SJ-10-0103 : Makanan di UK

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0103 : Makanan di UK

saya ada satu persoalan. saya tinggal di London. walaupun disini byk restoran dan kedai halal, namun ianya agak jauh dgn kediaman saya. Soalan saya, bolehkah saya membeli ayam atau daging dari pasaraya berdekatan, samaada yang mentah atau siap dimasak? Adakah UK ini diiktiraf sebagai negara kristian yang sembelihannya halal dimakan?

sekian, mohon pencerahan

SJ-10-0103 : Makanan di UK

:salam

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:

Mengikut kaedah Islam , sembelihan ahli kitab adalah halal dan boleh dimakan oleh orang Islam , sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al-maidah ayat 5 :

Çáúíóæúãó ÃõÍöáøó áóßõãõ ÇáØøóíøöÈóÇÊõ æóØóÚóÇãõ ÇáøóÐöíäó ÃõæÊõæÇ ÇáúßöÊóÇÈó Íöáøñ áóßõãú æóØóÚóÇãõßõãú Íöáøñ áóåõãú

Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka.

Apa yang menjadi masalah ialah , dalam penentuan ahli kitab ini , para ulama berselisih pendapat mengenainya.Ada ulama yang mengharamkan terus atau secara mutlak akan binatang yang disembelih oleh ahli kitab.Ini kerana mereka beranggapan bahawa dizaman sekarang sudah tidak ada lagi ahli kitab tulen yang berdiri di atas kepercayaan dan keaslian kitab yang asli.

Jika dilihat pada pandangan dan pendapat Dr.Yusof al-Qaradhawi , ahli kitab yang disebut dalam al-Quran itu masih lagi wujud di zaman sekarang ini dan umat Islam dibolehkan memakan makanan dan berkahwin dengannya.

Sila Rujuk link dibawah untuk panjelasan :

http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36123&sid=8e092eb244cf2d9e21f66d822000e7f7

Walaubagaimanapun sekiranya tidak menimbulkan sebarang kesukaran dan kesusahan kepada saudara/i maka , tindakan yang terbaik ialah jauhilah sebarang perkara yang mendatangkan syubahat , dan beralihlah kepada perkara-perkara yang tidak mendatangkan syubhat….

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com