SJ-05-0161 : Dah solat, kena solat lagi?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0161 : Dah solat, kena solat lagi?

:salam

Maaf, ana tak pasti topic ini pernah dibincangkan atau tidak. ana cuma inginkan kepastian. Benarkah jika seseorang yang sudah solat di suatu masjid, kemudian beliau tiba di suatu masjid yang lain untuk menuntut ilmu ataupun untuk sebab yang lain, dan beliau mendapati jemaah di sana sedang solat, beliau perlu menyertai mereka dan solat sekali lagi?

Benarkah beliau perlu berbuat demikian walaupun berada diwaktu yang dilarang solat?

Adakah hukumnya wajib?

Dalil tentang ini diperolehi dari hadith Yazeed ibn al-Aswad (r.a.): "Aku mengerjakan haji bersama Rasulullah (s.a.w) dan solat subuh bersama baginda di Masjid Al-Khayf. Bila selesai solat, baginda berpaling dan mendapati dua orang berada di belakang baginda yang tidak solat bersama-sama baginda. Baginda bersabda: 'Aku perlu berbicara dengan mereka.' Baginda pun menemui mereka yang dalam ketakutan lalu bertanya:: 'Apa yang menghalang kamu berdua daripada bersolat bersama kami?' Mereka menjawab: 'Ya Rasulullah! Kami sudahpun solat di rumah kami.' Baginda bersabda: 'Jangan berbuat begitu. Jika kamu sudah solat di rumah kamu dan kemudian tiba di masjid yang sedang mengerjakan solat berjemaah, sembahyanglah bersama mereka dan ia akan menjadi kelebihan bagi kamu.'" (Sunan Al-Tirmidhi, no. 219; Saheeh al-Jaami', 667)

Di dalam hadith lain ada menyatakan bahawa kedua orang tersebut datang selepas solat subuh bila masa solat adalah dilarang. Imam Malik meriwayatkan di dalam al-Muwatta' di dalam bab "Apa yang diriwayatkan tentang mengulangi solat bersama imam selepas seseorang sudah solat sendirian":

"Mihjan r.a. berkata beliau bersama Rasulullah (s.a.w) semasa azan dilaungkan. Rasulullah (s.a.w) bangun dan solat jemaah, kemudian kembali, sementara Mihjan tidak berganjak dari tempatnya dan tidak solat bersama-sama mereka. Rasulullah (s.a.w) pun bertanya kepada beliau: 'Apa yang menghalang kamu daripada sembahyang bersama-sama orang lain? Bukankah kamu seorang muslim?' Beliau berkata: 'Saya seorang muslim, ya Rasulullah! Tetapi saya sudahpun solat di rumah.' Rasulullah (s.a.w) bersabda kepada beliau: 'Bila kamu datang (ke masjid) solatlah bersama-sama orang ramai walaupun kamu sudah bersolat.'" (al-Muwatta', 1/130; Silsilah al-Saheehah, no. 1337)

Minta tolong jawabkan,jazakumullah..
-Ana yg jahil-

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0161 : Dah solat, kena solat lagi?

:wassalam

al-Jawab ÇáÌæáÈ

Di sini ada dua perbahasan fiqih:

1. Hukum si fulan yang sudahpun solat sendirian di rumahnya, lalu ia datang ke mesjid dan mendapati solat berjama'ah sedang dilaksanakan, maka dianjurkan solat sekali lagi bersama jama'ah tsb. Dalilnya ialah hadith Yazid al-Aswad tsb. Hukumnya sunat, bukan wajib.
Ia boleh dilakukan untuk semua jenis solat kecuali solat Maghrib menurut Jumhur kecuali Syafi'iy (alMughni, 2/111)

2. Hukum si fulan yang telah menunaikan solat berjama'ah di mesjid, kemudian pergi ke mesjid yang lain mendapati solat berjama'ah sedang berlangsung, maka hukumnya sunat solat bersama mereka menurut Jumhur kecuali Malikiah. Imam Malik melarangnya kecuali menyertai solat di tiga mesjid suci (al-Haram, Madinah dan al-Quds)

Solat subuh tidak di larang oleh madzhab Jumhur (alMughni, ibid)

sekian