SJ-09-0014 : Persoalan Haji Bersama Ibu Yng Uzur.

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0014 : Persoalan Haji Bersama Ibu Yng Uzur.

Insyalah, pada tahun ini, saya akan ke Mekah bersama dengan ibu yang sudah agak uzur. So, di sini , saya ada beberapa persoalan.

1-Bagaimanakah saya hendak mengukur ketidakmampuan ibu saya utk melakukan rukun2 haji. Contohnya, tawaf, melontar dan saie. Adakah cukup saya bertanya kepada dia atau memerlukan pengesahaan kesihatan dari pihak Tabung Haji ?

2-Ibu saya agak sukar bergerak kerana keuzuran kaki. Jika di dalam kapal terbang utk mengambil wuduk, bagaimanakah cara yg paling ideal. Menggunakan air botol mineral ? water spray atau bertayammum ?

3-Saya agak jarang menaiki kapal terbang terutama dalam penerbangan yang jauh. Jadi, kurang arif utk menentukan waktu solat. Adakah di dalam kapal terbang terdapat sistem yang memberitahu akan masuknya wktu solat atau inisiatif sendiri. Pohon pencerahan.

4-Jika ditakdirkan hotel saya berjauhan dari Masjid Haram, apakah jalan terbaik utk kami sama2 bersolat di sana ? Teksi mungkin. Minta tolong kawan2 yang pernah ke sana kongsikan pengalaman.

Terima kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-09-0014 : Persoalan Haji Bersama Ibu Yng Uzur.

al-Jawab

Tahniah dan mabruk diatas peluang tsb..

1) Pihak TH akan memastikan status sebenar kesihatan ibu anda. Itu dah polisi TH

2) water spray. Kena bubuh dalam plastik transparent dan kena declare. Ini kerana semua penerbangan antarabangsa kena declare setiap botol yg berisi cecair. Menggunakan water spray membolehkan anda dan ibu berwudhu' di tempat duduk tanpa kebilik air. Lap dgn tuala kecil

3) Waktu solat di atas penerbangan KLIA-Jeddah akan dipandu oleh mutawif TH (jurupandu haji). Mereka akan membuat announcement dari masa ke semasa. Tak perlu risau. Pengumuman dari Pilot Saudia airline pun ada.

4) Tidak ada servis teksi ke mesjidil haram kerana jalannya ditutup bila waktu solat. Semua orang kena jalan kaki. Jika anda pakej swasta, hotel bergantung kepada harga pakej. Jika dgn TH, jaraknya tidak jauh dan boleh menggunakan kerusi roda. Kena mohon di Malaysia lagi kerana stoknya terhad. Anda hendaklah berkhidmat (kpd ibu anda) menolak kerusi roda tsb dan jika anda penat, ada orang Indon yg boleh diupah. Tapi sebaiknya andalah yg berkhidmat utk menolak kerusi roda semasa tawaf dan sa'ie sebagai membalas jasa ibu anda. Melontar jamrah boleh wakil (kpd anda) jika dia tak mampu ke tempat melontar kerana perjalanannya jauh dan sulit sejauh 3-4 KM. Dia cuma berada di khemah di Mina shj

sekian