SJ-10-0048: Makanan lagi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0048: Makanan lagi

:salam
Kehidupan di luar negara memerlukan kita belajar mengadaptasi dgn keadaan dan mengambil fiqh yg sesuai dgn keadaan disini. Pendapat saya,pembelajaran isu fiqh walaupun ianya perkara ranting(bukan mcm isu tauhid) dari kepelbagaian sumber, nas, ijtihad,qias etc memberi banyak manfaat, bukan bermaksud kita perlu meringankan kaedah taqlid kepada mazhab lain tetapi lebih memahami dan mempelajari betapa luas ilmu Islam itu.

Saya setuju setiap ilmu fiqh baik yg kontroversi(ni kalau diskus dgn org yg kurang ilmu dan menganggap kita pulak yg tak tahu) mcm isu fatwa ibnu taymiyyah pasal isu E471 derivatives mahupun yg straight foward memerlu kefahaman ilmu yg tajam akan islam.

Berbalik pada soalan saya;
1) Kekadang bila kita makan di luar negara kita lebih particular supaya tidak bercampur dgn makanan haram seperti ham. Jika seorang penjual memegang ham, lepas tu buat makanan tuna sandwich untuk kita, perlu ke kita particular ie takut lekat zat2 ham kat roti kita? Setahu saya kita haram memakan, pada Syafii ham(zat babi) juga najis, tetapi ada pendapat ham bukan najis berat cuma haram dimakan.
2)Perlukah kita menjadi macam detective, ie kekadang ada kawan saya tanya adakah fries/chips dicampur dgn bahan yg haram mcm lard atau dimasak sekali dgn ayam tak halal?
3)Adakah gelatin boleh dimasukkan dalam fatwa preservatives keluaran European Fatwa and Research Council? Bagaimana dgn margarine atau sumber haram lain tapi bertukar nama?

Jazakallah
Maaf soalan2 yg detail sgt kot!

SJ-10-0048: Makanan lagi

w'salam,

1) Apabila dilihat secara zahir berlakunya situasi demikian, iaitu org yg memegang ham kemudiannya memegang makanan kita, maka haram juga utk kita memakannya. Keharaman memakan adalah krn berlaku pemindahan zat kpd makanan kita sedangkan zat babi itu haram dimakan secara ijma'. Tetapi jika kita hanya berprasangka bhw sipenjual itu memegang makanan kita sblm membasuh tangannya, maka tidaklah haram atas kita memakannya. Krn asal sesuatu itu halal melainkan ada dalil yg mengharamkannya.

2) Kita tidak perlu menjadi detektif. Namun, kita perlu menjalankan tugas sebg seorang muslim iaitu mencari makanan yg halal. Dan memeriksa kandunganpada paket2 termasuk dalam kewajipan kita sebagai org Islam. Sekiranya pada zahir ianya halal, maka tidak perlulah kita mengorek hingga ke lubang cacing memeriksa asalnya makanan itu.

3) ya, gelatin dan apa shj bentuk makanan yg melalui proses perubahan kimia (bukan perubahan bentuk shj), termasuk dalam skop fatwa tersebut.

Perlu diingatkan, hokum boleh berubah megikut keadaan setempat. Apa yg diringankan dinegara bukan Islam, tidak bermakna boleh diamalkan di negara kita. Sebagai cth, ana lebih cenderung utk tidak menerima fatwa European Council itu apabila berada di negara kita.
WA.

wassalam

alhalal walharam fil islam
Dr Yusuf alQaradhawi