SJ-11-0125 : Zakat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0125 : Zakat

:salam

Ingin bertanyakan mengenai pembayaran zakat.

1. Jika mengikut negeri Kedah, zakat fitrah adalah berharga RM5 seorang. Adakah syara' membenarkan jika saya membayar lebih dari jumlah tersebut? i.e RM10

2. Adakah dibolehkan membayar zakat fitrah bagi pihak emak saya?

3. Untuk zakat pendapatan. Jika mengikut perkiraan di dalam laman web jabatan zakat kedah, sya tidak diwajibkan untuk membayar disebabkan pendapatan bulanan sy berada dibawah perhitungan nisab. Apakah diterima amalan sya jika tetap ingin mengeluarkan zakat pendapatan secara bulanan?

sekian

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0125 : Zakat

:wassalam

alJawab:

1) Lebih tak apa, kurang aje yg tak boleh. Infaq (keluar harta di jalan ALlah) dalam Islam ada dua jenis, Infaq wajib (zakat) dan infaq sunat (sedeqah). Jika dah sempurna zakat wajib, maka selebihnya jadi sedeqah.

2) Zakat fitrah itu ke atas diri sendiri dan tanggungan. Jika ibu anda menjadi tanggungan anda, maka kena keluarkan. Jika anda masih memiliki ayah, maka ayah anda yg akan mengeluarkan utk ibu anda.

3) Jika zakat tidak wajib, maka anda masih boleh bersedeqah. Zakat ni maksudnya levi syara' ke atas lebihan harta bertujuan menyucikan harta tersebut. Manakala orang yg hartanya belum sampai ke tahap zakatable income (pendapatan berzakat), maka ia tak memerlukan pembersihan melalui ibadah zakat, melainkan melalui sedeqah biasa. Sedeqah, pahalanya juga besar. Dalilnya:

AQT 2:261 (perumpamaan orang yg bersedeqah dijalan Allah spt sebutir bijibenih yang mengeluarkan tujuh tangkai)

sekian