SJ-11-0031 : Hukum Bekerja Sebagai Pembaca Berita

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0031 : Hukum Bekerja Sebagai Pembaca Berita

:salam

Saya ingin memohon budi baik panelis al-ahkam.net untuk menjelaskan mengenai apa hukumnya bekerja sebagai pembaca berita.

Seperti yg. kita semua sedia maklum, hari ini berita yang kita dapat daripada pelbagai sumber yg. tidak dapat dipastikan kesahihannya. Jadi, kalau kita sebagai pembaca berita sudah tentulah kita akan membaca berita yg. kita sendiri pon tidak pasti mengenai kesahihannya dan ditakuti kita akan menyebarkan fitnah, nau'zubillahi min zaalik.

Jadi, kalau begitu, pendapatan kita drp. kerja tersebut bagaimana?

Sekian.. jazaakumullahukhaer :aklam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Hukum Bekerja Sebagai Pembaca Berita

:wassalam

Jawab:

Hukum asal pembaca berita, penyunting berita, pengarang akhbar dan penerbit berita TV adalah halal asalkan mereka menyalurkan berita dan maklumat yg benar dan bermanfa'at kepada manusia.

Yang jadi masalahnya berita hari ini adalah senjata. Ini kerana stesyen TV dan akhbar adalah milik organisasi, badan atau pihak tertentu yang ada perancangan dan agenda politik. Media elektronik adalah suatu alat yg amat berkuasa, mampu menjatuhkan kuasa politik dan parti lawan.

Apakah yg terdaya dilakukan oleh personaliti TV yg bertugas membaca berita TV? Dia hanyalah persis sang robot dan digaji untuk membaca skrip yang sudah disediakan oleh crew Berita.

Namun jika dia ada kesedaran dan tahu berita yg dibacanya itu adalah manipulasi dan berita yg palsu, maka hal ini adalah ditegah oleh Islam

HR Muslim dari Abu Hurayra ra
"cukuplah seorang dikatakan pendusta jika dia menyampaikan setiap perkataan yang dia dengar." (syarah sahih Muslim oleh anNawawi: 1/65)

Imam darul Hijrah, Imam Malik berkata,"
Bukanlah termasuk golongan muslim, jika seseoarang menyampaikan setiap perkataan yg dia dengar.." (ibid)

Maka sebagai langkah yang baik dia hendaklah memilih slot atau rancangan yang benar2 memaparkan maklumat yg sahih spt seorang wartawan yg bernama Karam Singh Walia yang menang pelbagai award kerana lapuran yg sahih darinya. Begitu juga slot berita jenayah di TV dsbnya.
Dalam dunia sekarang, amat sukar menegakkan kebenaran dalam dunia penyiaran dan kewartawanan jika mereka menyertai organisasi yang dikuasai oleh pihak yang ada kepentingan politik. Maka jika si fulan dengan sengaja memilih kerjaya untuk menyalurkan berita yang tidak benar, maka sudah tentu hadis di atas adalah terpakai dan akan menjejaskan status pendapatan yang diperolehinya saban bulan
:aklam