SJ-05-0537 : persoalan masbuq

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0537 : persoalan masbuq

salam,

1- kalo makmum masuk ke dalam solat tapi tak sempat baca alfatihah full, hanya sekerat atau sempat rukuk saja, adakah dikira rakaat tu. sebab ada pendapat kata tak dikira dan dianggap rajih. harap jelaskan mana satu yg boleh digunakan

2- sekiranya saya masuk pada tahiyyat akhir Imam, saya nak baca bacaan tahiyyat akhir atau tahiyyat awal? sebab ada pendapat kata kena sempurnakan solat, ada yg macam qada.. (yakni, ada yg mengatakan rakaat akhir tu imam punya, tapi rakaat pertama kita, jadi bukan baca tahiyyat akhir). skang ni saya solat kejar rakaat pertama je.kalo dapat rakaat kedua saya solat solo je sebab konfius dan takmo solat dalam keadaan konfius.
saya berpendapat mengamalkan apa yg imam buat (tahiyyat akhir) dan itu yg kita buat lebih mudah.. dan kemudian bakinya kita sempurnakan ape yg patut dibuat (rakaat ke2,3 dan 4 contohnye utk zuhur,sekiranya masuk pada rakaat 1 dan 1,2,3,4 sekiranya masuk time tasyahud)

3- bacaan tasyahud awal ni sampai syahadah sajakah, atau sampai solawat pada nabi kah? apa hukumnya menambah solawat pada nabi sekiranya dalil itu lemah, bolehkah beramal dengan solawat pada nabi pada tahiyyat awal

4-

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: persoalan masbuq

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Sebelum anda pergi lebih jauh berbicara mengenai persoalan khilaf yang biasanya dibincangkan didalam Fiqh Muqaran (perbandingan), kami cadangkan anda berpegang kepada satu Mazhab dahulu. Mantapkan ilmu pengetahuan mengenai satu Mazhab, Mazhab paling dekat dengan kita adalah Mazhab Syafie dengan tujuan :-

a. Tenang didalam mengerjakan ibadat. Pengetahuan satu Mazhab (satu pendapat) tersangat penting bagi mengelakkan penyakit WASWAS.

b. Dengan mempunyai asas yang baik didalam satu Mazhab, iaitu dengan mengetahui dalilnya,dsb, mudah untuk anda membandingkan dengan perkara furu’ (cabang) yang dibincangkan dari pelbagai pandangan ulama’ Fiqh.

c. Pelajaran mengenai Fiqh Perbandingan ini merupakan pelajaran LANJUTAN kepada mereka yang mengambil pengkhususan fiqh. Ia bagus untuk membuka minda kepada sesiapa yang ada asas, akan tetapi sangat bahaya kepada mereka yang tidak mempunyai asas fiqh.

d. Elakkan diri dari menggunakan perkataan RAJIH/TARJIH, dan sebagainya, oleh kerana proses TARJIH pandangan merupakan alat para MUJTAHID , dan bukan orang awam.

e. Keempat-empat Imam Mazhab ini merupakan Imam Mujtahid, maka tidak perlu kita mentarjihkan pandangan diantara mereka, kerana kebenaran adalah berpihak kepada mereka.

Kitab cadangan : al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafie, karangan Syiekh Mustapha al-Khin, Mustapha Al Bugha dan Ali Al Shurbaji. Boleh cari terjemahan Kerajaan Negeri Sembilan dibawah tajuk : MANHAJ FIQH AL-SYAFI‘I.

Jawapan 1 : Jika makmum sempat mendapatkan Imam didalam rukuknya, maka ia telah dikira mendapat rakaat bersama Imam. Sabda Nabi :saw :-

مَنْ أَدْرَكَ الرُّكُوعَ فَقَدْ أَدْرَكَ الرَّكْعَةَ
“Barangsiapa yang mendapa ruku’ (bersama Imam) maka dia telah mendapat rakaat” [Hadith Riwayat Abu Daud]

Menurut Mawsu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah (23/133), ulama’ fiqh bersepakat bahawa barangsiapa mendapatkan Imam didalam ruku’ maka dia telah mendapat rakaat secara berjemaah sebagaimana dijelaskan didalam hadith diatas. Athar sahabat juga menjelaskan bahawa Ibn Mas’ud, Ibn Umar, Zayed ibn Thaabit berpegang kepada pendapat ini..

Jawapan 2 : Jika anda mendapati(bersama) Imam pada masa beliau sedang duduk tashahud akhir, maka duduklah bersamanya, akan tetapi tidak diwajibkan membaca tashahud (baik tashahud awal atau akhir). Imam Ibnu Imad, guru kepada Ibn Hajar al-Asqolani menyatakan :

فلو أدركه في التشهد الأخير فعليه أن يجلس معه، وليس عليه أن يتشهد معه، خلافا للماوردى.
“Jika makmum mendapati Imam pada Tashahud Akhir maka hendaklah dia duduk bersamanya, tidak wajib keatasnya membaca Tashahud, khilaf dengan pendapat al-Mawardi” [al-Qaul al-Taam, ms 95].

Situasi diatas ini adalah, makmum tidak dapat langsung rakaat bersama Imam kerana hanya mendapatkan Imam pada Tashahud Akhir.

Jika makmum sempat mendapatkan Imam pada rakaat akhir (dapat bersama ruku’ Imam), maka menurut Mazhab al-Syafie bahawa rakaat pertama seseorang makmum (masbuk) mendapatkan Imam adalah merupakan rakaat pertamanya. Ini merupakan pandangan majoriti/jumhur ulama’. Maka duduk makmum adalah secara iftirasy dan membaca tashahhud awal.

Jika anda merasakan konfius dengan pengiraan rakaat jika tertinggal rakaat bersama Imam, caranya adalah datang solat di awal waktu.

Jawapan 3 : Tashahud Awal bagi Mazhab Syafie adalah sehingga Selawat keatas Nabi :saw. Selawat keatas Nabi :saw hukumnya adalah mustahab (digalakkan) pada Tashahud awal. Pandangan ini di pegang oleh al-Sya’bi. [Mawsu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah (12/39)]

Sekian, wassalam

خيرالأمين