SJ-11-0100 : Keuntungan ASW

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0100 : Keuntungan ASW

Assalamualaikum...

Saya sekarang ni mempunyai akaun pelaburan Amanah Saham Wawasan (ASW2020), dan akaun ni saya buka waktu saya masih di sekolah rendah lagi, dalam keadaan kita tak tahu apa-apa pun tentang halal haram dalam pelaburan ni. Yang menjadi concern pada waktu tu hanya tentang keuntungan dan jaminan pulangan saham ni pada masa hadapan. Then setelah sekian lama, dan saya pun telah maklum tentang status semua pelaburan di PNB, maka lepas balik dari oversea, saya terus withdraw semua jumlah duit yang pernah saya masukkan dengan niat tak nak join lagi ASW ni (tapi akaun tu saya tak close). Jadi yang tinggal dalam akaun tu adalah keuntungan sebelum ni. Jadi pertanyaan saya, boleh tak kalau sekarang ni, saya keluarkan dan ambil semua duit tu untuk kegunaan saya, tambah lagi sekarang ni memang saya betul2 memerlukan wang? Harap syeikh2 boleh beri pendapat tentang status duit tu....Syukran.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0100 : Keuntungan ASW

:wassalam

ÇáÌæÇÈ/ alJawab

Kami memohon ma'af kerana dah lima bulan soalan ni tersadai dalam Bank Soalan kerana menunggu syaikh UZAR respond. Oleh kerana beliau kesibukan, maka kami akan respond sekadar termampu.

1. Pelaburan anda yang dilakukan secara tidak sedar akan hukumnya kerana kejahilan adalah dima'afkan. Dalilnya: Dari Tsauban maula RasuluLlah (SAW)
ÑÝÚ Úä ÃãÊí ÇáÎØà æ ÇáäÓíÇä æ ãÇ ÇÓÊßÑåæÇ Úáíå
terjemahnya: " diangkat dari umatku (hukum) jika tak sengaja, kelupaan dan dipaksa atasnya." alJaami' alSaghir, disahihkan oleh al-Albani, # 3515

2. Pelaburan berasaskan riba adalah haram. Begitu juga sakibakinya juga adalah haram dimakan. Dalil:
" ...tinggallah sisa riba yang belum dipungut jika kamu orang yg beriman." AQT 2: 278

3. Sakibaki riba cuma haram utk kegunaan peribadi sahaja tapi halal untuk kegunaan dan perbelanjaan umum. Kata al-Qardhawi, semua duit yg datang dari punca haram hendaklah diberi kepada apa jua Pusat yang mengurus kebajikan umat Islam spt Mesjid dan Rumah anak-anak yatim.

4. Memerlukan wang bukanlah alasan untuk kita memakan yang haram atau syubhat, ini kerana suruhan AQ, dalilnya:
" Hai orang2 beriman, makanlah antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan padamu.." AQT 2:172 WA