SJ-07-0135 : Pengurusan Jenazah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0135 : Pengurusan Jenazah

menegenai pengurusan jenazah menurut Al-Quran & As-sunnah...
bolehkan diterangkan perkara yang perlu dilakukan semasa kematian hingga pengemubian jenzah berdasarkan dalil al-quran & as-sunnah kerana sekarang banyak perkara baru yg diada-adakan.

-mengenai mempercepatkan proses mengebumikan jenazah. perlukah menungu anak2 atau saudara terlebih dahulu? kerana ada menyangkal bahawa sekarang bukan lagi zaman yg mengunakan unta.

terima kasih.

SJ-07-0135 : Pengurusan Jenazah

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Di ruangan Soal Jawab Islam AAN ini, kami tidak mampu menerangkan tentang pengurusan jenazah dari awal sehingga akhirnya seperti yang anda minta, kerana terlalu banyak permasalahan2 berkaitan dengannya. Di pasaran pun terdapat banyak buku khas tentang pengurusan jenazah.

- Anda boleh juga merujuk pelbagai permasalahan jenazah di arkib Soal Jawab berkaitan Jenazah iaitu di: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewforum&f=97

- Jika terdapat permasalahan yang anda tidak temui di dalam arkib Soal Jawab, bolehlah anda kemukakan balik permasalahan anda secara spesifik.

Quote:
-mengenai mempercepatkan proses mengebumikan jenazah. perlukah menungu anak2 atau saudara terlebih dahulu? kerana ada menyangkal bahawa sekarang bukan lagi zaman yg mengunakan unta.

Syarak menggalakkan supaya diselesaiakan urusan jenazah dengan kadar segera. Kerana mengelak daripada berubah keadaan mayat.

Dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda: "Segerakanlah jenazah. Jika ia jenazah yang baik, maka ia satu kebaikan yang kamu percepatkan untuknya. Kalau ia jenazah yang tidak sebegitu (yakni tidak baik), maka ia adalah satu keburukan yang kamu letakkan daripada tengkuk-tengkuk kamu (yakni: kamu tidak perlu lagi mengiringi suatu yang tidak ada kebaikan). Direkod dalam Sahih Bukhari (no: 1252) dan Muslim (no: 944).

Oleh itu, melewatkan pengurusan dan pengkebumian semata-mata menunggu kepulangan seluruh ahli keluarga, sehingga memakan masa yang lama adalah bersalahan dengan sunnah.

Tetapi jika penangguhan tidak memakan masa yang terlalu lama, maka ia tidak mengapa, supaya lebih ramai dapat bersembahyang ke atas jenazahnya, dan lebih ramai yang mendoakan keampunan untuknya. (Fatwa Lajnah Daemah no: 1075)

Wallahu A'lam.