SJ-05-0044 : @SUJUD SAHWI@

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0044 : @SUJUD SAHWI@

Macam mana cara duduk tahiyyat akhir sebelum kita bersujud sahwi?
Adakah macam duduktahiyyat awal atau duduk cam tahiyyat akhir juga?
:?:

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-05-0044 : @SUJUD SAHWI@

Assalamu'alakum

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan gerawayu dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Didalam qaul jadid (pendapat baru) mazhab al-Syafie, sujud sahwi adalah diantara tashahhud akhir dan salam. Menurut Dr Wahab al-Zuhaily, cara melakukan sujud sahwi cara Mazhab Syafie adalah :-

æÕÝÊå : ÓÌÏÊÇä ßÓÌæÏ ÇáÕáÇÉ Ýí æÇÌÈÇÊå æãäÏæÈÇÊå ßæÖÚ ÇáÌÈåÉ æÇáØãÃäíäÉ æÇáÊÍÇãá æÇáÊäßíÓ (ÑÝÚ ÇáÃÓÇÝá) æÇáÇÝÊÑÇÔ Ýí ÇáÌáæÓ ÈíäåãÇ¡ æÇáÊæÑß ÈÚÏåãÇ.
"sifatnya : lakukan sujud 2 kali seperti sujud didalam solat, baik bagi [solat] wajib dan sunat, seperti meletakkan dahi, toma'inah, tahaamul, tankis (meninggikan punggung) dan duduk istiraasyi ketika duduk diantara kedua (sujud)nya, dan diduduk tawaruk selepas sujud tersebut" - [al-Fiqh al-Islami, 2/107].

Secara ringkas kaifiatnya [menurut Mazhab Syafie]:-

a. selesai membaca tashahhud akhir, berkeadaan duduk tawaruk (seperti tahiyyat akhir),
b. lakukan sujud pertama dengan bacaan seperti bacaan didalam sujud (Subhana rabbiyal 'ala) solat.
c. bangun dari sujud lalu duduk secara istiraasyi (seperti tahiyyat awal, atau duduk diantara 2 sujud)
d. lakukan sujud kedua dengan bacaan seperti bacaan didalam sujud (Subhana rabbiyal 'ala) solat.
e. bangun dari sujud lalu duduk secara tawaruk (seperti tahiyyat akhir), lalu memberi salam.

Wallahu'alam, wassalam
==========
Rujukan :

1. Dr Wahbah al-Zuhaily. al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu - 2. cet. ke 3. Damsyik : Dar al-Fikr, 1989. ms 107.

خيرالأمين