Boleh Baca Terjemahan Masa Solat Fardhu?
url : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=23860

2. SJ-05-0009 : Bacaan AlQuran
url : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=26992

Ada beberapa kaedah yang disarankan oleh ulama'-ulama', diantaranya kami telah sebut didalam Jawapan :SJ-0008.

a. Mengingati bagaimana para salaf bersolat (ÇáÊÃãá Ýí ÍÇá ÇáÓáÝ Ýí ÕáÇÊåã) ini akan menambahkan lagi kekkhusyukan. Apabila Ibn al-Zubair berdiri untuk bersolat, dia seolah-olah bagaikan kayu, berada didalam kekhusyukkannya. Suatu hari semasa beliau sedang sujud diwaktu peluru dari lastik yang besar di lancarkan, dimana Mekah telah di kepong, dan sebahagian pakaiannya koyak semasa bersolat, beliau tidak langsung mengangkatkan kepalanya. Ibn Taimiyah menceritakan :

Sa'd ibn Mu'aaz berkata :

Ýíø ËáÇË ÎÕÇá áæ ßäÊ Ýí ÓÇÆÑ ÃÍæÇáí Ãßæä Ýíåä ¡ áßäÊ ÃäÇ ÃäÇ : ÅÐÇ ßäÊ Ýí ÇáÕáÇÉ áÇ ÃÍÏË äÝÓí ÈÛíÑ ãÇ ÃäÇ Ýíå ¡ æÅÐÇ ÓãÚÊ ãä ÑÓæá Çááå ÍÏíËÇ áÇ íÞÚ Ýí ÞáÈí ÑíÈ Ãäå ÇáÍÞø ¡ æÅÐÇ ßäÊ Ýí ÌäÇÒÉ áã ÃÍÏøË äÝÓí ÈÛíÑ ãÇ ÊÞæá æíÞÇá áåÇ
"Aku mempunyai 3 qualiti yang aku pelihara disepanjang masa, kemudian aku akan benar-benar melakukan sesuatu. Apabila aku bersolat, Aku tidak memikirkan apa-apa melainkan solat yang aku lakukan; jika aku mendengar mana-mana hadith Rasulullah saw, aku tidak ada keraguan mengenainya; dan apabila aku menziarahi janaazah, aku tidak memikir apa-apa melainkan apa yang janazah itu berkata dan apa yang dikata keatasnya" - [Majmu' Fatawa, 22/605].

b. Ketahui bahawa Allah swt memberi responnya kepada solat kita. Kita mesti merasakan bahawa kita seolah-oleh berkomunikasi dengan Allah swt semasa didalam solat. Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda :

Çááå ÚÒ æÌá ÞÓãÊ ÇáÕáÇÉ Èíäí æÈíä ÚÈÏí äÕÝíä æáÚÈÏí ãÇ ÓÃá ¡ ÝÅÐÇ ÞÇá : ÇáÍãÏ ááå ÑÈ ÇáÚÇáãíä ÞÇá Çááå : ÍãÏäí ÚÈÏí ÝÅÐÇ ÞÇá : ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã ¡ ÞÇá Çááå : ÃËäì Úáíø ÚÈÏí ¡ ÝÅÐÇ ÞÇá : ãÇáß íæã ÇáÏíä ¡ ÞÇá Çááå : ãÌøÏäí ÚÈÏí ¡ ÝÅÐÇ ÞÇá : ÅíÇß äÚÈÏ æÅíÇß äÓÊÚíä ¡ ÞÇá : åÐÇ Èíäí æÈíä ÚÈÏí æáÚÈÏí ãÇ ÓÃá ¡ ÝÅÐÇ ÞÇá : ÅåÏäÇ ÇáÕÑÇØ ÇáãÓÊÞíã ¡ ÕÑÇØ ÇáÐíä ÃäÚãÊ Úáíåã ÛíÑ ÇáãÛÖæÈ Úáíåã æáÇ ÇáÖÇáíä ¡ ÞÇá Çááå : åÐÇ áÚÈÏí æáÚÈÏí ãÇ ÓÃá .
"Allah Azza wa Jalla berfirman : Aku telah membahagikan solat diantara aku dan hambu ku menjadi separuh, dan hambaku akan mendapat apa yang dia minta'. Apabila hambanya berkata 'Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam' Allah', Allah mejawab 'hambaku telah memujiku'. Apabila hamba berkata :'Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani', Allah menjawab, 'Hambaku telah memuliakanku', apabila hamba berkata :'Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). ' Allah menjawab :'Hambaku telah membesarka aku', apabila hamba berkata : 'Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.', Allah menjawab :'Ini adalah diantara aku dan hamba ku, dan hambaku boleh dapat apa yang dia minta', apabila hamba berkata :''Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. ' Allah menjawab :'Semua ada adalah untuk hamba ku, dan hamba ku akan mendapat apa yang dia minta' "- [Hadith riwayat Muslim, didalam kitab Al-Solah].

