SJ-11-0192 : Adakah ini rasuah?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0192 : Adakah ini rasuah?

:salam
Saya bekerja sebagai seorg arkitek. Saya telah menyelia pembinaan sebuah projek. Projek tersebut kini telah siap. Baru2 ini kontraktor yg membina projek tersebut telah menawarkan utk memasang sengkuap (awning) di rumah saya. Saya memberitahunya bahawa saya akan bayar utk awning tersebut tetapi katanya saya tak perlu bayar kerana ia adalah hadiah penghargaan kerana saya tidak menyusahkannya semasa pembinaan projek dahulu. Menurutnya sesetengah arkitek lain pernah meminta bermacam2 benda daripadanya semasa pembinaan sesebuah projek. Saya rasa ragu untuk menerima tawaran tersebut kerana takut ia dikira sebagai rasuah. Pohon pendapat daripada panel al-ahkam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0192 : Adakah ini rasuah?

Bismillahi wal hamdulillah,

Al-Jawab :

Takrif rasuah ialah :

Memberikan apa jua bentuk pemberian seperti hadiah dan wang tunai untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan , pertolongan , diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan dan sebagainya dengan jalan yang salah.

Maka berdasarkan takriif di atas , perbuatan kontraktor tersebut adalah tidak dikira sebagai rasuah sekiranya ia berniat untuk memberikan hadiah kepada kita atas kerjasama yang telah terjalin sepanjang projek tersebut berjalan.

KECUALI :

Sekiranya hadiah tersebut diberikan sebagai imbuhan untuk projek-projek yang akan datang , yang mengkehendaki saudara melakukan sesuatu untuk projek-projek tertentu , maka pada ketika itu ianya adalah dikira sebagai rasuah dan haram mengambilnya.

Secara umumnya , rasuah ialah pemberian yang diberikan kepada seseorang untuk mendapatkan sesuatu , bukan setelah mendapatkannya.

Sebagaimana suatu kisah berlaku kepada Abdullah bin Rawahah ketika diutus oleh Rasulullah saw ke Khaibar untuk melakukan penilaian dan pembahagian hasil tanaman buah kurma kerana Rasulullah saw telah menetapkan bahawa hasil tanaman kurma tersebut mestilah dibahagi kepada dua bahagian : Setengah daripadanya untuk Kaum yahudi dan setengah lagi diberikan kepada kaum muslimin :

Apabila Abdullah sedang sibuk menjalankan tugasnya , maka datanglah orang-orang yahudi membawakan kepadanya pelbagai hadiah dari barang-barang perhiasan dan sebagainya serta berkata kepada Abdullah :

"Perhiasan ini untuk kamu wahai Abdullah, Maka ringankanlah kami dan berikanlah kepada kami hasil kurma itu lebih dari separuh," Lalu dijawab oleh Abdullah menjawab, "Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kalian lakukan ini justeru membuatkan diriku lebih membenci kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu adalah barang haram, dan kami kaum Muslimin tidak memakannya!" Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi) berkata, "Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!"

[Imam Malik, Al Muwattha':1450].

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com