SJ-07-0200 : Solat Ghaib

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0200 : Solat Ghaib

Assalamu’alaikum warga AAN,

Saya ingin tanya mengenai solat jenazah boleh ke seseorang itu solat jenazah tetapi tiada mayat dihadapan dgn alasan org yg tua dah tak larat dan berada dinegara yg lain.

diharap sudi membantu.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Solat Jenazah.

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Masalah yang saudara kemukakan dinamakan malasah Solat Ghaib. Iaitu solat jenazah terhadap mayat yang berada di negeri lain yang jauh.

Asal kepada permasalahan ini ialah perbuatan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersembahyang ke atas jenazah Raja Najasyi, Raja Habsyah yang wafat. Dalam hadis Abu Hurairah:

أن رسول الله صلى الله عليه و سلم نعى النجاشي في اليوم الذي مات فيه خرج إلى المصلى فصف بهم وكبر أربعا

"Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengumumkan berita kematian Najasyi pada hari beliau wafat. Baginda keluar ke musolla, membuat saf dengan sahabat, dan bertakbir sebanyak empat kali". (Direkod oleh Bukhari no: 1188 dan Muslim no: 951).

Sebahagian ulama mengambil hukum dari umum hadis ini, iaitu boleh dilakukan solat jenazah ke atas mayat yang berada jauh seperti di negara lain.

Ada juga ijtihad ulama yang mengkhususkan amalan solat ghaib untuk jenazah pembesar-pembesar sahaja, seperti para ulama atau pemimpin. Sebagaimana Nabi Sallallahu Alahi Wasallam lakukan kepada jenazah Najasyi, tetapi tidak pernah ada riwayat baginda solat jenazah ghaib terhadap sahabat-sahabat baginda yang wafat di negeri lain.

Sebahagian pula mengkhususkan ia hanya khas bagi orang Islam yang mati di tempat lain yang tidak disembahyangkan ke atasnya di negara mereka. Kerana Raja Najasyi wafat di negara Habsyah yang merupakan negara Kristian.

Wallahu A'lam.