SJ-06-0105 : Solat Jamak Qasar di bukan tempat kelahiran

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0105 : Solat Jamak Qasar di bukan tempat kelahiran

:salam

Saya agak keliru dengan beberapa pendapat tentang solat jamak qasar bila balik ke rumah ibu bapa. Ibu bapa saya membeli rumah di selangor selepas berpencen. Saya lahir dan membesar di negeri sembilan kerana dahulu ayah adalah polis. Jadi bolehkah saya menjamak qasarkan solat saya bila saya balik ke rumah ibu bapa? Tempat di mana ibu bapa saya tinggal pada hari ini juga bukan merupakan tempat kelahiran mereka. Bagaimana ye ustaz?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Solat Jamak Qasar di bukan tempat kelahiran

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Katakan anda tinggal dan bermastautin di Johor Bahru (JB). Ayah anda pula telah menetap di Selangor.

Al-Watan al-Asli anda adalah JB. Selangor ialah al-watan-asli bapa anda. Apabila anda bermusafir dari JB ke rumah bapa anda di Selangor, anda boleh melakukan solat sebagai sorang musafir. Dalilnya, Nabi :saw telah bersolat qasar semasa berada di Mekah tempat kelahiran beliau.

Quote:
Bahawa Nabi dan sahabat-sahabatnya merupakan asal ahli Mekah, iaitu Mekah merupakan Watan Aslinya. Kemudian mereka telah berhijrah dan menjadikan Madinah sebagai tanahairnya dan tinggal disana. Mereka telah membina rumah di Madinah untuk kediaman mereka. Watan Asli di Mekah telah pun terputus. Maka semasa mereka bermusafir ke Mekah, mereka akan solat secara solat orang musafir. Nabi bersabda kepada ahli Mekah :

أتموا يا أهل مكة فإنا قوم سفر
“Sempurnakan solat Ya Ahli Mekah, kerana sesungguhnya kami adalah orang yang bermusafir”

sumber : http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=96&t=38443#p157631

Screnario ini akan berubah jika JB hanyalah tempat tinggal sementara anda (al-watan al-iqamah) atas sebab belajar, atau posting sementara. Anda memang akan balik ke Selangor suatu hari nanti dan menetap di tempat bapa anda, maka dengan itu Selangor masih menjadi al-watan al-asli anda, dan ruhsah untuk solat secara musafir adalah terbatal. WA.

Andaian atau scenario ini anda boleh rujuk kepada tautan di bawah :

SJ-06-0101 : Solat Jamak & Qasar di Kampung : boleh atau X?
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=96&t=38443

Sila rujuk jawapan sebelum ini mengenai definasi dan perubahan yang berlaku apabila berlaku perindahan pada watan asli :-

SJ-06-0103 : Niat iqamah/menetap
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=96&t=39043

Sila baca juga definasi watan asli didalam tautan yang telah di jawab oleh Ustaz Izrail (Dr Ahmad Wifaq)

SJ-06-0092 : Watan Asli
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=9&t=36967&p=157588#p157588

Berikut merupakan fatwa yang kami rujuk :

Dr Ahmad al-Haj al-Kurdi (Pakar Rujuk Syariah Majlis Fatwa Kuwait dan Ensaiklopedia Fiqh)
http://www.islamic-fatwa.com/fatawa/index.php?module=fatwa&id=7924

Buku rujukan : Dr Wahbah al-Zuhaily. al-Fiqh al-Islami wa adillatuh - jld 2 . cet ke3. Daar al-Fikr, 1989, ms 341

Sekian, wassalam

خيرالأمين