SJ-11-0002 : Pekerjaan MLM(Multi-level marketing)

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0002 : Pekerjaan MLM(Multi-level marketing)

asm
saya merasa sangat was-was tentang pekerjaan sebagai pengedar mlm misalnya seperti amway, omegatrend, luxor dan sebagainya. kerana ia melibatkan usaha ramai orang bawahan kita dan kita mendapat bahagiannya. pada pemerhatian saya sistem pembayanran yang dilakukan ini dicipta oleh orang kafir dan tidak merujuk kepada sistem islam dan sehingga kini tidak ada seorangpun pakar fiqh yang telah mengkaji sistem pembahagian keuntungan seperti dalam perniagaan luxor misalnya dengan orang bawahan sekita 30-50 ribu orang boleh mendatangkan pendapatan lebih-kurang 50,000 ringgit sebulan dengan hanya bermodalkan lebihkurang 1000 ringgit sahaja sebulan dimana keuntungannya lebih kurang 50 kali ganda. sekiraya yang empunya hanya
tidur sahaja pada bulan yang berikutnya dan membelanjakan jumlah minimum 1000 ringgit, maka pendapatanya akan konsisten pada rm50,000 ringgit sebulan. adakah halal pencarian sebegini? tolong jelaskan.... kepada siapa yang arif

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
re: SJ-11-0002 : Pekerjaan MLM(Multi-level marketing)

wsm

Kita sudah banyak kali menjelaskan isu MLM sebelum ini. Tapi oleh kerana susah mencarinya dalam archive, maka kita paparkan sekali dgn pendekatan baru dan input yg terkini.

Hukum asal MLM ialah mubah (harus) berdasarkan qaedah fiqih: alasylu fil asy-ya' al_ibahaah (hukum asal segala sesuatu adalah harus) selama mana bisnes itu bebas dari unsur: ribawi (interest), gharar (tipu-muslihat), dharar (bahaya). jahalah (kesamaran) dan zhulm (menzalimi pihak lain), disamping barangan dan perkhidmatan yg ditawarkan adalah Halal. (Syawkani, Irsyad alFuhul/286; alSyuyuthi, alAsybah/60)

Asas bisness ialah:
"Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba" AQ 2:275
" Tolong-menolonglah atas kebaikan dan taqwa dan jangan tolong menolong atas dosa dan permusuhan." AQ 5:2

"Bisness itu atas sama-sama ridha." HR Ibn Majah/alBaihaqee
"Umat Islam terikat dgn persyaratan aqad mereka." HR Ahmad, alHakim dan Abu Daud.

Jadi MLM yg diamalkan oleh syarikat2 MLM hendaklah dikaji walaupun mereka memiliki sijil AJL (Agen Jualan langsung) terutama rangkaian produknya dan skim Pemasarannya (marketing plan).

Langkah pertama: Menyelidiki kehalalan produk MLM (periksa persijilan Halal-Jakim) dan kekuatan produknya dari sudut kualiti dan kebaikannya
Langkah kedua: Marketing Plannya.

Tip dalam memeriksa Pelan Pemasarannya:
a. Plan Pemasaran yg bebas dari unsur Pyramiding. Pyramiding ialah skim yg menguntungkan pioneer (orang yg masuk awal)
b. syarikat MLM itu hendaklah ada track record yg cemerlang dan terbilang
c. produk yg berkualiti dan memberi jaminan wang dipulangkan kepada pelanggan jika cacat produknya
d. Starter kit (pakej penyertaan yg menasabah). Jika Pakej permulaannya tinggi, maka ia harus dicurigai,

e. MLM yg menjanjikan kekayaan yg mendadak dan kerja yg mudah. Maka ia harus dicurigai

f. Ketelusan dalam penjualan, pemberian bonus serta komisen
g. Motif utama MLM itu ialah kekuatan skil penjualan dan pemasaran bukan permainan wang

Peringatan:

1. Obsesi dan ketaksuban dalam dunia MLM. Parti Keadilan Indonesia dalam Fatawa (Dewan Syari'ah) # 2. memberi amaran kepada umat Islam supaya tidak terlalu taksub dalam dunia MLM hingga membangkitkan sifat obsesi utk mencapai jualan bulanan (target), kemudian mencuaikan tanggungjawab kepada keluarga atau kerjaya asalnya.

2. Memilih MLM yg diperbadankan di negara sendiri dan bukannya kepada MLM yg beribupejabat di negara musuh atau negara kafir. ini mengelakkan aliran modal ke luar negara.

Rumusan:

MLM pada hukum asalnya adalah mubah jika bebas dari unsur2 yg dilarang oleh Islam.
Selidiki latarbelakang syarikat MLM itu, kemudian siasat kekuatan dan kehalalan produknya. Kemudian siasat marketing plannya (supaya ia bebas dari Pyramiding. Akhir sekali: jaga jiwa supaya tidak obsesi dgn budaya MLM yaitu terlalu materlistik dan mengejar target jualan dan cuai dalam beragama dan etika bisnes. WA