SJ-05-0063 : solat jumaat selang seminggu

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0063 : solat jumaat selang seminggu

:salam .....saya ada satu kemusykilan....

saya bekerja disebuah hypermarket di Pulau Pinang, prosedur syarikat tersebut hanya membenarkan pekerja muslim pergi solat Jumaat selang seminggu. oleh itu apakah hukumnya kepada pekerja yang mengikut prosedur tersebut walaupun hatinya tidak merelakan

saya harap pihak al-ahkam dapat memberi jawapan secepat mungkin kepada saya.....sekian terima kasih....

:salam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: solat jumaat selang seminggu

:wassalam

Hendaklah segera di ajukan kepada Pejabat Mufti PP, Persatuan Pengguna Pulau Pinang CAP (SM Idris) dan JAKIM.

Hypermarket yang menjadi tetamu di negara Islam Hadhari tidak ada kuasa menggubal syari'at baru untuk umat Islam. alQur:an sejak 1426 tahun telah menetapkan umat Islam Pulau Pinang dan di mana saja, Wajib solat Juma'at seminggu sekali dan Hypermarket milik orang kafir itu tidak boleh merubah hukum dan menghina umat Islam yg mana dia menumpang di negara Hadhari untuk mencari rezki.

Sebarang percubaan orang kafir untuk merendahkan Islam dan menghina pemeluknya hendaklah ditentang, dimajukan kepada pihak berwajib.

Sahutilah panggilan Tuhanmu pada hari Juma'at:

" Hai orang2 beriman, apabila diseru utk menunaikan solat Juma'at, maka bersegeralah kamu kepada zikrullah dan TINGGALLAH jualbeli (termasuk HYpermarket)..yang demikian itu lebih BAIK bg kamu JIKA kamu mengetahui." AQ 62: 09

Hak utk menunaikan solat Juma'at adalah hak asasi umat Islam di negaranya sendiri. Jika orang kafir yg datang melabur mengenakan syarat supaya umat Islam meninggalkan syari'atnya, maka ini suatu yg memalukan dan menyebabkan umat Islam menjadi hina dan hilang maruahnya.

sekian
:aklam