:salam
mintak pencerahan dalam isu solat sunat hadiah..seorang ustaz pondok memberitahu kita hendaklah bertaklid dgn pendapat imam as-Subki yang mengatakan adanya solat sunat hadiah (tanpa menyebut kitab mana)..begitu juga saya pernah terbaca artikel Dato Dr Mashitah Ibrahim dalam ruangan soal jawab akhbar metro yang mengatakan adanya solat sunat hadiah dan beliau mengajar kaifiatnya..walhal sebelum ni saya berpegang dgn Dr MAZA & HF yang mengatakan tidak wujudnya solat sunat hadiah dlm sunnah baginda s.a.w
mohon pencerahan..
:wassalam
:wassalam
alJawab:
Anda hendaklah berpegang dengan pendapat SS Dr MAZA dan Panel al-Ahkam, HF kerana mereka lebih masyhur berpegang dengan Sunnah berbanding dengan tokoh2 yg anda sebutkan itu. Ini kerana kedua tokoh hadith kita menyeru kepada ittiba' asSunnah dan menjauhi taqlid.
Solat sunat hadiah kepada mayyit ini tidak pernah disebut dalam mana-mana kita sunan, dan bermakna ianya tidak disyari'atkan. WA
Assalamu'alaikum
Alhamdulilah. Sedikit tambahan dari saya.
Solat Hadiah ini amat terkenal dikalangan penganut Syiah. Dalam satu riwayat mereka yang masyhur dari Mohamed bin al-Hasan didalam kitab al-Misbah yang dapat saya ringkas riwayatnya yang menjelaskan tentang solat hadith : "Sesungguhnya seseorang hamba bersolat pada hari Jumaat 8 rakaat, 4 rakaat didedikasikan kepada Rasulullah :saw dan, 4 rakaat yang bakinya didedikasikan kepada Fatimah ra. Hari Khamis bersolat 4 rakaat dan didedikasikan kepada Amirul Mukminin, kemudian setiap hari kepada satu-satu Imam, sehinggalah hari Khamis 4 rakaat didedikasikan kepada Ja'far bin Muhamad, kemudian pada hari Jumaat juga 8 rakaat, 4 rakaat didedikasikan kepada Rasulullah :saw, 4 rakat selebihnya kepada Fatimah, kemudian pada hari Sabtu 4 rakaat didedikasikan kepada Musa bin Ja'far, kemudian lakukan begitu sehingga hari Khamis dimana 4 rakaat kepada empunya zaman."
Didalam riwayat yang lain oleh Ibrahim bin Ali al-Kaf'ami (al-Misbah) dijelaskan kaifiat Solat Hadiah ini ::-
Kaifiat solat ini mempunyai sedikit persamaan sebagaimana yang dipaparkan di Harian Metro :
.
Imam-Imam Mazhab yang 4 tidak menceritakan mengenai Solat Hadith ini, terutama Imam Al-Syafie sendiri yang memang jelas pegangan beliau bahawa selain dari Solat Jenazah dan Do'a, hanya ibadat Harta (Maal) sahaja yang boleh sampai kepada si-mati tersebut. Dari apa yang kami ketahui, tidak ada hadih sahih yang tsabit dari Nabi :saw mengenai solat hadiah ini. Banyak lagi solat sunat lain yang sahih dari Nabi :saw yang boleh kita amalkan tanpa was-was. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين