SJ-11-0170 : masalah bayar zakat..

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0170 : masalah bayar zakat..

assalamualaikum,
kpd ahli panel yg dirahmati Allah,

ana ingin tny 3 soalan,

1. di Malaysia, pelajar2 universiti merupakan antara asnaf penerima zakat. soalan saya: mesti ke pelajar miskin je yg layak menerima zakat bagi golongan fisabilillah?

2. soalan kedua: di Malaysia, zakat pendapatan boleh dibayar dgn cara potong gaji bulanan kpd pusat zakat, manakala aqad dilakukan dgn cara mengisi borang awal tahun, pada tahun berikutnya terus sambung potong gaji tanpa isi borang aqad lagi. Pembayar x tahu benarkah zakat sampai kpd asnaf. Layakkah pelajar2 universiti tuntut zakat dari pusat zakat atau kerajaan Islam spt malaysia?

3. soalan ketiga: spt yg kita sedia maklum, di Malaysia zakat tidak diagihkan dgn adil dan sempurna, bolehkah seseorg membayar zakat terus kpd asnaf tanpa melalui amil. Maknanya, org yg ingin membayar zakat mencari sendiri asnaf yg dirasakan layak untuk menerimanya.

Sekian, jazakumuLlahu khairan.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0170 : masalah bayar zakat..

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1. Ada khilaf pada tafsiran 'Fi Sabilillah', adakah ia khas pada mereka yang berperang di Jalan Allah secara sukarela, ataupun ia umum meliputi semua bentuk kebaikan seperti berdakwah, mengajar, belajar, pembinaan masjid dan seumpamanya.

Lembaga Ulama Besar Arab Saudi dalam persidangan di Taif pada 5-22/8/1394 memutuskan bahawa ia KHAS untuk mereka yang terlibat dengan peperangan. (Fiqh al-Nawazil; Jizani 2/214)

Oleh kerana ia masalah khilaf, kita menghormati pendapat kedua yang lebih umum, dan mungkin dipilih oleh pihak pengurusan zakat. Apabila dikatakan penuntut ilmu atau pendakwah antara asnaf zakat, maka tidak disyaratkan mereka fakir miskin, kerana fakir miskin adalah asnaf yg berlainan.

2. Apabila sudah diserahkan zakat kepada kerajaan, bukan menjadi tanggungjawab kita memastikan zakat yg kita bayar disalurkan kepada asnafnya. Itu adalah tanggungjawab kerajaan. Melalui beberapa kenyataan dan wawancara bersama pihak pengurusan zakat, kita dapati mereka sedaya upaya menjalankan amanah mengagihkan harta zakat kepada asnaf-asnaf yang ada.

3. Berkenaan pengagihan zakat di Malaysia yg dikatakan tidak adil dan sempurna, mungkin disebabkan ada golongan yg layak menerima zakat, tetapi tidak disalurkan zakat kepadanya. Hal ini berlaku disebabkan banyak faktor. Antaranya: Seseorang yang tidak bercampur dengan masyarakat, maka dia tersisih daripada senarai penerima zakat. Ataupun kerana mekanisme pemilihan berdasarkan sokongan maklumat daripada jawatankuasa penduduk, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak sekolah, dan seumpamanya.

Berkaitan soalan membayar zakat terus kepada asnaf tanpa melalui amil, telah acapkali dibincangkan. Boleh dirujuk:

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=34051