SJ-06-0023 : soalan tambahan - status musafir

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0023 : soalan tambahan - status musafir

Jawab:

Dalil-dalil hadis:

Kitab Fathul Bari Jld 2/561
Dari Anas, bahawa beliau mengiringi RasuluLlah saw ke Mekah dan pulang semula ke madinah di mana baginda menetap di Mekah selama 10 hari dan tetap mengqasarkan solatnya.

Dari Ibn Abbas, Nabi saw menetap di Mekah semasa alFath selama 19 hari dan mengqasarkan solatnya (ibid)

Kitab Sunan Abu Daud, Jld 2/11 dari Umar bin Husain,
aku menyertai Fathul mekah bersama Nabi saw dan baginda tinggal di Mekah selama 18 hari dan tidak solat kecuali dua dua raka'at.

2. Manakah pendapat yg rajih jika kita pulang ke kampung halaman sempena bercuti.

Pendapat yg rajih ialah pendapat madzhab. ini kerana pendapat madzhab mengambil kira evolusi ummah dan mobility dari tahap Mekah-Madinah kepada sebuah empayar yg besar dan berlaku pergerakan umat yg sibuk. Maka pergerakan manusia dari satu tempat ke satu tempat, dari Basrah ke Baghdad ke Hama, ke Cairo, dsbnya. Ia juga menepati pendapat Ibn taymiyah-Ibn Qayyim, yakni ia kembali kepada takrifan musafir atau safar itu. Maka saya berpendapat seseorang tidak dikira musafir di kampung halamannya sendiri berbanding RasuluLlah saw yg terpaksa berhijrah dan berlaku banyak peperangan dan pertumpahan darah dengan watan aslinya. Dengan kata lain gugurnya status seseorang di kampung tumpah darahnya adalah masih bertepatan dg pendapat Ibn Taymiyah. Kerana Ibn Taymiyah menetapkan safar adalah illat bagi solat qasar. Maka pulangnya seseorang ke kampung halamannya sekarang bukanlah safar yg sebenarnya. sekian

Terima kasih ustaz....

Oleh kerana istilah istilah safar adalah dimulakan oleh Mazhab Hanafi... ini bermakna orang orang Islam sebelum Mazhab Hanafi tidak mengguna pakai atau mempunyai istilah istilah tersebut..... apakah orang orang Islam sebelum Mazhab Hanafi mengamalkan sepertimana yg Nabi saw lakukan ketika pulang ke Mekah....?

Bagaimana pula sekiranya kita mengikut cara Nabi saw sepertimana hadis yg ustaz kemukakan..... iaitu apabila kita balik ke kampung halaman sekali sekala... kita tetap mengerjakan solat secara qasar.... disini kita mengenepikan pendapat mazhab......apakah perbuatan kita di bolehkan....?

terima kasih ....

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-06-0023 : soalan tambahan - status musafir

alJawab:

1. isu safar

Quote:
Oleh kerana istilah istilah safar adalah dimulakan oleh Mazhab Hanafi

Jawab:

Tidak pernah kita katakan istilah safar itu dicipta oleh madzhab hanafi kerana safar adalah bahasa arab. Yang kita maksudkan ialah istilah2 dalam safar, spt dua marhalah, watan asli, watan iqamah, watan sukna, bermukim, mastautin, adalah ciptaan madzhab untuk merincikan isu safar. Ia bukan ciptaan madzhab Hanafi sahaja, bahkan madzhab sebelum hanafi lagi...

2. safar dari Medinah ke Mekah"

Quote:
apakah orang orang Islam sebelum Mazhab Hanafi mengamalkan sepertimana yg Nabi saw lakukan ketika pulang ke Mekah....?

J: Kepulangan sahabat2 muhajirin ke Mekah ketika `fath alMakkah' (pembukaan Kota Mekah atau pembebasan Mekah) adalah kepulangan buat pertama kali selepas berbelas-belas tahun dalam suasana peperangan.

Jadi ini bukan kepulangan biasa spt orang Kelantan yg menetap di KL pulang berhariraya di kgnya di Kelantan..

3. Balik kampung dan status musafir

Quote:
iaitu apabila kita balik ke kampung halaman sekali sekala... kita tetap mengerjakan solat secara qasar.... disini kita mengenepikan pendapat mazhab......apakah perbuatan kita di bolehkan....?

Jawab:

Sebab itu kita kemukakan pendapat Imam Ibn Taymiyah, apakah di sisi pandangan anda, bahawa anda berstatus seorang musafir di kampung tempat tumpah darah anda sendiri? Ini kerana safar itu menurut hadith alBukhari dari Abu Hurayrah ra " musafir adalah sebahagian dari azab" (# 1804)

Illat solat musafir itu ialah bertujuan mengurangkan azab atau kesusahan/kesulitan. Maka jika kita balik kampung, makan masakan ibu kita, menetap dalam rumah lama kita, maka ia bukanlah musafir di kampung halaman sendiri...