SJ-08-0008 : solat terawih

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0008 : solat terawih

boleh ke kite sembayng terawih buat 8 rakaat kawan saye kate tak leh, kena buat 20 jugak dia siap tunjuk hadis lagi

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-08-0008 : solat terawih

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Ramadhan Mubarak! Kami akan cuba menjawab soalan adik niezam dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Ulama khilaf bila berbicara mengenai jumlah rakaat sola sunat tarawih. Terdapat 3 pandangan mashyur mengenai jumlah rakaat didalam Qiam Ramadhan atau umumnya dikenali sebagai Solat Tarawih yang dilakukan, iaitu :
(a) Solat 11 Rakaat + witir
(b) Solat 23 Rakaat + witir
(c) tiada had jumlahnya.

Soalan seperti ini pernah dijawab oleh Fatwa dari Al-Lajnah Al-Daaimah Arab Saudi yang pada masa itu diketuai oleh Sheikh Abdul Aziz bin Baaz didalam Fatwa no:6148 (7/198) :

Ó1:ÕáÇÉ ÇáÊÑÇæíÍ ßËíÑ ãä ÇáÚáãÇÁ íÚÊÑÖæä Úáì ÕáÇÊåÇ ÚÔÑíä ÑßÚÉ¡ æíÏÚæä Ãä ÇáÑÓæá áã íÕá ÃßËÑ ãä ÃÍÏ ÚÔÑ ÑßÚÉ .
Ì1: ÕáÇÉ ÇáÊÑÇæíÍ ÅÍÏì ÚÔÑÉ ÃæËáÇË ÚÔÑÉ ÑßÚÉ¡ íÓáã ãä ßá ËäÊíä æíæÊÑ ÈæÇÍÏÉ ÃÝÖá¡ ÊÃÓíÇ ÈÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã¡ æãä ÕáÇåÇ ÚÔÑíä ÃæÃßËÑÝáÇÈÃÓ¡ áÞæá ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã «ÕáÇÉ Çááíá ãËäì ãËäì ÝÅÐÇ ÎÔí ÃÍÏßã ÇáÕÈÍ Õáì ÑßÚÉ æÇÍÏÉ ÊæÊÑ áå ãÇ ÞÏ Õáì» ãÊÝÞ Úáíå¡ Ýáã íÍÏÏ ÕáÇÉ Çááå æÓáÇãå Úáíå ÑßÚÇÊ ãÍÏæÏÉ æáÃä ÚãÑ ÑÖí Çááå Úäå æÇáÕÍÇÈÉ ÑÖí Çááå Úäåã ÕáæåÇ Ýí ÈÚÖ ÇááíÇáí ÚÔÑíä Óæì ÇáæÊÑ¡ æåã ÃÚáã ÇáäÇÓ ÈÇáÓäÉ

"Soalan : Ramai dikalangan ulama' menolak bahawa solat tarawikh 20 rakaat, dan mereka mendakwa bahawa Rasulullah saw telah melakukan lebih dari 11 rakaat.
Jawapan : Solat tarawikh 11 rakaat atau 13 rakaat, melakukan salam pada setiap 2 rakaat dan 1 rakaat witir adalah afdal, meniru cara Nabi saw, dan siapa solatnya 20 atau lebih maka TIDAKLAH MENGAPA, kerana Nabi saw bersabda "Solat malam 2 rakaat 2 rakaat, jika ditakuti akan subuh, bersolatlah satu rakaat, yang menjadi witir baginya dari solat yang dilakukan" Mutafaq 'Alaih, Maka tidak dihadkan rakaat Solat dan salamnya kerana sesungguhnya Umar ra. dan sahabat-sahabat ra. bersolat pada beberapa malam bersolat 20 rakaat melainkan witir, dan mereka adalah orang yang lebih tahu akan sunnah."

Bagi yang ingin mengikut sunnah (hadith A'isyah) bolehlah melakukan 11 rakaat, atau bagi yang ikut pandangan jumhur (termasuk Imam Mazhab) bolehlah melakukan 23 rakaat, ataupun boleh mengikut pandangan beberapa ulama' yang tidak menghadkan bilangan rakaat solatnya.

Elok juga rasanya kita melihat komen Sheikh al-Islam Ibn Taymiyah, katanya:

ÇáÊÑÇæíÍ Åä ÕáÇåÇ ßãÐåÈ ÃÈí ÍäíÝÉ ¡ æÇáÔÇÝÚí ¡ æÃÍãÏ : ÚÔÑíä ÑßÚÉ Ãæ : ßãÐåÈ ãÇáß ÓÊÇ æËáÇËíä ¡ Ãæ ËáÇË ÚÔÑÉ ¡ Ãæ ÅÍÏì ÚÔÑÉ ÝÞÏ ÃÍÓä ¡ ßãÇ äÕ Úáíå ÇáÅãÇã ÃÍãÏ áÚÏã ÇáÊæÞíÝ Ýíßæä ÊßËíÑ ÇáÑßÚÇÊ æÊÞáíáåÇ ÈÍÓÈ Øæá ÇáÞíÇã æÞÕÑå .
"Jika seorang berSolat Tarawih sepertimana mazhab Abu Hanifah, Al-Syafie dan Ahmad : 20 rakaat atau : sebagaimana Mazhab Malik iaitu 36 rakaat, atau 13 rakaat, atau 11 rakaat, maka itu yang terbaik, sebagaimana Imam Ahmad berkata, kerana tidak ada apa yang dinyatakan dengan bilangan, Maka lebih atau kurangnya bilangan rakaat bergantung kepada berapa panjang atau pendeknya qiamnya" - [Al-Ikhtiyaaraat ms 64]

