SJ-05-0156 : Solat Tarawih 4 rekaat 1 salam

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0156 : Solat Tarawih 4 rekaat 1 salam

: Assalamualaikum,

Pada satu malam pada bulan Ramadhan, Juha (bukan nama sebenar) pergi ke masjid utk solat Isya' & Tarawih. Apabila sampai di masjid, jamaah sedang mengerjakan solat Tarawih. Juha mengerjakan solat Isya' dgn mengikuti imam & menambah bilangan rekaat utk melengkapkan solat Isya'nya. Selesai solat Isya', Juha menyertai jamaah mengerjakan solat Tarawih. Selesai solat Tarawih, imam mengumumkan akan mengerjakan solat Witr 3 rekaat 1 salam. Oleh kerana Juha ketinggalan bilangan rekaat solat Tarawih & dia mahu meneruskah solat Tarawih, bolehkah dia mengikuti imam & menambah 1 rekaat supaya solatnya tidak menjadi Witr (solatnya jadi 4 rekaat)?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0156 : Solat Tarawih 4 rekaat 1 salam

wassalam.
al-Jawab:

Madzhab Syafi'iy adalah madzhab yang paling longgar dan mempermudah dalam ikutan antara makmum dan imam. Boleh saja orang solat tarawih solat di belakang Imam solat witir. Yang tak boleh ialah cara solat itu berbedza dgn ketara spt solat gerhana atau solat jenazah. Maka orang yang solat biasa tidak boleh berimamkan Imam yang sedang mengimami solat gerhana atau solat jenazah. (Imam Nawawi, alMajmu' IV/ ms 150) Qaul Syafi'iyah ini disokong oleh madrasah Salafiyah spt Ibn Taymiyah (al Ikhtirayat alFiqhiyah). sekian