SJ-05-0028 : Jama' ta'khir

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0028 : Jama' ta'khir

assalamualaikum..... saya ade kemusykilan mengenai jama' ta'khir. jikalau dalam jama' takdim (zohor&asar) solat zohor mesti didahulukan dan diikuti dgn asar, bagaimana pula dengan jama' ta'khir (zohor & asar), solat manakah yg perlu didahulukan? apakah dalil & nas nya?

Re: SJ-05-0028 : Jama' ta'khir

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menajwab soalan sdr zlatan dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Ini merupakan bab syarat untuk melakukan Jama' Taqdim dan Jama' Ta'khir. Benarlah hukum yang sdr zlatan nyatakan diatas, jika seseorang hendak menunaikan Solat jama' Taqdim maka, solat yang empunya waktu itu didahulukan, atau apa yang dikatakan sebagai tertib. Menurut Dr Wahbah Al-Zuhaily, salah satu syarat jama' al-Taqdim ialah :-

ÇáÊÑÊíÈ Ãí ÇáÈõÏÇÁÉ ÈÇáÃæáì ÕÇÍÈÉ ÇáæÞÊ : æåæ Ãä íÞÏã ÇáÃæáì¡ Ëã íÕáí ÇáËÇäíÉ¡ áÃä ÇáæÞÊ ááÃæáì¡ æÅäãÇ íÝÚá ÇáËÇäíÉ ÊÈÚÇð ááÃæáì¡ ÝáÇÈÏ ãä ÊÞÏíã ÇáãÊÈæÚ¡ Ýáæ ÕáÇåãÇ ãÈÊÏÆÇð ÈÇáÃæáì¡ ÝÈÇä ÝÓÇÏåÇ ÈÝæÇÊ ÔÑØ Ãæ Ñßä¡ ÝÓÏÊ ÇáËÇäíÉ ÃíÖÇð¡ áÇäÊÝÇÁ ÔÑØåÇ ãä ÇáÈÏÇÁÉ ÈÇáÃæáì¡ æáßä ÊäÚÞÏ ÇáËÇäíÉ äÇÝáÉ Úáì ÇáÕÍíÍ
"Tertib, iaitu memulakan solat yang pertama didalam waktu itu, kemudian diikuti dengan solat yang kedua, kerana sesungguhnya ia adalah didalam waktu solat pertama, maka mesti didahulukan solat yang diikuti. Kerana itu jika dilakukan solat kedua-duanya dengan mendahulukan solat yang pertama, tiba-tiba solatnya yang pertama batal akibat tidak sempurna syarat atau rukunnya, maka terbatallah solat kedua juga, kerana syarat solat yang kedua tidak sempurna sejak bermula baginya, iaitu solat pertama. akan tetapi solat kedua akan menjadi solat sunat menurut pandangan yang sahih" - [Al-Fiqh Al-Islami, 1/355]

Dengan kata lain, tertib urutan diantara solat adalah syarat didalam Solat Jama' Taqdim, dimana solat yang pertama (Zohor dan Maghrib) di tunaikan dahulu, sebelum menunaikan solat yang kedua (Asar dan Isya').

Walaubagaimanapun, ulama berikhtilaf berkenaan dengan syarat Solat Jama' Taqdim. Bagi Mazhab Syafie pula :-

ÃãÇ ÇáÊÑÊíÈ: ÝáíÓ ÈæÇÌÈ¡ áÃä æÞÊ ÇáËÇäíÉ æÞÊ ÇáÃæáì¡ ÝÌÇÒ ÇáÈÏÇíÉ ÈãÇ ÔÇÁ ãäåãÇ. æÃãÇ ÇáÊÊÇÈÚ: ÝáÇ íÌÈ ÃíÖÇð¡ áÃä ÇáÃæáì ãÚ ÇáËÇäíÉ ßÕáÇÉ ÝÇÆÊÉ ãÚ ÕáÇÉ ÍÇÖÑÉ¡ ÝÌÇÒ ÇáÊÝÑíÞ ÈíäåãÇ. æÅäãÇ ÇáÊÑÊíÈ æÇáÊÊÇÈÚ ÓäÉ¡ æáíÓ ÈÔÑØ.
"Tertib tidak wajib (didalam jama' Ta'khir, kerana sesungguhnya waktu solat yang kedua adalah didalam waktu solat pertama, maka boleh dimulakan dengan mana-mana dari keduanya. Bagi muwalat juga tidak menjadi wajib, kerana sesungguhnya solat pertama dan solat kedua seperti solat luput dan solat hadir, maka boleh dipisah-pisahkan, maka muwalat dan tertib adalah sunat, dan bukanlah syarat". - [Al-Fiqh Al-Islami, 1/357]

Manakala bagi Mazhab Hanbali, syarat sah Jama' Taqdim dan Jama' Ta'khir ialah menjaga tertib antara solat-solat, mendahulukan solat pertama (Zohor atau Maghrib) daripada solat kedua (Asar dan Isya'). Syarat tertib tidak gugur dengan sebab terlupa menurut pandangan yang sahih dalam mazhab ini. - [Al-Fiqh Al-Islami, 1/360]

Tertib dan Muwalat hanyalah merupakan perkara sunat bagi Mazhab Syafie didalam Solat Jama' Ta'khir. Mana-mana Solat sahaja boleh dilakukan dahulu atau dikemudiankan. Bagi Mazhab Hanbali pula tertib menjadi syarat sah didalam kedua-dua jenis Solat Jama'. WA.

wassalam
==========
Rujukan :

1. Dr Wahbah al-Zuhaily. al-Fiqh al-Islami wa adillatuh - 2. cetakan ke 3. Damsyik : Dar al-Fikr, 1989.

خيرالأمين