---------
Petikan fatwa : Adakah Rasulullah saw solat tarawikh 20 rakaat?
Fatwa Syiekh Atiyah Saqr (bekas pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar)

Riwayat Bukhari dan yg lainnya dari Ai'syah r.h. sesungguhnya Nabi saw tidak menambah didalam bulan Ramadhan dan tidak mengurangkannya 11 rakaat. Beliau akan bersolat 4 rakaat dan janganlah engkau tanya mengenai betapa baiknya dan panjangnya, kemudian beliau akan bersolat 4 rakaat dan janganlah engkau tanya mengenai betapa baiknya dan panjangnya, kemudian beliau akan bersolat 3 rakaat.Dan beliau berkata kepadanya [Ai'syah] :"dia bersolat 4 rakaat", tidak bertentangan dengan membuat salam setiap dua rakaat, dan Nabi saw bersabda : {ÕáÇÉ Çááíá ãóËúäóì ãóËúäóì} "Solat dimalan hari dua rakaat, dua rakaat". Dan dia [Ai'syah]: { íÕáøöì ËáÇËðÇ}"dia bersolat 3 rakaat" - ini bermakna berwitir dengan 1 rakaat dan 2 rakaat.Riwayat oleh Muslim dari Urwah, dari Ai'syah r.h. katanya :

íÕáøöí ãä Çááíá ÅÍÏì ÚÔÑÉ ÑßÚÉ¡ íõæÊÑ ãäåÇ ÈæÇÍÏÉ¡ æÌÇÁ Ýí ÈÚÖ ÇáØÑÞ áåÐÇ ÇáÍÏíË: íõÓáøöã ãä ßá ÑßÚÊíä.
"Nabi saw solat pada waktu malam 11 rakaat, melakukan witir darinya 1 rakaat, dan datang dari jalan lain hadisnya :"beliau memberi salam pada setiap 2 rakaat".
Riwayat Ibnu Hibban ibnu Huzaimah dari 2 sahih, dari Jabir r.a. bahawa Nabi saw solat 8 rakaat dan 1 witir, mereka menunggunya di Qabilah tetapi beliau keluar kepada mereka. Ini adalah yg sah dari Nabi saw, dan tidak sah apa sahaja perkara yg tidak keluar darinya. Tetapi sah juga bahawa terdapat manusia yg solat menurut Umar, Uthman dan Ali rm - 20 rakaat. Ia merupakan pandangan jumhur fuqaha' Hanafi, Hanbali dan Daud.

Berkata Termizi :"Sangat banyak ulama' yg bersama pandangan Umar dan Ali dan selain dari keduanya para-para sahabat nabi saw - 20 rakaat. Dan ia adalah pandangan terbaru Ibnu Mubarak dan Syafi'ie. Dan berkata : {åßÐÇ ÃÏúÑßÊõ ÇáäÇÓ ÈãßÉ íõÕáøõæä ÚÔÑíä ÑßÚÉ¡ æÐóåóÈ ãÇáß Åáì ÃäåÇ ÓÊ æËáÇËæä ÑßÚÉ ÛíÑ ÇáæöÊÑ}"Saya mendapati orang di Mekah bersolat 20 rakaat, dan Malik telah bersolat 36 rakaat tidak termasuk witir". Al-Zulkani didalam syarah Al-Muwahib Al-Laddiniyah berkata :"Mengingatkan bahawa Ibnu Hibban mendahulukan solat tarawikh 11 rakaat, dan memanjangkan bacaannya, kemudian ia menjadi berat keatas mereka, mereka memendikkan bacaan dan menambah jumlah rakaat. Mereka bersolat 20 rakaat baik genap atau ganjil mereka melakukan bacaan yg sederhana. Mereka mengurangkan bacaan dan menjadikan jumlah rakaat 36 dan bukannya genap dan ganjil. Dan perkara pun terus berlalu. Ini, telah disebut oleh Al-Hafiz didalam riwayatnya : perbezaan adalah dari segi panjang pendiknya sesuatu bacaan, maka dimana bacaannya dipanjangkan maka rakaat dikurangkan, dan begitulah sebaliknya. Al-Hafiz menyebut bahawa orang Madinah bersolat 36 rakaat menyamai qualiti orang Mekah, sesungguhnya mereka bertawaf 7 kali pusingan diantara setiap solat tarawikh, Maka jadilah ahli Madinah tempatnya ialah setiap 7, 4 kali rakaat.

------------------
Kesimpulannya, solat tarawih boleh dilakukan sebanyak 8 rakaat, 20 rakaat atau pun lebih. Apa yang penting ialah kita menghidupkan bulan Ramadhan yang mulia ini dengan memperbanyakkan ibadat kepada Allah swt dan dilakukan secara ikhlas. Solat tarawih yang dilakukan itu hendaklah ditunaikan dengan sempurna rukunnya, dan bukan secara tergesa-gesa. Wallahu'alam

-wassalam-
-----------------
Rujukan :

1. Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 7. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000. ms 198.

2. Sheikh Atiyah Saqr. Adakah Rasulullah saw solat tarawikh 20 rakaat?. Fatwa IslamOnline, 2000.
url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=10709

p/s :- petikan dari jawapan dan artikel yang lalu.

خيرالأمين