SJ-06-0085 : Solat semula apabila baru pulang dari musafir?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0085 : Solat semula apabila baru pulang dari musafir?

:salam

saye ingin bertanya.. ketika dalam perjalanan (musafir) saya telah solat jamak/qasar zohor+asar di dalam waktu zohor.... apabila sampai di rumah dan telah masuk rumah....telah pun masuk waktu asar...adakah perlu di ulang semula solat asar semula?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Solat semula apabila baru pulang dari musafir?

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Seorang musafir yang telah melakukan Solat Zohor dan Asar secara jamak taqdim pada waktu Zohor, kemudian sampai ke tempat pemukimannya pada waktu Asar, tidak wajib mengulangi solat Asarnya walaupun waktu Asar masih berbaki. Kerana Nabi Sallallahu Alahi Wasallam melarang seseorang mengulangi solat fardhu dua kali dalam satu hari.

Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

لاَ تُصَلُّوا صَلاَةً فِى يَوْمٍ مَرَّتَيْنِ

Maksudnya: Jangan kamu melakukan satu-satu solat dalam satu hari sebanyak dua kali.
Direkod oleh Abu Daud (no: 579), Nasaie (no: 860), Ibn Khuzaimah (no: 1641), dan lain-lain.