SJ-05-0077 : doa solat istikharah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0077 : doa solat istikharah

:salam ustaz,

saya nak tanya...bolehkah kita menyebut nama lelaki(calon suami) dalam doa istikharah?

boleh tak ustaz berikan doa solat istikharah yang sahih dalam bahasa arab dan terjemahannya sekali?

wassalam

SJ-05-0077 : doa solat istikharah

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdri badiah dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Paparan hadith dibawah ini menunjukkan kaifiat dan do'a istikharah. Didalam hadith diatas, Nabi :saw memerintahkan sahabat agar melakukan solat dan berdo'a dengan lafaz dibawah pada setiap urusan. Ibn Abi Jamrah mengatakan ini merupakan kenyataan umum akan tetapi merujuk kepada sesuatu yang khusus. Maka tidak mengapa menyebut apa hajat pilihannya nya, siapa yang ingin dipilih dsb (sebut pilihan pada tempat yang di'underline'kan/bariskan). Ibn Abi Jamrah mengatakan bahawa tidaklah termasuk pilihan apabila ia bersangkutan dengan perkara wajib, haram atau makruh. Ia hanya melibatkan perkara mubah (harus) atau mustahab (sunat).

Sebuah hadith yang membicarakan mengenai kaifiat dan do'a Solat Istikharah (ÕáÇÉ ÇáÇÓÊÎÇÑÉ) telah diriwayatkan dari Jaabir ibn Abdullah al-Salami ra :

ßóÇäó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó íõÚóáøöãõ ÃóÕúÍóÇÈóåõ ÇáÇÓúÊöÎóÇÑóÉó Ýöí ÇáÃõãõæÑö ßõáøöåóÇ ßóãóÇ íõÚóáøöãõåõãú ÇáÓøõæÑóÉó ãöäú ÇáúÞõÑúÂäö íóÞõæáõ : " ÅöÐóÇ åóãøó ÃóÍóÏõßõãú ÈöÇáÃóãúÑö ÝóáúíóÑúßóÚú ÑóßúÚóÊóíúäö ãöäú ÛóíúÑö ÇáúÝóÑöíÖóÉö Ëõãøó áöíóÞõáú
"Rasulullah :saw mengajar kepada para sahabatnya melakukan solat istikharah didalam semua bentuk perkara/urusan sebagaimana dia mengajar mereka surah dari al-Quran, dia bersabda : Apabila sesiapa diantara kamu mempunyai urusan maka solatlah 2 rakaat yang bukan solat fardu kemudian berkata :"

Çááøóåõãøó Åöäøöí ÃóÓúÊóÎöíÑõßó ÈöÚöáúãößó æóÃóÓúÊóÞúÏöÑõßó ÈöÞõÏúÑóÊößó æóÃóÓúÃóáõßó ãöäú ÝóÖúáößó ¡ ÝóÅöäøóßó ÊóÞúÏöÑõ æóáÇ ÃóÞúÏöÑõ æóÊóÚúáóãõ æóáÇ ÃóÚúáóãõ æóÃóäúÊó ÚóáÇãõ ÇáúÛõíõæÈö Çááøóåõãøó ÝóÅöäú ßõäúÊó ÊóÚúáóãõ åóÐóÇ ÇáÃóãúÑó ____ÎóíúÑðÇ áöí Ýöí ÚóÇÌöáö ÃóãúÑöí æóÂÌöáöåö ( Ãóæú Ýöí Ïöíäöí æóãóÚóÇÔöí æóÚóÇÞöÈóÉö ÃóãúÑöí) ÝóÇÞúÏõÑúåõ áöí æóíóÓøöÑúåõ áöí Ëõãøó ÈóÇÑößú áöí Ýöíåö Çááøóåõãøó æóÅöäú ßõäúÊó ÊóÚúáóãõ Ãóäøóåõ ÔóÑøñ áöí Ýöí Ïöíäöí æóãóÚóÇÔöí æóÚóÇÞöÈóÉö ÃóãúÑöí (Ãóæúó Ýöí ÚóÇÌöáö ÃóãúÑöí æóÂÌöáöåö) ÝóÇÕúÑöÝúäöí Úóäúåõ [ æÇÕÑÝå Úäí ] æóÇÞúÏõÑú áöí ÇáúÎóíúÑó ÍóíúËõ ßóÇäó Ëõãøó ÑóÖøöäöí Èöåö

Transliterasi :

Allaahumma inni astakheeruka bi 'ilmika wa astaqdiruka bi qudratika wa as'aluka min fadlika, fa innaka taqdiru wa laa aqdir, wa ta'lamu wa laa a'lam, wa anta 'allaam al-ghuyoob. Allaahumma fa in kunta ta'lamu haadha'l-amra [dinyatakan halnya] khayran li fi 'aajil amri wa aajilihi (atau: fi deeni wa ma'aashi wa 'aaqibati amri) faqdurhu li wa yassirhu li thumma baarik li fihi. Allaahumma wa in kunta ta'lamu annahu sharrun li fi deeni wa ma'aashi wa 'aaqibati amri (atau: fi 'aajili amri wa aajilihi) fasrifni 'anhu [wasrafhu 'anni] waqdur li al-khayr haythu kaana thumma radini bihi

Terjemahan :

"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pilihan kepadamu dengan pengetahuanmu, aku memohon keputusanmu dengan kekuasaanmu dan aku memohn kepadaMu dengan keutamaamu yang besar. Sesungguhnya engkau berkuasa dan aku tidak berkuasa, Engkau Maha Mengetahui hal2 yang ghaib. Ya Allah! Apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini [dinyatakan halnya] baik bagiku dalam agamaku, penghidupanku dan akhir urusanku (masa dekat dan masa depan urusanku), maka takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berkatilah aku didalamnya. Apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agamaku, penghidupanku dan akhir urusanku, (masa dekat dan masa depan urusanku), maka singkirkanlah ia dariku atau singkirkanlah aku darinya, dan takdirkanlah kebaikan bagiku dimana jua, kemudian jadikanlah aku redha dengannya" [Hadith Riwayat al-Bukhari #6841; riwayat yang sama juga dicatat oleh al-Tirmudzi, al-Nasaa'i, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad]

:aklam

wassalam

خيرالأمين