SJ-05-0213 : Bertukar niat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0213 : Bertukar niat

Salam

Terima kasih atas jawapan lalu. Just nak clarify beberapa perkara,

1) Katakan kita niat sembahyang qasr zohor, tiba2 kita terbuat 4 rakaat, sebab lupa. Ditgh2 solat boleh ke kita niat 4 rakaat? Atau kita kena sujud sahwi sebab terlupa.
2)Kita tgh solat jemaah katakan zohor 4 rakaat. Tapi kita masuk rakaat ketiga dan terpaksa bangun semula utk habiskan solat. Bolehkah kita berniat mengikuti imam lain, spt kawan kita yg duduk kat sebelah kita masa solat, utk menghabiskan solat kita bersama2.
Kalau dibenarkan bagaimana cara yg sebenar.

Dulu saya ada browse buku pelik tapi dibenarkan dlm solat mcm cara dukung anak, solat masa perang, cara buka pintu masa solat, cara pegang anak yg kacau solat etc. Bagaimana cara sunnah utk approach keadaan demikian(senario di atas). Kebanyakan org melayu melakukan tepukan bahu bila hendak ikut seorang imam. Adakah ini ada dalil yg sah?

Terima kasih

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0213 : Bertukar niat

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan Fahisham dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Quote:
1) Katakan kita niat sembahyang qasr zohor, tiba2 kita terbuat 4 rakaat, sebab lupa. Ditgh2 solat boleh ke kita niat 4 rakaat? Atau kita kena sujud sahwi sebab terlupa.

Solat Qasar Zohor yang dilakukan sebanyak 4 rakaat, sudah dikira sebagai menambah rakaat tanpa disengajakan. Hendaklah dilakukan sujud sahw akibat menambah rakaat. Walau bagaimanapun, menurut Syiekh Utsaimin, jika disempurnakan solat secara penuh pun tidak mengapa.

æÅä ÇÓÊãÑ ÝÃÊã ÇáÕáÇÉ ÝáÇ ÍÑÌ Úáíå
dir="ltr">"Dan jika dia meneruskan untuk menyempurnakan solat, tidak ada halangan untuknya" [Majmu’ Fataawa al-Sheikh Ibn Utsaimin (14/32)].

Quote:
2)Kita tgh solat jemaah katakan zohor 4 rakaat. Tapi kita masuk rakaat ketiga dan terpaksa bangun semula utk habiskan solat. Bolehkah kita berniat mengikuti imam lain, spt kawan kita yg duduk kat sebelah kita masa solat, utk menghabiskan solat kita bersama2

Tidak perlu, kerana anda sudah pun berImam dengan Imam yang telah selesai solat tadi. Teruskan solat sehingga selesai memberi salam.

**tambahan -> Perbuatan menukar Imam didalam situasi diatas masih sah disisi Mazhab Hanbali dan Syafie. [al-Fiqh al-Islami wa adilatuh,cet ke3, 1989, 2/178]

Quote:
Dulu saya ada browse buku pelik tapi dibenarkan dlm solat mcm cara dukung anak, solat masa perang, cara buka pintu masa solat, cara pegang anak yg kacau solat etc. Bagaimana cara sunnah utk approach keadaan demikian(senario di atas).

Buku "Pelik Tapi Benar Dalam Solat" terbitan Telaga Biru (2006), yang ditulis oleh Ustaz Abdul Rahman Mohammed merupakan satu buku yang bagus. Ia ditulis menurut manhaj Ahli Sunnah.

Quote:
Kebanyakan org melayu melakukan tepukan bahu bila hendak ikut seorang imam. Adakah ini ada dalil yg sah?

Permasalahan tepuk bahu pernah dijawab oleh Syiekh thtl sepert link dibawah :-

SJ-05-0146 : Tepuk bahu imam
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=30379

SJ-05-0094 : masalah solat
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=29535

SJ-1649: Solat (cara nak berimam)
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=7220

Sekian, wassalam

خيرالأمين