SJ-05-0048 : solat jumaat...mufti...

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0048 : solat jumaat...mufti...

akum....

saya ingin bertanya...
!)pernah sekali kami di sini(di luar negara di mana kami menuntut) bertanya kepada mufti di tempat kami tentang permasalahan kami. Dia memberitahu, sembahyang jumaat itu tidak wajib bagi kami sebagai seorang pelajar dan dia menyuruh kami belajar itu lebih daripada meninggalkan lecture dan kelas semata2 untuk sembahyang jumaat. Adakah kami patut berpegang dgn kata2nya?

2)seterusnya, mengambil wuduk dengan sempurna tapi jika kami cuma membasuh kaki dengan menyapukan air di atas kasut adakah ia memadai? apakah hukumnya di sini? Mungkin waktu musim sejuk ataupun tiada air panas ketika mengambil wuduk...cuma air sejuk saja.

3)sembahyang duduk di tempat2 seperti restoran dan tempat2 awam bagi mengelakkan diketahui oleh orang ditempat itu yang kita sedang sembahyang? adakah dibolehkan kita sembahyang duduk diwaktu itu? dan bagaimanakah arah kiblatnya? adakah kita sepatutnya mencari posisi kiblat yang betul?

4)sembahyang duduk dalam kenderaan ketika mengembara. adakah perlu kita menghadap kiblat jika kita sembahyang duduk dlm bas? sama juga seperti didalam kapal terbang...adakah kiblat itu penting dalam keadaan tersebut? atau kita cuma duduk sembahyang dan menghadap ke hadapan kerusi itu sudah memadai atau tidak?

kami studi di russia dan russia negara kristian ortodox...harap dpt penjelasan yang secukupnya...terima kasih...

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: solat jumaat...mufti...

:wassalam
Jawab

1. Mufti di mana kita menetap lebih memahami waqe' (realiti setempat) Ini kerana orang awam, madzhabnya ialah ilmuan yg berada disekelilingnya (Dr Qardhawi, Fiqh Taysir). Pendapatnya adalah benar dan boleh diikuti. ini kerana ia bertepatan dengan fatwa fuqaha' antaranya Imam Ibn Qudamah dalam alKafi 1/478. Hujahnya anda termasuk orang yg ditimpa uzur.

2. Perbuatan itu adalah dibolehkan. Ia dinamakan menyapu khuf atau menyapu sepatu atau stokin atau sebarang tutup kaki. Bagi musafir 3 hari dan bagi non-musafir ialah 1 hari (24 hours) Fiqh Sunnah

3. Diboleh solat dalam keadaan manapun jika kita khuatir akan keselamatan. Adapun mengenai kiblat, andalah hendaklah memiliki kompas kiblat (ia banyak dijual), jika tiada, anda hendaklah berijtihad sedaya mungkin. solat anda sah dan tidak perlu diulangi. Fiqh Sunnah

4. Solat di negara Komunis spt Russia, anda hendaklah solat mengikut arah kenderaan. ini kerana anda berada dalam hukum solat dalam keadaan dharurat dan ketakutan.
ini pendapat Ibn Umar ketika mentafsir ayat 2:239 (fiqh sunnah)

sekian
th