SJ-07-0013 : Gigi Emas

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0013 : Gigi Emas

:salam
Minta pandangan Ustaz2 sekalian..
Adakah diharuskan mencabut gigi emas pada mayat?

JZK

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Gigi Emas

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan msyunus dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Emas adalah harta yang perlu diwarisi oleh si-pwaris apabila pemiliknya mati. Begitulah keharusan hukum menanggalkan gigi emas pada si-mati dan adalah menjadi satu kerugian/pembaziran jika dibiarkan sahaja ditanam bersama mayat. Ia dilakukan dengan syarat tidak merosakkan keadaan mayat. Berikut kami paparkan beberapa fatwa ulama' berkenaan dengan menanggalkan gigi emas daripada mayat.

a. Menurut al-Fadhil Dr Ismail Al-Daftaar :-

ÈÌæÇÒ äÒÚ ÇáÓä ÇáÐåÈí ãä ÇáãíÊ ÞÈá ÏÝäå ÈÔÑØ ÚÏã ÅíÐÇÁ ÇáãíÊ Ãæ ÅáÍÇÞ Ãí äæÚ ãä ÃäæÇÚ ÇáÖÑÑ Èå¡ æÇááå ÃÚáã
"Dibenarkan menanggalkan emas pada gigi pada mayat sebelum ia dikebumikan dengan syarat tidak merosakkan atau menyebabkan apa2 sahaja bentuk kemusnahan kepada mayat, WaAllahu 'Alam" [Fatwa IslamOnline. Íßã ÊÑßíÈ ÇáÓä ÇáÐåÈ URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=7657 ]

b. Bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin rh. berkata :-

æÅÐÇ ãÇÊÊ ÇáãÑÃÉ Ýí åÐå ÇáÍÇá Ãæ ãÇÊ ÇáÑÌá æÚáíå Óä ÐåÈ ÞÏ áÈÓå ááÖÑæÑÉ ÝÅäå íÎáÚ ÅáÇ ÅÐÇ ÎõÔí ÇáãËáÉ ¡ íÚäí ÎÔí Ãä ÊÊãÒÞ ÇááËÉ ÝÅäå íÈÞì º æÐáß Ãä ÇáÐåÈ íÚÊÈÑ ãä ÇáãÇá ¡ æÇáãÇá íÑËå ÇáæÑËÉ ãä ÈÚÏ ÇáãíÊ ÝÅÈÞÇÄå Úáì ÇáãíÊ æÏÝäå ÅÖÇÚÉ ááãÇá
"Apabila mati seorang wanita didalam keadaan ini, atau mati seorang lelaki yang memakai gigi palsu disebabkan keperluan (al-Darurah) maka sesungguhnya hendaklah ditanggalkan, kecuali jika ditakuti akan merosakkan mayat, iaitu takut akan gusinya pecah, maka hendaklah ditinggalkan! Itu adalah sebab emas dianggap sebagai harta (al-Maal), dan harta hendaklah diwarisi oleh pewaris selepas dia mati, membiarkannya (gigi emas) bersama mayat dan menanamnya merupakan satu pembaziran harta" [Majmu' al-Fataawa Ibn Utsaimin, 18/108].

c. Didalam fatwa yang lain beliau mengatakan bahawa, jika pewaris seorang dewasa, dan membenarkan gigi emas tersebut ditanam bersama mayat, maka hendaklah dibiarkan sahaja bersama mayat. [al-Bab al-Maftuh, ms. 155]

:aklam, wassalam

خيرالأمين