SJ-05-0514 : Sujud Sahwi Kerana Ragu Bilangan Rakaat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0514 : Sujud Sahwi Kerana Ragu Bilangan Rakaat

Salam,

Merujuk

Apa maksud tarjih antara 2 keadaan apabila ragu-ragu pada rakaat. Masa kat skolah belajar kalo ragu-ragu ambik yg kurang. Tapi kalo kita berat ambik yg katala ragu-ragu 2 atau 3, kita ambik 3 sebab teringat checkpoint (contoh tahiyyat ke)... tu nak sujud syahwi jugak ke.. tapi lepas solat?

maksudnya lepas salam, sujud lagi, duduk antara dua sujud lagi, sujud lagi dan kemudian duduk ala tahiyyat akhir dan bagi salam lagi ke? maksudnya 2 kali bagi salam kiri dan kanankah?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Sujud syahwi selepas salam

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Yang dimaksudkan oleh Syiekh Utsaimeen dalam masalah no (4) iaitu masalah ragu pada bilangan rakaat, samada dia telah melakukan 2 atau 3, maka terdapat dua keadaan.

Keadaan Pertama: Keadaan yang seseorang mampu untuk mentarjihkan. Maknanya bukan syak 50-50. Kalau ada sangkaan yang lebih berat dalam keadaan ini, boleh ambil sangakaan tersebut. Samada dua rakaat atau tiga rakaat, mana yang lebih kuat sangkaannya.

Sujud Sahwi dilakukan selepas salam, berdasarkan hadis Ibn Mas'ud:

وإذا شك أحدكم في صلاته فليتحر الصواب فليتم عليه ثم ليسلم ثم يسجد سجدتين

"Apabila seorang kamu syak dalam solatnya, hendaklah mencari yang benar, lalu menyempurnakan atasnya. Kemudian, memberi salam, kemudian sujud dua kali". (Direkod oleh Bukhari dan Muslim).

Keadaan Kedua: Keadaan tidak boleh ditarjihkan, kerana syaknya 50-50. Keadaan ini hendaklah diambil yang sedikit, iaitu 2 rakaat.

Sujud sahwi dilakukan sebelum salam, berdasarkan hadis Abu Said al-Khudri:

إذا شك أحدكم في صلاته فلم يدر كم صلى ؟ ثلاثا أم أربعا ؟ فليطرح الشك وليبن على ما استيقن ثم يسجد سجدتين قبل أن يسلم

"Apabila seorang kamu syak dalam solatnya, tidak mengetahui berapa rakaat dia sudah solat, tiga atau empat, hendaklah dibuangkan syak, dan hendaklah membina atas apa yang dia yakini. Kemudian, sujud dua kali sebelum memberi salam". (Direkod oleh Muslim).