c.Memikirkan tentang makna ayat tersebut. Tidak ada seorangpun akan memikirkan tentang sesuatu ayat al-Quran melainkan ia mempunyai pengetahuan mengenainya. Ini menunjukkan pelajaran tafsir al-Quran begitu penting didalam penghidupan seorang Islam. Ibn Jareer ra. pernah berkata :

Åäí áÃÚÌÈ ããä ÞÑà ÇáÞÑÂä æáã íÚáã ÊÃæíáå ( Ãí : ÊÝÓíÑå ) ßíÝ íáÊÐ ÈÞÑÇÁÊå
"Aku pelik terhadap orang yang baca al-Quran dan tidak mengetahui maknanya (tafsirnya), Bagaimana mereka seronok membacanya?"

Seperkara lain yang boleh dilakukan ialah berinteraksi dengan ayat al-Quran itu sendiri. Contohnya, jika ayat itu memuji Allah swt, maka kita berzikir 'alhamdulillah', jika ia menceritakan tentang azab; mohon perlindungan dari Allah swt dsb. Didalam sebuah riwayat Hudhaifah ra berkata :

ÕáíÊ ãÚ ÑÓæá Çááå áíáÉ ¡ ÝßÇä ÅÐÇ ãÑ ÈÂíÉ ÑÍãÉ ÓÃá ¡ æ ÅÐÇ ãÑ ÈÂíÉ ÚÐÇÈ ÊÚæÐ ¡ æ ÅÐÇ ãÑ ÈÂíÉ ÝíåÇ ÊäÒíå ááå ÓÈÍ
"Aku bersolat malam bersama Rasulullah saw, maka jika baginda membaca ayat rahmah, dia akan meminta rahmah, jika baginda membaca ayat azab, dia akan memohon perlindungan dari azab, jika ia membaca ayat tidak mensyrikkan Allah, dia akan berkata Subhaanaallah"

d. Mengingati mati ketika bersolat. Nabi saw bersabda :

ÇÐßÑ ÇáãæÊ Ýí ÕáÇÊß ¡ ÝÅä ÇáÑÌá ÅÐÇ ÐßÑ ÇáãæÊ Ýí ÕáÇÊå áÍÑíø Ãä íÍÓä ÕáÇÊå ¡ æÕáø ÕáÇÉ ÑÌá áÇ íÙä Ãäå íÕáí ÛíÑåÇ
"Ingat mati ketika solat kamu, kerana sesungguhnya orang yang mengingati mati ketika solat biasanya akan memperbaiki solatnya, dan Solatlah seperti mana orang yang tidak berfikir ia akan bersolat didalam solat yang lain" - [dari al-Silsilat al-Sahihah al-Albani, 1421, Dilaporkan oleh al-Suyuti bahawa Ibn Hajar mengkelaskan hdith ini sebagai hasan].

Nabi saw juga menasihatkan Abu Ayob ra :

ÅÐÇ ÞãÊ Ýí ÕáÇÊß ÝÕáøö ÕáÇÉ ãæÏøöÚ
"Apabila kamu berdiri untuk solat, solatlah sebagaimana solat perpisahan" -[Hadith riwayat Ahmad 5/412].
----------

Begitulah serba sedikit mengenai kaedah yang dibawa oleh Nabi saw dan para sahabat agar seseorang itu dapat menghadirkan hatinya ketika solat. Tidak payahlah kita membayang-bayang Ka'bah, atau masjid al-Haram atau mana-mana objek lain semasa didalam solat. Lakukanlah sebagaimana yang dinyatakan diatas moga-moga kita menjadi seorang Islam yang khusyuk didalam solat, sebagaimana firman Allah swt :-

ÞóÏú ÃóÝúáóÍó ÇáúãõÄúãöäõæäó. ÇáøóÐöíäó åõãú Ýöí ÕóáóÇÊöåöãú ÎóÇÔöÚõæäó.
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatmya" - [al-Mu’minun 23:1-2]

Wallahu'alam, wassalam

خيرالأمين